Thanks For Your Support

Saturday, April 3, 2021

Cara Penjagaan Pokok Bunga Rose Untuk Newbie


Assalamualaikum Semua
Anda tercari-cari info tentang bagaimana cara Penjagaan pokok bunga Rose kan? Especially bunga Rose yang ber ID.

ID tu maksudnya yang ada nama, selain Rose Kampung.

Sal sendiri pun baru sangat awal Feb 2021 ni start jadi geng Rosarian. Banyak lagi yang sal kena belajar dan rajin-rajin buat bacaan dari pengalaman Rosarian yang lain.

Jom sal share kan pengalaman sal sebagai newbie dalam penjagaan pokok bunga Rose ni.

1. Beli Pokok Rose kat mana
2. Cara Report
3. Cara Jaga Daun Dari Serangan Kutu dan ulat
4. Cara baja Pokok Bunga Rose
5. Cara cegah atau kasi mati ulat dalam tanah. Eee geli.



Ni la bunga Rose Id pertama dalam hidup Sal.
1. Nahema
2. Wedding Celebration

Kenapa sal pilih Nahema sebagai 1st ID sal?



Sebab, masa dok belek facebook tengok bunga apa nak pilih, sal nampak posting ni. Katanya Nahema ni besar. Wangi pulak tu. lepas tu Nahema suka berbunga. Dan senang nak jaga. 

Semua tu killer point 😂
Menggangu emosi kewanitaan ku.


Ni la Nahema. Nama macam nama hindustan. 
Masa mula beli tu, ada la kudup dia yang dah nak terbuka sikit. Memang wangi. Suami kata macam bau pontianak harum sundal malam. Tiber. 


Nahema ni jenis memanjat. Tak sabar nanti nak rimbunkan rose ID memanjat ni semua kat tiang macam ni. 


Bunga kedua, sal pilih si merah menyala ni. 
Id Rose ni : Wedding Celebration

Sal pilih Wedding Celebration masa ni, sebab suka tengok bentuk dia tu nampak menyerlah sangat masa bunga mengembang.

Lepas tu beli la sekali Medium Rose. Atau tanah khas untuk Rose. Sebab senang kan. Jimat masa. Lagipun Sal tak reti nak bancuh tanah ikut sukatan. Sal beli terus je tanah dari Kak Salwani Rose Garden ni. Satu pek RM6 je. Ok la, satu pek ni ngam untuk pasu standard kecik ni.


Besar ni. Pasu ni kalau cari kat shoppe tak jumpa pulak. Ni sal beli kat nursery area Kota Damansara. RM8 satu. Pasu ni tahan cuaca panas katanya. 17-48 celcius.  Maksudnya tak cepat mereput la.

So apa step nak Report pokok Rose yang baru beli tu ke dalam pasu pilihan kita?

First, tanggalkan plastik putih atau polibag Rose tu.


Kedua, pelan pelan tanggalkan sekam padi yang ada. Jangan kasar-kasar. Pelan-pelan buat supaya akar tak rosak. Masa tanggalkan sekam padi tu, jangan tanggalkan habis. Tinggalkan je sekam yang masih melekat pada akar.

Kira cara senang nak tanggalkan sekam berlebihan tu, goncangkan bahagian sekam tu perlahan-lahan. Macam sal, mula-mula buang sekam tu, sal pakai plastik tangan dan korek dia sikit-sikit. Sampai bersih sekam tu. Huwaaaa. First time kan. Memang betul la, setakat dengar dan baca je, kita payah lagi nak faham kan. Tapi bila dah buat, baru lepas tu kita 100% faham apa yang dimaksudkan dengan tinggalkan 30% sekam atau sekam yang masih melekat kat akar tu.

Sal siap basuh lagi akar dia masa pertama kali keluarkan sekam tu. Haha. Pandaikan. Terlebih rajin nama dia. 
Sal memang jenis lambat pickup sikit. Sebab tu dalam bisnez pun, sal takut nak miss class. Sebab kalau miss class, nanti lagi lambat nak faham. Lagi banyak ulang buat salah. At least bila pegi kelas, dan kita ada buat mistake, kita akan cepat belajar macam mana nak buat dah lepas ni.

