Thanks For Your Support

Monday, January 30, 2017

Bestnya Ending Cuti Sekolah di Genting Highland

2 January 2017
Isnin
Jalan-jalan Genting Highland



Tak plan pun!
Ni la Sal kalau uol nak tau. Sal bab nak berjalan ni biasanya semua last minute punya plan.


 Nak pergi Genting Highland ni pun malam tadi baru cakap ngan husband yang sal nak naik Genting hari ni sebab kalau naik hari ni confirm tak ramai orang la kononnya sebab esok kan dah nak start sekolah sesi 2017.


Rupanya ramai jugak. Ramai orang luar la.


Ikut kan nak gerak naik ke Genting Highland ni pagi-pagi lagi dalam kul 8 ke 9 pagi kan. Tapi disebabkan ada my protege yang nak minta tolong untuk bantu dalam Premium Beautiful Presentation di Shah Alam jam 11 pagi, so sal cancel plan. Ikut kan memang nak cancel terus plan ke Genting Highland hari ni. Tapi kesian pulak kat anak-anak yang dah beriya standby dengan mode happy go lucky bila dapat tau mama ayah nak bawa naik Genting.


After business sharing Premium Beautiful dengan sorang Pysiotheraphy dari Subang, anak-anak pun dah makan kat Restoren Munawarrah sebelah Premium Beautiful Outlet Shah Alam tu, dan dah siap bungkus nasi goreng pattaya dua bungkus, teh tarik dua bungkus, siap tapau kuih kat restoren cili merah lagi sebab tau kat atas Genting kang mesti susah nak cari makanan untuk tekak melayu macam sal ni.


Dari Shah Alam Mr. Benz meluncur terus naik ke arah Pantai Timur Tanah Air. Cuaca tak panas dan tak hujan. Alhamdulillah just nice. Dalam setengah jam perjalanan kami dah sampai ke kaki Genting Higland. Kejap je rasa letak kan punggung dari Shah Alam tadi tau-tau je dah sampai.





Alhamdulillah lepas 6 tahun tak jejakkan kaki ke Genting Highland ni, ni la kali pertama after 6 years sal datang balik naik kat atas ni. Bukan apa, seram tau naik atas ni, bukan takat seram gitu-gitu tu, tapi lebih pada seram tang poket tu bila bawa budak-budak ni. Dah bawa tiga ketul ni serentak, dah tentulah macam air je aliran tunai tu akan berlaku. So nak naik Genting ni sebaik-baiknya pastikan sebagai parents, kita dah ready dari kekuatan fizikal, mental dan kekuatan duit poket. Huhuu... Macam-macam ada kat atas tu. Tak masuk casino pun boleh habis duit. Berpeluh.



Kami singgah solat Zuhur dulu sebelum terjebak dengan aktiviti lagha kat atas sana.



Setengah jam jugak kat sini sebab ada yang nak solat, ada yang nak buang air kecik dan ada jugak yang buang hajat besar.



Kat depan Masjid Genting Highland ni ada tempat untuk naik Skyway. Tapi kami tak naik la skyway sebab tengok cuaca macam nak hujan dan angin pun boleh tahan kuat.



Dah naik atas Genting ni dua kali jugak pusing cari parking sebab dah lama tak datangkan so sampaikan tempat parking pun dah lupa. 


Lepas parking, amik pulak gambar-gambar jejak langkah keluar parking tu sebab tak nak terlupa mana kami park kereta nanti. Then terus keluar ke sini. 


Duduk sini lepak-lepak sambil rasa angin sejuk petang-petang atas Genting ni.


Kalau cuaca panas confirm diorang tak nak posing macam ni punya. Ni sejuk kan, so memang diorang sendiri yang happy je untuk posing tanpa di suruh.


Sambil posing, sambil makan bekal nasi yang kami bawa dari Shah Alam kat sini. Sejuk-sejuk ni semua pun habis licin kami makan berjemaah.



Best tau spend time kat Genting time macam ni sebab memang tak ramai orang. So nak bergambar pun tak berebut-rebut nak dapat spot yang menarik. Lagipun sejuk je kat atas ni. Boleh la amik feel macam jejak oversea.


Light winter coat ni memang semua sal punya. Nasib baik la memang dah ready ada dan anak-anak pun muat je pakai. 



Ni pengalaman kedua Damia naik Genting. Last naik hari tu masa Damia still setahun setengah dan Danisha tengah tunggu hari je nak keluar dari perut mama.





Budak kenid ni la yang paling excited bila dapat naik Genting hari ni. Tu belum masuk dalam lagi. Masuk dalam kang memang masak la mama n ayah kena pow!








Time ni nak posing berdua dengan en hubby. Dan time ni jugak la Muhammad Danish Shafiq datang menyelit nak bagi tau yang kaki dia gatal. Saje je kan.



Thank u sayang. Tak pernah say no kat anak dan isteri setiap kali kami request nak pergi sana sini dan makan itu ini. You are the best husband and the best ayah pada kami.






Dia punya turn isi minyak. Siap posing lagi.




Kusyuk dan tawaduk Muhammad nak habis kan susu.


Tebal jugak kabus kat belakang tu.


Lupa diri jap esok dah kena masuk sekolah.



Alhamdulillah ringan dah Zara White Bag tu bila nasi goreng pataya, kuih muih beranika macam dan teh tarik habis masuk dalam perut. Senang dah nak bawa.



Ready nak masuk indoor themepark pulak.


Tengok la Muhammad Danish Shafiq tu, kat tangan dia ada tali yang kononnya tu tali bawa kucing dia. Dan sebelah lagi tak lepas dengan susu.


