Thanks For Your Support

Monday, June 25, 2018

Kepentingan Workout di Musim Raya


Let's workout.

Apa kepentingan workout di musim raya ni? Musim open house. Musim makan segala macam lemang, rendang, ketupat, kuih muih dan macam-macam makanan manis, berlemak dan tak menyihatkan badan.

Kepentingan workout di musim raya ni, bagi sal, at least dia membantu bakar lebihan kalori. Jangan simpan banyak sangat kalori badan. Sebab lebihan kalori yang tak diperlukan, akan di tukar jadi lemak. Jadi, dari lemak bersarang dalam badan, baik la kita gegarkan lemak-lemak yang ada dengan bersenam. Terpulang anda nak bersenam cara macam mana. Ikut kemampuan diri. Macam sal sendiri pun memang tak de la sepanjang hari ke gym. Sometime just berjoget kat rumah je. Kadang tu memang sal jadikan aktiviti berjalan atas urusan bisnez tu sebagai senaman. Nak pulak kalau appointment bisnez tu memang di buat di shopping mall. Maka lagi rancak la langkah ku ini.



Shake and Shape together

Nak selit sharing dari Kevin Zahari. 

Adalah suatu tindakan yang sangat merugikan jika anda tidak minum air yang mencukupi dan tidak minum jenis air yang sepatutnya.

Jom lihat apa yang perlu anda tahu tentang kepentingan air dalam aktiviti senaman.

Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?

Perkara pertama, kita perlu tahu berapa banyak pengambilan air yang diperlukan. Adalah mustahak untuk anda meminum air yang mencukupi, tetapi awas jika anda minum terlalu banyak, ini akan menyebabkan kekejangan berlaku, dan menggugat kualiti prestasi latihan senaman anda.

Cara terbaik untuk mengetahui berapa banyak air yang perlu anda minum ialah dengan menimbang berat anda sebelum dan selepas sesi latihan senaman. Lihat berapa banyak berat yang kurang, dan itulah jumlah air yang perlu anda minum.

Namun, bagi kebanyakkan ahli sukan, cara ini tidak wajar untuk dipraktikkan. Oleh itu satu garis panduan perlu diletakkan.
  • 2 jam sebelum senaman: Minum air sebanyak 450-600ml auns adalah anggaran yang sesuai.
  • 15 minit sebelum bersenam: Kemudian minum lagi sebanyak 240-300ml. Ini akan memastikan anda berada dalam keadaan yang terhidrat, seterusnya memberi kualiti dalam senaman anda.
  • Semasa latihan senaman: Anda boleh minum 240ml air setiap 15 minit, untuk mengekalkan keperluan hidrasi tubuh anda.
  • Nota: Jika berada dalam cuaca yang sangat panas, anda boleh tambah sukatan air sebanyak 300-360ml setiap 15 minit.

Nak minum air pun ada cara dia kan. Sebelum ni sal main bedal je. Memang jenis tak kuat minum air pun. Jadi bila baca tips dari pakar ni, memang sal nak kena alert la setiap kali buat senaman.


Kan best. Bangun tido terus kurus. 🏃‍♀️

Sal ni sebenarnya spesis malas bersenam. Serius pemalas. Sekarang ni jadi rajin sebab faktor usia. Bila makin banyak umur ni, kena pelbagaikan cara untuk up kan metabolisme. Terpulang nak upkan macam mana. Buat keje umah ke, berjalan kat shopping mall ke. Kejar anak kecik ke. Kejar suami ke. Tapi pastikan suami sendiri la. Dan yang paling senang sebenarnya, relakan diri dipeluk-peluk oleh cik Premium Beautiful. Shape badan confirm cantik walau berapa kg pun badan kita. Tak perlu pakai ketat kat luar. Pakai jubah pun tetap cantik bila cik PB melekap kat badan. Yang kurus jadi cantik melentik. Yang berisi nampak lebih exclusive bila lemak badan tersusun.


