Thanks For Your Support

Sunday, April 25, 2021

Iftar 2021


Simpan sini kenangan Iftar 2021 bersama;

1. Rumah Titian Kasih
2. Pertubuhan Fakir Miskin Iman Dan Amal 
3. Maahad Tahfiz Seri Alam, Gombak 

Terima kasih buat yang menjayakan majlis dan semua yang sudi bersama menghulurkan sumbangan.

Terima kasih family SHOM yang menyumbangkan tenaga untuk menjayakan majlis.
CDC James
CDC Azlan 
CDC Rohana  
CDM Hamisah 
CDM Juliana
CDM Cik Za
CDM Zana 
DDM Nurul 
DDM Shila 
CDM Zaer
DDM Halmie 
DDM Acap
DDM Azaha



Tangan di hulur tapi tak bersambut. Derhaka sungguh la 😅

🙏🏻🙏🏻🙏🏻
Ampun suami ku

Sampai sini ngam-ngam masuk asar. Parking pun depan surau. Jadi, tu yang ter ignore jap huluran tangan suami. 

Musim PKP ni, paling mudah keluar rumah dengan pakaian ready solat. Tak kisah la kurung ke, dress ke, asalkan sesuai. Sebab tak ada telekung disediakan di surau. Dan kalau ada pun, sebaiknya elakkan berkongsi.

Yang sal pakai ni French Jilbab nama dia. Macam nak tambah lagi. Sebab mudah. Sekali dengan penutup hidung mulut.

More video event semalam, ada kat story sal ye ❤️





















































Wednesday, April 14, 2021

Cara Penjagaan Pokok Bunga Rose Untuk Newbie


Assalamualaikum Semua
Anda tercari-cari info tentang bagaimana cara Penjagaan pokok bunga Rose kan? Especially bunga Rose yang ber ID.

ID tu maksudnya yang ada nama, selain Rose Kampung.

Sal sendiri pun baru sangat awal Feb 2021 ni start jadi geng Rosarian. Banyak lagi yang sal kena belajar dan rajin-rajin buat bacaan dari pengalaman Rosarian yang lain.

Jom sal share kan pengalaman sal sebagai newbie dalam penjagaan pokok bunga Rose ni.

1. Beli Pokok Rose kat mana
2. Cara Report
3. Cara Jaga Daun Dari Serangan Kutu dan ulat
4. Cara baja Pokok Bunga Rose
5. Cara cegah atau kasi mati ulat dalam tanah. Eee geli.



Ni la bunga Rose Id pertama dalam hidup Sal.
1. Nahema
2. Wedding Celebration

Kenapa sal pilih Nahema sebagai 1st ID sal?



Sebab, masa dok belek facebook tengok bunga apa nak pilih, sal nampak posting ni. Katanya Nahema ni besar. Wangi pulak tu. lepas tu Nahema suka berbunga. Dan senang nak jaga. 

Semua tu killer point 😂
Menggangu emosi kewanitaan ku.


Ni la Nahema. Nama macam nama hindustan. 
Masa mula beli tu, ada la kudup dia yang dah nak terbuka sikit. Memang wangi. Suami kata macam bau pontianak harum sundal malam. Tiber. 


Nahema ni jenis memanjat. Tak sabar nanti nak rimbunkan rose ID memanjat ni semua kat tiang macam ni. 


Bunga kedua, sal pilih si merah menyala ni. 
Id Rose ni : Wedding Celebration

Sal pilih Wedding Celebration masa ni, sebab suka tengok bentuk dia tu nampak menyerlah sangat masa bunga mengembang.

Lepas tu beli la sekali Medium Rose. Atau tanah khas untuk Rose. Sebab senang kan. Jimat masa. Lagipun Sal tak reti nak bancuh tanah ikut sukatan. Sal beli terus je tanah dari Kak Salwani Rose Garden ni. Satu pek RM6 je. Ok la, satu pek ni ngam untuk pasu standard kecik ni.


Besar ni. Pasu ni kalau cari kat shoppe tak jumpa pulak. Ni sal beli kat nursery area Kota Damansara. RM8 satu. Pasu ni tahan cuaca panas katanya. 17-48 celcius.  Maksudnya tak cepat mereput la.

So apa step nak Report pokok Rose yang baru beli tu ke dalam pasu pilihan kita?

First, tanggalkan plastik putih atau polibag Rose tu.


Kedua, pelan pelan tanggalkan sekam padi yang ada. Jangan kasar-kasar. Pelan-pelan buat supaya akar tak rosak. Masa tanggalkan sekam padi tu, jangan tanggalkan habis. Tinggalkan je sekam yang masih melekat pada akar.

Kira cara senang nak tanggalkan sekam berlebihan tu, goncangkan bahagian sekam tu perlahan-lahan. Macam sal, mula-mula buang sekam tu, sal pakai plastik tangan dan korek dia sikit-sikit. Sampai bersih sekam tu. Huwaaaa. First time kan. Memang betul la, setakat dengar dan baca je, kita payah lagi nak faham kan. Tapi bila dah buat, baru lepas tu kita 100% faham apa yang dimaksudkan dengan tinggalkan 30% sekam atau sekam yang masih melekat kat akar tu.

Sal siap basuh lagi akar dia masa pertama kali keluarkan sekam tu. Haha. Pandaikan. Terlebih rajin nama dia. 
Sal memang jenis lambat pickup sikit. Sebab tu dalam bisnez pun, sal takut nak miss class. Sebab kalau miss class, nanti lagi lambat nak faham. Lagi banyak ulang buat salah. At least bila pegi kelas, dan kita ada buat mistake, kita akan cepat belajar macam mana nak buat dah lepas ni.