Dengan boot merah mak ngah 5 inchi sal dan anak  beranak teruskan pendakian ke puncak genting untuk sampai ke indoor theme park.


Tak plan lagi nak main apa kat atas ni sebab tak buat review pun apa yang best kat indoor themepark Genting ni sekarang.




Sampai-sampai terus tuju ke SNOW WORLD je. Sebab dari dulu mengidam sangat nak masuk snow world ni. Tapi masa tu rasa mahalnye la hai harga tiket snow world ni. Alhamdulillah dengan rezeki yang ada hari ni, sal tak kira dah bab harga, asalkan dapat masuk snow world ni dengan anak-anak sudah.

Nak que pun tak lama sebab memang tak ramai orang hari ni. Hari ni Genting Highland kami yang punya. Hahaa.

Harga tiket untuk 3 kanak-kanak dan dua dewasa RM162.00 Je.

Harga tiket Snow World untuk Dewasa RM38.20
Harga tiket Snow World untuk Kanak-kanak RM32.50

Kids bawah 2 tahun FREE je.

Kami dapat turn masuk Snow World ni pukul 5.30 petang. So ada masa lagi untuk ke tempat lain dulu.


Sementara tunggu 5.30 tu sampai, kami ke Surau dulu untuk buat solat asar. So senang la hati bila dah solat siap-siap sebelum masuk Snow World nanti.



Lepas solat memang la kena lalu jugak area yang ada mainan budak-budak ni. So apa lagi memang Muhammad merengek nak ajak naik mainan ni semua. Tapi tak sempat dah sebab lagi beberapa minit je sampai turn kami untuk masuk snow world dah.



"Jap lagi in shaa allah baru kita naik ye" kata mama kepada anak-anaknya yang tinggi keinginan untuk naik semua mainan yang ada dalam indoor themepark Genting ni.




Ready beratur untuk masuk dalam Snow World. Winter Coat, glove and boot untuk yang memerlukan memang disediakan percuma. Kira dah termasuk harga tiket la semua tu. So uol tak perlu la beriya nak bawa satu luggage penuh winter coat dan gloves untuk masuk dalam Snow World ni ye.


Suhu dalam ni memang tahap boleh putus telinga dan tahap berenti jantung punya. 
Negative 4 suhu dalam ni hari ni.

Ok kalau uol memang jenis nak kan gambar-gambar cantik dalam snow world ni, sal cadangkan uol amik je ready photographer yang memang berebut rebut nak amik kan gambar uol dalam Snow World ni nanti. Book je sorang photographer terus untuk follow uol sepanjang dalam snow world ni. Senang kerja. Sebab tak de la uol nak kena buka pakai glove selalu. Suhu dia memang sejuk giler tau. So bila dah keluar dari Snow World nanti uol boleh la pilih gambar-gambar mana yang uol nak dan minta dia save dalam CD je. Sal amik yang RM130 untuk 20 keping gambar. Kalau cuci kat situ lain pulak price dia. So amik yang dalam CD aje la lagi senang.



Seronok sangat Damia Danisha Danish ni dapat merasa main salji. Tapi ni bukan salji real tau. Kalau boleh, pesan awal-awal kat anak uol untuk JANGAN PEGANG LANGSUNG ice dalam snow world ni sebab ni ice kering. Ice yang bila uol pegang, agak bahaya untuk aliran darah uol. Sebab sal terpegang ice kering ni then tangan terus kebas n keras. Takutnya!!!! Tobat tak nak pegang dan tak nak masuk dah. Hahaa... So uol JANGAN PEGANG tau.




Snow World ni memang best tau. Cantik sangat kat dalam ni. Amik la gambar kat celah mana pun tetap cantik.


Slumber je kan masuk tempat sejuk pakai Zawara dress. Haha berangin je rasa. Tapi Alhamdulillah sangat sebab sal memang Premium Beautiful tegar. So bila pakai PB Corset ni kat badan, Tak de la rasa sejuk tu sampai ke tulang coz PB ni dia ada function untuk neutral kan suhu badan.





Merasa jugak la duduk dalam iglo.


Dalam iglo ni boleh la suam-suamkan badan jap.


Sejuk uol -4!









Tengah pujuk Muhammad untuk tak naik gelongsor salji ni. Berani pulak dia nak naik benda alah ni.


Ni area Holland.









Siap ada tulips.


Kami sekarang berada di Italy.




Makan pizza dulu.






Seronok tau main penarik salji ni. Boleh jugak la buat bakar lemak bila tarik budak-budak ni.







































Be like the snow. Cold but beautiful.
Lega lepas 40 minit duduk dalam Snow World ni. Lepas keluar tu tanya Damia Danisha Danish "lepas ni nak masuk lagi tak kat snow world ni?" terus diorang kata tak nak dah. Puas dah la tu main sejuk kat dalam ni sampai tak nak masuk lagi dah.

Dan lagi best bila winter coat mama color hitam tu tertinggal masa kalut masing-masing nak ke toilet. Tak pe la winter coat yang tertinggal pun. Ada la reason nak beli winter coat lain nanti.


Lepas maghrib terus turun KL balik. Kejap je kat atas Genting tu. Memang just buat syarat bawa diorg naik n experience sesuatu then terus cari makan kat Gerobok Danga Cafe di Damansara Damai. Kat sini makan la dua puluh kali pun ASAM PEDAS ORI MUAR dia. Memang power. Rasa tetap sama. Kat atas tadi sejuk, so bila dapat makan nasi panas-panas dengan asam pedas ikan merah kat sini... perghhhhhhh memang thorbaik.

Esok sekolah...Yeayyyyy!!!!
Welcome back to school dearie.