Masuk gym hari ni atas desakan Damia ngan Danisha. beriya diorang ajak mama exercise. Macam la tak boleh buat kat rumah kan.

So malas nak fikif nak pakai apa,maka mama pakai la baju yang dah bergosok dari dobi ni. Baju askar. Tudung bawal tu pulak Damia punya. Bawak color hijau pucuk pisang. 

Seluar track tu en suami punya. Dia beli kat Puma Setia Alam kalau tak silap. Beli masa nak pergi Tangalooma August tahun lepas. Hari ni isteri dia kaut dan pakai. Hehe.

Kasut putih tu sal beli kat Ioi Mall January 2018 tu. Suka pulak kasut bling bling putih ni. Ringan. Memang boleh buat pakai lari. Beli kasut putih bling bling ni pun sebab nak join fun run The Running Diva Malaysia bulan 1 tu. Tak update pun lagi entry kisah fun run tu. Sal dapat best dress masa tu. Kalau nak tengok, gi la dulu page FB The Running Diva Malaysia.

Dalaman sal wajib melekap Premium Beautiful corset. bukan corset biasa. Tapi ni corset yang jaga posture badan kita. Meman elok sangat buat pakai sepanjang zumba dan workout. So badan tak kan sakit sakit lepas buat aktiviti lasak. Anak-anak sal tu memang sal pakaikan siap-siap. Sebab Premium Beautiful ni tak kira usia. Semua peringkat umur boleh pakai. Laki pompuan pun boleh je sarung. Tak kisah la anak dara ke, mak dara ke, pak dara ke, asalkan kita ada pinggang, memang boleh sarung Premium Beautiful. Korset paling selesa dan paling menjaga posture badan manusia. Especially untuk yang ada masalah Slip Disc dan Scoliosis, anda lagi digalakkan untuk pakai Premium Beautiful. Tak pakai full set pun, anda boleh pakai bengkung dia je. Confirm selesa. Confirm rasa bahagia je bila posture badan lain dari biasa.

Untuk mak yang dah beranak satu atau beranak pinak, sal sarankan pakai bengkung Premium Beautiful ni untuk hilangkan sakit belakang. Tak kira la kita bersalin normal atau ceaser, sakit belakang mesti ada punya. Bila pakai bengkung Premium Beautiful, sure sedap je rasa badan. Rasa macam di urut-urut atas kerusi Ogawa.








Bila pakai waist nipper Premium Beautiful, dah la pinggang tak sakit. Jadi makin ramping pulak tu. Ramping tau. Bukan keremping. Cantik macam pinggang Che Ta tu.



Badan pun jadi ringan. Tu yang berjalan lajuuuu je. Lagi laju bila dapat berjalan dalam shopping mall kan. Tak rasa penat langsung.


Ni hasil larian atas treadmill selama 30 minit. Fun run je. Tapi peluh macam empangan pecah.


Ni yang paling mencabar ni. Bila kedai kek paling sedap ada berhampiram dengan kawasan gym. Tapi alhamdulillah kami berjaya control selera makan. Satu slice kek Chocolate Moist Secret Recipe tu, kami share 3 orang makan. Terkulat-kulat je rasa. Sal tanya Damia ngan Danisha, nak tambah lagi tak? Diorang kata tak nak. Nak makan buat rasa je.

Bagusnya. Sejuk perut mama mengandung.

Kepentingan workout ni bergantung pada keperluan individu. Macam kami, kami tak konsisten pun workout sebenarnya. Sedangkan kalau diikutkan, sebaiknya kena workout at least 3 kali seminggu. 

Bagusnya bersenam ni, dia bantu detox badan melalui peluh. Bila badan kerap berpeluh, penyakit kronik susah nak hinggap. Tapi kena make sure, makan nak kena jaga. Sebab pemakanan tu yang mainkan peranan paling utama untuk buatkan badan kita sihat dan cergas.





