Thanks For Your Support

Thursday, June 22, 2017

Kelebihan concentrated oil jtx5000

Wednesday, June 21, 2017

Berbuka Puasa Di KL Tower

Iftar di KL Tower Bersama Crown Diamond Manager Top Leaders Circle.







Ready nak panjat KL Tower



Kat Bawah KL Tower ni ada Mini Zoo. Before this kami memang dah masuk dah. So hari ni bila Muhammad Danish Shafiq ajak masuk lagi sekali Mama malas dah nak ikutkan kehendak dia. I'm sorry ;)





 Baju Royal Yellow ni memang Sal Tempah awal dua bulan sebelum puasa lagi. Sebab memang nak pakai buat majlis berbuka puasa dengan CDM TLC. Sal beli siap-siap kain 15 meter kat Jakel Shah Alam then Hantar tempah kat my Tailor di Ampang. Memang jauh Shah Alam - Ampang. Tapi sebab dah selesa sangat tempah baju dengan Tailor ni so memang jauh-jauh pun redah aje. Bila siap baju ni dan dapat balance kain, rupanya banyaknya lebih...



 Nak posing berdua.

 Tapi ada je orang ketiga!


 Last last posing Berlima.

 Sekarang kami berada di Ketinggian 250Meter 

 Seronok Damia Danisha Danish dapat tengok view KL dari atas...

Dari sini pun kita boleh relate kan yang KEJAYAAN tu bukan Mudah. Tapi bila dah berjaya, dan kita pun dah duduk di atas, kita confirm akan nampak View yang Indah-indah je. So jangan putus asa selagi kita belum sampai ke Puncak. Sebab selagi kita mencuba dan berusaha, Puncak Kejayaan pasti kita akan jejaki juga.







 Semangat nya nak angkat budak kecik ni. Luckily im wearing Premium Beautiful Corset. Corset yang sangat menjaga Posture badan manusia.







 With CDM Ismalina Ishak


 Nur Damia Shafiqa

Nur Danisha Shafiqa

 Ready nak berbuka puasa di atas KL Tower

Ni pengalaman pertama Muhammad Danish Shafiq dan pengalaman kedua kami berbuka atas KL Tower. Last time Muhammad kena tinggal sebab kalau bawa sure mama ayah tak boleh focus makan. Harga tiket nak makan atas ni sorang dalam RM119 Rasanya. Sal amik pakej 2 Dewasa dan 2 Kanak-kanak dalam RM330


 Menu Berbuka Puasa atas KL Tower ni memang bercirikan Masakan Kampung. 



 Kambing Golek KL Tower ni memang Sedap



 Geng abang abang sado TLC. Diorang ni semua Premium Beautiful Expert Maskulin.

 Sampai habis kitorg stay kat KL Tower ni.

 Haha ready untuk family photo

 Alhamdulillah makin bertambah ahli keluarga CDM Top Leaders Circle. In shaa Allah next year ada lagi wajah-wajah baru.

With my Mentor CDM Salha Zain dan CDM Alfaath.

Video at Zoo KL Tower

At Deck KL Tower

Kuih dan Muih beraneka macam makanlah jangan hanya dipandang.


Kambing Golek.

ABC


Pencarian Kambing Golek KL Tower. Kambing dia sedap uol.


Habis dia kaut gula-gula









Friday, June 9, 2017

Hotel Dorsett Putrajaya Review

Hari ni nak buat review sikit pasal Hotel Baru kat Putrajaya ni iaitu Hotel Dorsett Putrajaya.

Sebenarnya nak repeat pergi lagi Dorsett ni. Tu yang beriyan nak upload cepat-cepat gambar lama ni masa kat Hotel Dorsett Putrajaya. Masa ni Hotel Dorsett memang baru sangat-sangat dirasmikan. Oramg pun tak berapa nak ramai.

Hotel Dorsett Putrajaya ni memang Superb Tip Top Cantik. Interior dia memang Classy dan Moden.


My Protege from Utara ni la yang stay kat Dorsett Putrajaya ni semata-mata nak grab opportunity stay lama sikit dengan her Mentor. Sal la Mentor SuperMama cum TM Auditor yang hebat ni. Bertuah rasa bila ada protege yang tak pernah merungut tentang duit, masa dan tenaga. Yang sal boleh buat hanyalah doa tak putus-putus supaya Noharyani Hafieez ni capai segala apa yang dihajatkan.


Orangkata kalau tak nak hilang energy, always duduk rapat dengan orang yang boleh bangkitkan energy kita. And that's why sal sendiri selesa setiap kali berjumpa Yanie untuk sesi Personal Coaching coz EGO beliau tak tahu la kat mana Yani campak. Maybe dalam tasik Putrajaya kot dah dicampakkan Ego Beliau. 

Coz tak pernah Yanie say NO
Atau tak pernah Yani cakap "Saya dah tau dah tu sal, saya dah buat dah tu sal" tak ada! Tak de langsung BOSSY dalam jawapan beliau walau ikutkan boleh je Yanie cakap macam tu... Tapi yang ada dalam mulut beliau just Ok Sal Yanie Buat. Itu je ayat dia setiap kali sal bagi idea dan strategy. Sal tau, walupun dia memang dah tau dan dah buat apa yang sal bagikan sebagai tugasan tu, beliau tetap Merendah Diri dan jawab OK aje. Memang jawapan "Ok Sal" aje yang meniti kat bibir.

Ni antara Anak Murid yang pandai jaga adab budaya berguru. Pandai sejukkan hati guru. 

Sal selalu ingat pesan Mentor "Tak pe kita nampak tak pandai depan mentor, sebab lagi kita tunjukkan tak pandai depan mentor, selagi tu mentor lagi nak bagi"

Jadi misalkata ada masa kita rasa kenapa la mentor aku ni tak habis bagi ni. Sebenarnya maybe kita sendiri yang ada cipta penghalang antara kita dan mentor tanpa kita perasan. Kita Rebell. Kita rasa kita dah cukup ilmu, kita dah cukup tindakan. Tapi sebenarnya masih ada lagi yang belum habis kita belajar coz just remember yang ILMU TAKKAN PERNAH HABIS. Bila Kita rasa Ilmu dah cukup kat dada, tu sebenarnya adalah petanda yang kita sedang menghampiri kegagalan. Gagal yang kita sendiri cipta.




Excited cari No Bilik




Coffee House Dorsett Putrajaya. 




Alhamdulillah antara my BIG WHY yang banyak mendorong sal untuk teruskan perjuangan dalam business ni Damia Danisha Danish, Dan Alhamdulillah lega sangat bila dah FULL TIME buat kerja dari rumah, TIME FREEDOM tu dah tiga tahun sal dapat. 

Andaikata uol juga ada impian nak BEBAS MASA yang sama macam sal, bangun pagi tak payah redah jem, tak payah bekejar nak masuk ofis, tak payah serabut ikut arahan boss dan tak payah pening kepala nak buat multitasking disebabkan kerja orang lain yang tertunda, maka jom la kita BEBAS MASA bersama-sama dengan JANA PENDAPATAN DARI RUMAH je. Ganti masa jem atas jalan dua jam pagi-pagi tu dengan masa bergolek dengan anak-anak.












Dari 10 Markah sal bagi 9.5 la kat Dorset Putrajaya ni. So uol yang tercari-cari review tentang hotel area Putrajaya ni, sal memang prefer Dorsett la sebab nak parking pun ok coz depan hotel tu ada tempat parking luas walaupun kena cross the road sikit. Then sebelah Dorsett Hotel Putrajaya ni ada Hero Market. So Senang nak shopping. Kedai makan pun dekat je.