Thanks For Your Support

Tuesday, August 17, 2021

Happy Birthday Danisha

Alhamdulillah 
Happy Birthday Adik ❤️πŸ’™πŸ€πŸ’›

Adik ni panggilan anak kedua sal. Sampaikan Muhammad pun panggil dia “Adik”

Lahir 25 Syaaban.
Hari ni 16 August,
Alhamdulillah adik dah 12 tahun usianya.


Simple celebration.
Decoration by us 🎈 

Tukang tiup belon, 
Kakak, adik, muhammad. Guna manual pump beli kat shoppe. Seronok pulak diorg berjemaah buat 100 belon sebesar 20cm.

Mama tukang ikat belon. Sampai melecet jari.

Sempena bulan Merdeka, kami jadikan warna bendera Malaysia, Merah Biru Putih Kuning sebagai pilihan. 

Mula tu, penuh la belon kat dinding. Tapi lepas tu, dia asik jatuh aje. Banyak kali adjust nak bagi u shape terbalik tu stick and stay kat dinding tu. Tapi tak tahan lama. Sebahagian belon tu jatuh jugak.

Disebabkan kesian tengok mama asik betulkan belon yang kejap-kejap jatuh tu, maka hero kesayangan kami pun datang hulurkan bantuan. Dia memang tak boleh tengok isteri kesayangan buat kerja sorang-sorangπŸ˜…

Suami pun tolong adjust balik. 
Satu persatu belon yang dah diselitkan kat ballon chain tu di buka. 

So hasil dia, belon kat dinding secoet aje yang tinggal. Selebihnya landing kat bawah aje. Bole la kan, asal ada feel celebration tu.

Happy diorg dapat spend masa tanpa gadget bila kusyuk siapkan simple deco.