Saturday, June 23, 2018

Nasi Lemak Salleha

Terajin pulak dua hari ni buat nasi lemak untuk bagi suami dan anak-anak makan sarapan pagi.


Sal buat ikut resipi sendiri je. Alhamdulillah somi memang banyak membantu kerja dapur. Tak pernah dia biarkan sal sorang sorang buat semua.


Macam semalam, dia masak nasi lemak. Rebus telur. Sal buat sambal je. Hari ni sal buat semua.


Bahan-bahan buat nasi lemak cara kami ni simple sangat. 

1. Kami guna santan Ayam brand yang dalam kotak tu. Sekotak dalam RM2.60
2. Daun pandan. Nak bagi wangi nasi
3. Daun limau. Jangan pelik pulak. Sal suka daun limau ni. Tu yang untuk setiap masakan, sal akan letak daun limau ni. Rasa dia pun sedap.
4. Hiris bawang dan tabur dalam periuk nasi.
5. Letak garam sikit


So cara sal untuk sediakan nasi yang berlemak, bahan yang sal gunakan adalah :
Beras
Santan sekotak
Daun pandan
Daun limau
Bawang
Garam

Sambil masak nasi, rebus telur. Untuk isi rumah kami, biasanya kami rebus 10 biji sekali makan. Rebus telur tak yah lama. Letak garam sikit.

Sambil tunggu nasi dan telur siap, boleh la sediakan bahan untuk menumis sambal. 

Ni cara sal buat sambal tumis

Sal buat sambal ikan bilis.
Ikan bilis tu hari pertama rajin sangat, beli yang kena kopek. Bercinta nak kopek sesatu ikan bilis haluih. Tu yang the next day, terus beli yang siap kopek je. Senang. Tinggal nak bersihkan sikit-sikit je. Ikan bilis ni pastikan basuh dulu. Baru sedap menggoreng. Lagi pun bila basuh tu, bersih la ikan tu. Kita tak tau kan sebelum ni macam mana cara pengeluar handle ikan bilis tu. Jadi sebaiknya, basuh dulu dan toskan air dia sebelum goreng.

Bab goreng ikan bilis ni, sal suka en suami yang goreng. Dia goreng rangup. Lagipun ikut taste dia la nak macam mana. Macam sal ni bedal aje.

Lepas dah goreng ikan bilis, angkat letak tepi. Masukkan bahan tumis yang di tumbuk dan di hiris.

Bab tumbuk ni, memang sal bagi job ni kat anak dara, diorang la yang suka menumbuk. Sal minta diorang tolong tumbuk bahan-bahan ni:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Ikan bilis

Tumiskan bahan tumbuk. Dalam masa yang sama sal add lagi bawang. Sebab sejenis yang suka bawang banyak. Bawang kan baik untuk kesihatan. Membawang je yang tak dibenarkan.

Dalam tumisan ni pun, sal suka letak daun limau. Eee tak tau la nape suka sangat bau daun limau ni.

Bawang dah kuning kuning, masukkan cili. Cili ni pun mak mertua yang blenderkan. Dia tau kot anak menantu tak dan buat. Huhuu. Thank you mak.

Dalam sambal tumis ni, sal letak jugak sos thai sikit, sos tomato sikit, kicap sikit, air asam sikit. Gula ngan garam pun letak sikit je. Macam garam tu sal suka letak Garam Buluh. Sebab garam buluh ni bersifat alkali yng baik untuk nyahkan racun dalam badan.
Uol nak try garam buluh, boleh wasap sal ye. Boleh try beli by sachet dulu pun ok. Buat rasa. Rasa ok nanti boleh beli terus sekotak. Sure puas hati bila badan hari-hari kena detox.

Nanti dah naik minyak, masukkan petai dan ikan bilis. Terus tutup api dan kacau rata. Tak nak letak petai pun ok je. Ikut selera masing-masing.

Siap dah nasi lemak Salleha.