Ok, settle tanggalkan sekam padi dan tinggalkan sekam yang melekat kat tanah tu, boleh la masukkan pokok rose tu dalam pasu.

Kejap!!!
Bukan just main masuk je tau. Kena ada cara dia. 

Pastikan pasu bersih. Dan isi dulu dengan medium Rose separuh pasu. 

Kat bahagian tengah pasu tu, membukitkan sikit tanah tu.

Lepas tu, kembangkan akar Rose, dan letak tengah-tengah pasu kat tanah membukit tu.

Lepas tu tambah la medium rose lagi sampai separuh lagi pasu. Jangan penuh sangat tanah tu. Biarkan ada ruang sikit. 

Lepas tu, boleh la test kepadatan tanah rose tu polos ke tak. Sebab kalau padat sangat pun tak bagus. 

Jangan tekan-tekan tengah tanah tu tau. Kalau nak padatkan pun, just tekan sikit je kat tepi-tepi pasu tu. 

Kenapa tak boleh padatkan sangat tanah?
Supaya aliran air nanti, tak bertakung.

Tu yang lepas report je, terus siram pasu sampai bertakung air. Sebab tu tanah tak boleh penuh sepenuhnya kat permukaan pasu untuk permulaan ni. Sebab nak test aliran tanah tu ok ke tak jadi lebih mudah.

Jadi, siram bagi air bertakung kat permukaan pasu, dan tak sampai seminit pun, kita akan nampak ada air mula keluar kat lubang-lubang bawah pasu. Tu tandanya, ok la tu tanah rose kita tu.  Kalau lambat sangat air keluar, maknanya tanah tu padat sangat.

Tak perlu tabur baja dulu. Sebab dalam tanah yang kita report tadi, dia dah campur baja sekali. Tapi kalau excited nak letak sikit lagi, apa salahnya.

Kalau boleh, jangan siram daun rose kerap. Sebab sal mula-mula rajin betul siram daun. Tu yang daun senang dapat penyakit. Sebab rose ni, style dia, daun tak boleh basah selalu. Mula la nanti macam-macam serangga nak datang hinggap.

Ok, lepas dah siram air, letak dulu pasu bunga Rose kita di bawah tempat berbumbung. Sebab 3-4 hari ni, akar dia kena rest kejap dan bagi serasi dengan tanah. 

Dah masuk 3-4 hari duduk bawah bumbung tu, baru kita alih bagi dia duduk direct bawah matahari memancar. Sebab pokok rose suka cahaya kuat. Lagi kuat, lagi cepat merimbun basal break dia tau.

Tu cara report pokok bunga rose ber ID untuk newbie macam sal.


Baja pulak, sal guna baja khad Rose. DZ organik yang beli dengan kak Salwani Rose Garden. Dia sejenis baja tabur.  Ada bau udang dalam baja tu. Ni kira makanan akar juga ni.


Dalam masa yang sama, sal spray batang dan daun dia dengan baja foliar Ezigrow. 

Apa fungsi EziGrow untuk pokok Rose?
Fungsi Ezi Grow ni adalah sebagai penggalak daun dan bunga. Memang bila dia bergabung dengan baja DZ, melampau betul Basal Break keluar. Satu pokok cecah 30 basal break. Memang melampau sungguh la dia punya kenyang aih.

Bila masa sal gunakan baja Dz dan Baja Foliar Ezi grow?
Sal guna kan DZ baja ni 4-5 hari seminggu. 
Ezigrow tu seminggu 2kali sembur kat tanah, dahan ngan daun. 

Apa masalah yang sering kita lalui bila menjaga pokok bunga Rose ni?
Masalah utama dia, daun.
Daun cepat lecur, layu, bertompok putih, bergaris, bertompok hitam. 

Lepas tu, tanah berulat. Macam ulat sampah. Huhuu geli.

Dahan pulak, mudah jadi hitam.

