Thanks For Your Support

Friday, June 28, 2013

BB Plus collagen : Agent Melaka






Penuaan merosakkan kolagen dan seterusnya merosakkan kulit

Kolagen membentuk 70% daripada lapisan dermis kulit. Ia adalah bahan utama dalam kulit, tulang, rawan dan pelbagai tisu penghubung di dalam badan kita. Kolagen membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit. Di dalam sendi rawan, ia berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut.



Faktor penuaan luaran dan dalaman boleh merosakkan fiber protein, fibroblas dan vitamin yang diperlukan untuk merangsang penghasilan kolagen. Kekurangan kolagen adalah antara faktor penyebab terjadinya proses penuaan kulit.


Mengapa memilih BB Plus?
BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan  mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik. 


Bagaimana BB Plus Bertindak?

Mod tiga tindakan:

1. Memulih  - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah

2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida  

3. Memperbaharui -  Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru


Dos apakah yang efektif?
Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantik dan mulus. Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3,000 saiz Dalton) yang sedia diserap.


Bagaimanakah dengan aksi perlindungan antioksida tambahan?
Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas. Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit. Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis


Bagaimanakah BB Plus dapat meningkatkan kualiti kulit?
Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.


Bagaimanakah BB Plus dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?
Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.


KEBERKESANAN :


nak diskaun lebih?
free postage?

contact:

Dyna Salleh
016-242 4700


Melati
012-652 0032

Top Leaders Circle : Diamond Night 2013


Siap di make up kan.
 MUA untuk diamond night ni sal minta tolong my fb friend nuradilla azizan yang make up kan. Lagipun dilla duduk kat putrajaya so antara putrajaya dan the mines dah tak jauh dah.

Opssss...baju macam sedikit longgar.
Nampak nye dah makin kurus ni. Masa tempah baju ni pun sal baru je lepas habis pantang. Sal tempah sebulan lepas dan hari ni pakai baru perasan yang baju dah longgar.



Sampai dah MIECC.
gaya harus ala-ala diva okayhhh... ;D



Malam diamond ni memang top leaders circle yang memenuhkan stage anugerah. Mana tak nye, our mentor CDM Salha zain terpilih oleh syarikat untuk menjadi speaker kepada ribuan jemputan yang hadir...WOWWWW!!! Memang layak la kak salha terpilih oleh syarikat sebab satu persatu pencapaian kak salha mula di hidu pihak media dari dalam mahupun luar Malaysia.



Antara direct leg sal yang sentiasa bulat hati.
Dyna salleh dan ieda rani.
suka duka perjuangan kami, hanya antara kami je yang tahu parit jerih dan pengorbanan nye.



Ieda rani.
walau sedang hamil 4 bulan dan selalu mabuk-mabuk, namun tu semua tak jadi penghalang untuk ieda bantu diri sendiri dan rakan kongsi nye yang lain. 



Dyna Salleh.
Top agent melaka. makin menyerlah kepimpinan dyna hasil dari bulat hati, kering hati dan usaha tanpa henti.



Simaa Roslan
Antara salah seorang tulang belakang sal. 
Kagum sangat dengan simaa sebab tak pernah putus asa dalam mencapai kejayaan.



simaa dan anak-anak nye.
farhana, ammyyra dan nuzul.
Hebat nuzul ni, tak sampai sebulan pasaran pahang makin berkembang hasil usaha nye yang tak pernah kenal lelah.



Best nye korang dapat peluang bergambar dengan CDM Hajah siti rohana.
kak ana ni antara mentor kami yang sangat berjaya. Bukan setakat kaya harta benda malahan kaya budi bahasa. Senyuman tak pernah lekang dari bibir kak ana.



Lepas ni giliran mereka pulak mewarisi pentas diamond!!!








Ready untuk naik stage meraikan kejayaan mentor hebat kami CDM salha zain untuk menyampaikan perkongsian kisah perjalanan hidup beliau sepanjang 4 tahun di persada business online ni.


Disamping anak-anak hebat sal dalam business.





Tayangan video TLC.
masing-masing kusyuk menghayati video tlc yang sangat menyentuh hati. 

uol nak tau kenapa video TLC ni sangat memberi kesan buat sesiapa je yang melihat nye???
click link ni 

















Alhamdulillah dijodohkan dengan dua mentor sehebat kak salha dan abang al-faath. Banyak sungguh pengorbanan mereka untuk kami anak-anak didik TLC ni. Insha Allah akan kami balas dengan kesungguhan dan bukti kejayaan.



Full house dewan makan kat MIECC ni.
Hampir 7000 usahawan dari seluruh Malaysia turun meraikan majlis besar tahunan syarikat ni.





Top Leaders Circle!
Group perintis online marketing.


Barisan pemimpin yang sentiasa menjadi idola dan pandu arah kami dalam business ni.
CDM Al-faath, CDM Salha Zain, CDM Azlan Deraman, CDM Siti Rohana bersama orang kuat syarikat Mr Tan Kai Hee.


Habis je majlis diamond tadi, boleh pulak kitorg sambung O group kat sini.
Sesekali duduk borak-borak share idea dan ilmu tentang hidup memang enjoy. Lagi enjoy dari bergosip tak tentu hala ;)









nak jadi sebahagian dari top leaders circle???

Salleha Roslan
011-1631 1641




mujahadah


“mama, mujahadah tu apa??” 