Minum dengan kopi citarasa antarabangsa Min Kaffe, confirm terangkat.


Nasi lemak Salleha

Ni portion makan sal. Ni gambar je. Yang real punya jangan terkejut tengok. Sal kuat makan tau. Huhu. Tu yang kena berbengkung masa makan. Bengkung untuk elak makan berlebihan.




Nak lagi mudah, makan je dengan sambal nasi lemak ni. Sedap, mudah dan murah. Jimat masa. Koyakkan je pek dan terus makan dengan nasi panas-panas. So yummy anak sal kata. Sambal nasi lemak D'Chef. Ready to eat. Boleh order dari sal jugak wasap.my/601116311641

Thursday, June 21, 2018

Selamat Hari Raya 2018

Ya Allah banyaknya gambar dan video yang tak sempat nak upload masuk blog. Tak menang tangan nak gerakkan semua social media yang ada. Instagram, Facebook, Youtube. Alhamdulillah rezeki sihat dan macam-macam nikmat rezeki lagi Allah belanja kami sepanjang hari. Sampaikan nak raya ni lagi la busy dengan memenuhi permintaan pelanggan, dan dalam masa yang sama, team juga semakin rancak terima rezeki masing-masing. Alhamdulillah. Makin tenang berniaga bila Syukur tu kita letak paling depan. Syukur tak kira rezeki besar atau kecik sekalipun. Syukur samada terima good news atau berita yang kurang menyenangkan sekalipun. Syukur is the key. Sentiasa pandang hikmah dengan apa yang kita terima, especially something yang menguji kesabaran kita.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
Maaf Zahir dan Batin.

Sal minta maaf atas segala salah silap yang tak disengajakan. Dan sal jugak sentiasa memaafkan semua orang. Tak guna simpan dendam. Isu berkaitan fitnah, mengaibkan dan adu domba yang sal pernah terima sebelum ni pun, sal maafkan semuanya. Cuma, untuk berbaik sebaik baiknya macam keluarga, berbaik macam sahabat sehidup semati tu memang tak mungkin sejarah berulang lagi. That is me. Once broken consider sold la kira nya. Sebab bila memberi, sal memang akan beri sepenuh hati. Tapi bila berkali-kali di toreh, di hiris, di bodo-bodo kan, dilaga-lagakan, sal tak boleh berdiri lama lagi. Kena move on.

Bila dalam situasi kita di hina. Di kecam. Di keluarkan kata-kata yang menjatuhkan maruah kita, sabar je. Diam je. Tak payah buang masa balas. Biar nampak bodoh dengan berdiam diri. Biar nampak ko tak power pun tak pe. Tak pe nampak ko macam bersalah giler pun masa tu. IGNORE JE. JUST CHILL. Istighfar dan zikir untuk Allah tunjukkan kebenaran. Tak guna tunjuk hebat sesama manusia. Takkan ke mana pun akhirnya. Jangan buang masa pengaruhi orang lain untuk membenci. Tak perlu buang masa jadikan social media tempat untuk tegakkan benang yang basah. Sebab kebenaran tu akan terjawab sendiri, tanpa perlu kita pung pang mengadu dan heboh kecoh tarik perhatian orang lain sana sini. Tak perlu pengaruhi orang lain untuk minta sokongan simpati. Tak perlu. Sebab kebenaran akan hapus kebatilan. Orang yang ego ni sekejap je. Orang yang kaki fitnah tabur cerita, buka aib, menyampai-nyampai ni hidup takkan tenang.