Jadi, macam mana sal start jaga daun, dahan tanah?
Untuk daun, mula-mula sekali jangan kerap basahkan dia. Sejak tau daun rose sensitif dengan lembab, sal akan cepat alih kan pasu bila masuk waktu malam. Sebab kalau hujan waktu malam, tak ada la dia lagi senang rosak.

Sal beli spray jenama Dr Garnick kat Tesco. Botol warna hitam. Dia daun neem. Dan apa yang sal belajar, bila spray Neem ni, pastikan spray waktu awal pagi atau dah petang masa pukul 6.30 tu. Sebab apa? Sebab masa ni matahari terik tak ada. Kalau spray dia dan bagi kena matahari, daun akan jadi melecur. Kering habis.

Dr Garnick Neem ni, ok la untuk halang black spot, halau thrips, kutu. Daun pun jadi segar. Memang work it. Daun kilat cantik aje. Sebotol RM23 macam tu la kalau kat tesco.


Lagi satu spray, sal dapatkan Strex dari Nursery Salwani Rose Garden. Sebotol kecik RM20. Kena bancuh dengan air. Spray daun depan belakang. Sebab serangga suka dok belakang daun. Nak bunuh serangga perosak ni, kena selang seli guna semburan perosak. Sebab, serangga kalau dah imun dengan racun tu, dia tak mati dah. Tu yang pakar pertanian advice, tukar-tukar racun serangga. 

Baru ni pulak, dalam tanah Nahema sal ada ulat putih. Gedik gedik dia dalam tu. Sal spray jugak dengan strex. Ok la, mati juga la 3 hari tu. Ulat gedik tu suka dok dalam tanah lepas kita letak baja tabur.


Tapi sekarang sal dah beli Cuka Kayu ni. Untuk siram pada tanah. Sebotol besar ni RM10 je.

Ni sal tepek sini gambar-gambar rose yang sal berkenan. Ada yang ambik kat google je.













Ni Nahema sal masa awal beli. Dia kena thrips dah sampai kena togel satu pokok.








Rose warna pink


Rose warna oren


Ni keadaan Nahema Rose yang sal dok belai sekarang. Lepas 2 minggu bawa balik, sal togelkan dia macam ni. Beli sekali dengan Wedding Celebration, tapi yang ni belum ada rezeki berdaun dan keluar basal break lagi. Masih dalam proses merawat akar Nahema ni.


Hari ni, masuk April je, ajak Muhammad tambah dua lagi ID baru. Sal aim Rose Des 4Vent. Tapi dah sold out. Duri dia banyak kan. Halus-halus je. Bungai dia tu sal suka. Merah dan besar. Wangi tu tak pasti sebab tak pernah bau. Tapi katanya wangi Rose De 4Vent ni. Nama pun ke main Louis Vuitton sangat.


Nak tau tak sal pilih ID apa kali ni?


Dua ID ni kategori Super Special kat sini.


Ni dia ID baru, Artly Closed


Artly Close warna purple. Wangi. 








Satu lagi, ID Rose dia Anne Sophie Pic (ASP). Besar bunga dia. Cantik sangat.  

Tapi yang sal tunjuk ni, Anne Sophie Pic yang sedang nak berkembang. Tak sabar nak tengok first time dia berkembang kat laman ni.






Ni Artly Close. Warna purple pekat. Pun tengah tunggu masa nak mekar.

Hidup ni macam bunga jugak kan. Nak berkembang mekar, cantik, berseri, bukan boleh sehari dua. Mesti kena lalui proses. Perlu jagaan yang betul, dan sangat Perlu sabar. 


Hari tu 30+ Basal break tumbuh di Wedding Celebration Rose Tree ni. Sekarang ada another 10+ lagi yang sedang meriah tumbuh di sini.


Apa kelebihan Basal Break pada pokok Rose?
Kelebihan basal break adalah, dia akan jadi tempat berpotensi untuk tumbuh bunga. 


Kalau dulu sal tak tau pun merah-merah tu adalah daun muda. Yang baru tumbuh. Ingatkan daun rosak 😂














No comments:

Post a Comment