“Mujahadah tu jalan menuju Allah sayang. Nak menuju jalan Allah ni tak semudah ungkapan di mulut je... kena jugak seiring dengan perbuatan.
Orang yang nak gapai redha Allah dia akan berusaha melawan musuh yang ada dalam diri dia sendiri iaitu nafsu”



Jalan nak menuju kebaikan tu memang Allah buka seluas-luasnya untuk kita. Tapi tak mungkin la kita senang-senang nak capai bahagia sebelum kita ‘bayar harga tiket’ untuk lalu jalan yang Allah janjikan bahagia tu kan .Mesti ada ujian saringan dulu.

Dalam hidup tak de yang percuma. Apatah lagi untuk mendapatkan Syurga. Siap kan diri kita untuk terima sedikit kepahitan di dunia sementara menanti nikmatnya berada di Syurga.

Sudah ditakdirkan jalan menuju Allah itu penuh dengan godaan,ujian dan kesukaran. Perumpamaan nye adalah macam kaca dan permata. Kaca senang je nak dapat kat mana-mana tapi nak dapatkan permata sangat lah sukar .


Rasulullah s.a.w bersabda :
 Neraka itu dipagari dengan penuh kenikmatan dan keseronokan,manakala Syurga itu dipagari dengan ujian dan kesukaran.





Baby comel : danish almost 3 months

Pagi tadi lepas kakak damia n danisha bangun tido dan siap-siap nak ke sekolah sempat pulak dia gayakan muhammad danish shafiq ni dengan spek biru ni ha...

Hehehee comel je tengok gambar yang damia snap ni. Danish ni pulak nampak gaya nye mesra camera jadi asal orang nak amik gambar je mesti dia akan toleh punye.

Baby mama hari ni dah 79 hari.macam-macam yang danish dah pandai buat..pandai senyum, pandai borak-borak, pandai buat buih kat mulut tu n paling best bila danish tetap baik bila sampai waktu malam. Lena dia tido so tak de la mama ngan ayah ngantuk sangat esok hari nye. ;)

Thursday, June 27, 2013

Top leaders circle : Grand Diamond Night for TLC

Alhamdulillah perubahan hidup 360 darjah sedang dilakukan oleh kami semua dengan bermentor kan CDM Salha Zain dan pasangan beliau CDM Alfaath.

Nak berjaya memang perlu kan mentor.
 Mentor adalah kompas penunjuk arah bagi memudahkan kita menuju ke check point seterus nye. Kalau buat sorang-sorang memang boleh je jadi tapi lagi teruk la kita akan terlanggar dinding. So dah ada jalan yang mudah kenapa tak nak cuba untuk rebut peluang kan. sebab peluang biasa nye datang tanpa di duga dan akan berlalu tanpa menunggu siapa kita.







Bawah ni antara Ucapan dari anak-anak kesayangan sal.
Terima kasih yang tak terhingga buat semua yang inbox, whatsapp dan update wall ucapkan tahniah pada sal.

Lain sungguh rasa nye kejayaan kali ni... walau bukan lah lagi kejayaan yang besar, tapi kelainan dia hanya diri kita sendiri je yang dapat merasai nye. Time dapat ijazah dulu pun tak de lah semeriah ni rasanye. Tapi kejayaan dalam dunia business yang memang kita sendiri yang praktik kan nye,memang luar biasa kegembiraan nye. 




Thanks myra.




Thank my dear lovely sis simaa roslan




Thanks asriane.



Thanks lovely farhana.




Thanks leezza sayang.




Thanks nuzul. Antara anak bujang bonda yang makin menempah nama dalam dunia perniagaan online. wakil branch besar pahang.




And special thanks to my superb mentor CDM SALHA ZAIN dan CDM AL-FAATH.





Golden finger yang banyak membantu sal dalam membentuk jati diri sal yan baru.
hanya Allah yang dapat membalas jasa dan pengorbanan kak salha dan abang al-faath dalam membantu sal keluar dari bebab masalah kewangan yang amat kritikal! 




And of coz...special thanks to my family!!!!! Love Ya!!!




salleha roslan
011 - 1631 1641




Top leaders circle : Grand Diamond Night for TLC


Dah hampir seminggu dah grand event ni berlalu. Tapi kehangatan suasana gilang gemilang diamond night 2013 ni masih terasa. 

Alhamdulillah...lepas berjaya melepasi stage sebelum ni sebagai sales manager, kali ni dengan penuh rasa syukur sal dapat melangkah ke pentas kejayaan untuk anugerah DIAMOND pulak. Dengan anugerah ni bermakna hanya ada satu stage lagi untuk sampai kepuncak kejayaan.

Nak mendaki tangga kejayaan memang perlukan kekuatan mental dan fizikal. Kalau tak cukup sabar dan tak mampu nak atasi emosi, confirm sekelip mata je kita akan jatuh tergelincir.  

Kejayaan menuntut kesabaran dan pengorbanan.Tapi hasil sabar dan berani berkorban ni lah yang akan membuatkan kita senyum memanjang bila satu demi satu impian kita terbentang depan mata.

Alhamdulillah berkat bimbingan mentor dan gabungan hebat TOP LEADERS CIRCLE (TLC) kami makin hari makin berani mengorak langkah untuk terus maju ke depan dalam membantu setiap dari anda yang serius nak ubah kehidupan.


















Berat bunga ni.
Ahkak suka...thanks simaa, farhana, nuzul dan myyrra sudi bagi akak bunga fresh yang besar gabak ni..hehee ;)



sekadar renungan.


salleha roslan
011-1631 1641