Untuk orang bisnez, this is the real life. Real situation yang kita perlu lalui bila bergelar usahawan. Cabaran di fitnah tu pasti ada. Andaikata tak buat bisnez pun, benda yang sama tetap kita akan jumpa. Cabaran di aibkan pasti ada, Cabaran di tikam dari belakang, lagi lah ada. Cuma, tak perlu takut dengan cabaran macam ni. Tak perlu kusut bin serabut. Tak perlu putus asa sampai hanyut. Sebab yakin je, Allah pasti bantu. Dan yakin je semua yang berlaku ni, semuanya ada hikmah yang lebih baik untuk kita dapat sesuatu yang lebih baik. Dugaan tanda Allah sayang. Dugaan tanda Allah nak bantu kita untuk sentiasa ingat pada Dia. Bersyukur saat diuji. Sebab ujian tu adalah hadiah dari Dia untuk kita yang sering lupa.

Lesson learned. Trust Nobody!

Ok full stop.
Jom sambung layan kisah raya pertama kami untuk tahun 2018 ni.















I dengan dua orang 'adik' i ni, semua berbengkung. Bengkung paling sedap dipakai sebelum makan makanan sedap-sedap




Dia yang makin besar ke, atau mama yang makin kecik. Raya kali ni mama banyak duduk. Semua minta tolong kakak amik kan.

"Kakak, tolong amikkan mama air.
Kakak, tolong amikkan mama kuih tu.
Kakak, tolong amikkan adik air.
Kakak, tolong teman adik nak gi toilet."

Makin slow metabolisme, makin tak rajin bergerak ni macam mana.

#DuluRambutMamaTocangkan
#SekarangTudungMamaPakaikan

Damia dan Danisha 2010

Damia dan Danisha 2018
Mama ayah love both of u.

This year sal like previous year juga. Sal prefer pakai baju yang dah pernah pakai sebelumnya. Mode soping raya sal jarang muncul di bulan puasa. Yang berbaju baru, hanya Damia Danisha dan Muhammad je. Kami suami isteri prefer pakai baju sedia ada.

Outfit of the day hari ni, sal pakai baju House Of Doll by Fazura. Match kan dengan anak-anak punya baju, Ikutkan nak jugak pakai baju polka dot hitam putih tu. Tapi size untuk mak budak ni dah habis. 

 Men And Women in black. Bukan black magic tau. Baju je Black Theme.
Budak-budak ni diorang bukan kisah baju mahal ke murah. Asalkan diorang ada baju baru je cukup. Tu pun dah happy. And Damia Danisha pun, bila makin besar ni, diorang tak excited sangat nak shopping baju. Kita ajak soping pun diorang malas-malas je nak ikut. Baju polka dot Damia Danisha ni pun RM15 sepasang. Best kan. Tak ralat beli baju harga macam ni untuk budak yang tengah membesar. Banyak dah baju diorang sebelum ni yang harga lebih 10 kali ganda dari ni. Bila di fikir balik, ya Allah sayangnya. Rasa takut pun ada. Sebab banyak membazir untuk baju yang diorang boleh pakai setahun sekali je. Ye la, sebab diorang kan membesar. Jadi banyak sangat baju lama yang dah tak boleh pakai dah. Nanti la, ada masa sal akan open for pre-loved mana-mana baju yang diorang pakai sekali dua tu. Dah berkurun nak buat preloved items. Tapi tak pandai la nak menjual preloved item ni.







Untuk tontonan Damia Danisha Danish dan cousins nye. Dah besar nanti bila korang tengok balik, mesti gelak pecah perut punya. :D

Cc: Afrina Munirah, Amir, Adam, Hafiz, Hariz, Raesa, Kayla, Mahirah, Malika.

Thursday, June 7, 2018

Gaya Koleksi Raya 2018 With Premium Beautiful Dan Fazura


Gaya Koleksi Raya 2018
With Infinence x Fazura & Rizman Ruzaini

April 2018

Publika



Fazura memang baik sangat orang dia. Sebab tu rezeki dia dijodohkan dengan keluarga yang baik-baik. Masa jumpa dia kat belakang stage ni pun, dia tak buat memek muka sombong pun. Very friendly. Murah senyuman. 


Habis show je terus masuk belakang stage, hug yang paling manis. 

Fazura bukan setakat pakai our Premium Beautiful corset, tapi yang paling manis ni pun dah pakai our koleksi baju raya. Hai la rakan sebaya sal ni, cantik dalam, berseri luar. Fazura ni kan tersangat humble orang dia. 

Ada 3 perkataan yang Fazura suka sebut bila jumpa sesiapa yang dia nampak,
1. Apa khabar
2. Muahhhh
3. I love u

Best kan. Lepas tu tak pernah buat muka pun bila orang ajak bergambar ke berselfie ke. Memang very down to earth.

We are Premium Beautiful Lovers



Dapat Special invitation untuk ke Gaya Koleksi Raya 2018 di Publika.


Maknanya baju merah mak ngah ni akan dirasmikan la untuk ke GAYA KOLEKSI RAYA 2018 ni. Tak pernah pakai lagi baju ni, sejak siap tempah hari tu. Pakai pulak dengan Premium Beautiful kan. Lagi la menyerlah si kebaya merah. Dah la masa ni memang tengah hot viral kisah hantu kebaya merah.

Kain red plain tu sal beli kat Jakel masa ada sales tahun lepas kalau tak silap. Ikutkan baju ni nak pakai Masa bulan January 2018 untuk CDM Conference kat Hatten Melaka. Tapi alhamdulilah tak siap pun masa bulan 1 tu. So boleh la sal sarung untuk runaway ni.
Part lengan tu, original sutra dari Shanghai. Sal beli lamaaa dulu dah. 4 tahun dah terperuk dalam kotak. Beli masa dapat free travel ke Shanghai tahun 2014. Tapi sutera dia masih cantik. Tak berbulu pun. Warna dia pun masih fresh.

Sebenarnya sal jarang buat baju sekali seluar. Tapi kali ni nak try test. Buat seluar longgar-longgar sket. Lagipun en suami lebih prefer sal pakai seluar dah sekarang ni sebab biasanya event-event kami perlukan sal naik escelator kan. Kalau pakai dress, dia risau tersangkut je.
Selfie dulu. 
Sebenarnya selfie lagi susah dari ootd kan. Dan sal memang kurang gemas makeup heavy. Jadi biasanya sal akan keluar rumah dengan calitan CC Cream Cozuma. Lepas tu tekap sikit dengan compact powder Victoria Jackson. Lip Gloss. Blusher Victoria Jackson. Mascara Norafurla. Tu je. Eye shadow memang fail nak gaya kan kat mata.
Sampai dah kat Publika. Tak familiar pun tempat ni. Last datang dulu taun 2013. Masa sarat pregnant Muhammad.
Sementara tunggu maghrib, mengopi dulu with husband and my twin dari Keramat ni www.zazalina.com
Ni bukan Andrews model. Ni SHOM model yang tak berbayar. Hehe.



Makan carrot cake and Min Cha Tea Fazura



Ni antara koleksi baju Infinence x Fazura yang sal gayakan. Head to toe kami ada untuk uol dapatkan. Bag ada. Kasut Ada. Baju Ada. Shawl pun ada.













Ni pulak versi Model Andrews pakai.








Sal paling suka yang fish tail ni. Sebab tutup belakang dan depan.




Tengah selfie dengan Puan Zarina Zainuddin














Jom cuci mata dengan harga special untuk koleksi Infinence. Semua kasut dan bag ni, di buat dari Genuine Leather tau. Handmade. Inspirasi dari Prof Datuk Jimmy Choo. Designer antarabangsa yang terkenal di dunia tu. Bertuah la uol yang sarung kasut Infinence ni. Sebab kasut dan bag ni semua memang INSPIRASI PROF DATUK JIMMY CHOO.

























Infinence X Fazura



Mother Of Three with Fazura. Pakai Premium Beautiful, buatkan anda confident nak sarung apa jenis baju sekali pun.


Klik Link wasap sal sekarang untuk anda dapatkan HARGA ISTIMEWA Infinence dan Premium Beautiful kesukaan Fazura