Ok, settle tanggalkan sekam padi dan tinggalkan sekam yang melekat kat tanah tu, boleh la masukkan pokok rose tu dalam pasu.

Kejap!!!
Bukan just main masuk je tau. Kena ada cara dia. 

Pastikan pasu bersih. Dan isi dulu dengan medium Rose separuh pasu. 

Kat bahagian tengah pasu tu, membukitkan sikit tanah tu.

Lepas tu, kembangkan akar Rose, dan letak tengah-tengah pasu kat tanah membukit tu.

Lepas tu tambah la medium rose lagi sampai separuh lagi pasu. Jangan penuh sangat tanah tu. Biarkan ada ruang sikit. 

Lepas tu, boleh la test kepadatan tanah rose tu polos ke tak. Sebab kalau padat sangat pun tak bagus. 

Jangan tekan-tekan tengah tanah tu tau. Kalau nak padatkan pun, just tekan sikit je kat tepi-tepi pasu tu. 

Kenapa tak boleh padatkan sangat tanah?
Supaya aliran air nanti, tak bertakung.

Tu yang lepas report je, terus siram pasu sampai bertakung air. Sebab tu tanah tak boleh penuh sepenuhnya kat permukaan pasu untuk permulaan ni. Sebab nak test aliran tanah tu ok ke tak jadi lebih mudah.

Jadi, siram bagi air bertakung kat permukaan pasu, dan tak sampai seminit pun, kita akan nampak ada air mula keluar kat lubang-lubang bawah pasu. Tu tandanya, ok la tu tanah rose kita tu.  Kalau lambat sangat air keluar, maknanya tanah tu padat sangat.

Tak perlu tabur baja dulu. Sebab dalam tanah yang kita report tadi, dia dah campur baja sekali. Tapi kalau excited nak letak sikit lagi, apa salahnya.

Kalau boleh, jangan siram daun rose kerap. Sebab sal mula-mula rajin betul siram daun. Tu yang daun senang dapat penyakit. Sebab rose ni, style dia, daun tak boleh basah selalu. Mula la nanti macam-macam serangga nak datang hinggap.

Ok, lepas dah siram air, letak dulu pasu bunga Rose kita di bawah tempat berbumbung. Sebab 3-4 hari ni, akar dia kena rest kejap dan bagi serasi dengan tanah. 

Dah masuk 3-4 hari duduk bawah bumbung tu, baru kita alih bagi dia duduk direct bawah matahari memancar. Sebab pokok rose suka cahaya kuat. Lagi kuat, lagi cepat merimbun basal break dia tau.

Tu cara report pokok bunga rose ber ID untuk newbie macam sal.


Baja pulak, sal guna baja khad Rose. DZ organik yang beli dengan kak Salwani Rose Garden. Dia sejenis baja tabur.  Ada bau udang dalam baja tu. Ni kira makanan akar juga ni.


Dalam masa yang sama, sal spray batang dan daun dia dengan baja foliar Ezigrow. 

Apa fungsi EziGrow untuk pokok Rose?
Fungsi Ezi Grow ni adalah sebagai penggalak daun dan bunga. Memang bila dia bergabung dengan baja DZ, melampau betul Basal Break keluar. Satu pokok cecah 40 basal break. Memang melampau sungguh la dia punya kenyang aih.

Bila masa sal gunakan baja Dz dan Baja Foliar Ezi grow?
Sal guna kan DZ baja ni 4-5 hari seminggu. 
Ezigrow tu seminggu 2kali sembur kat tanah, dahan ngan daun. 

Apa masalah yang sering kita lalui bila menjaga pokok bunga Rose ni?
Masalah utama dia, daun.
Daun cepat lecur, layu, bertompok putih, bergaris, bertompok hitam. 

Lepas tu, ada juga tanah berulat. Macam ulat sampah. Huhuu geli.

Dahan pulak, mudah jadi hitam.

Jadi, macam mana sal start jaga daun, dahan, dan tanah?
Untuk daun, mula-mula sekali jangan kerap basahkan dia. Sejak tau daun rose sensitif dengan lembab, sal akan cepat alih kan pasu bila masuk waktu malam. Sebab kalau hujan waktu malam, tak ada la dia lagi senang rosak.

Sal beli spray jenama Dr Garnick kat Tesco. Botol warna hitam. Dia daun neem. Dan apa yang sal belajar, bila spray Neem ni, pastikan spray waktu awal pagi atau dah petang masa pukul 6.30 tu. Paling bagus spray selepas petang bila matahari dah turun. Malam pun boleh. Sebab apa? Sebab masa ni matahari terik tak ada. Kalau spray dia dan bagi kena matahari, daun akan jadi melecur. Kering habis.

Dr Garnick Neem ni, ok la untuk halang black spot, halau thrips, kutu. Daun pun jadi segar. Memang work it. Daun kilat cantik aje. Sebotol RM23 macam tu la kalau kat tesco.


Lagi satu spray, sal dapatkan Strex dari Nursery Salwani Rose Garden. Sebotol kecik RM20. Kena bancuh dengan air. Spray daun depan belakang. Sebab serangga suka dok belakang daun. Nak bunuh serangga perosak ni, kena selang seli guna semburan perosak. Sebab, serangga kalau dah imun dengan racun tu, dia tak mati dah. Tu yang pakar pertanian advice, tukar-tukar racun serangga. 

Baru ni pulak, dalam tanah Nahema sal ada ulat putih. Gedik gedik dia dalam tu. Sal spray jugak dengan strex. Ok la, mati juga la 3 hari tu. Ulat gedik tu suka dok dalam tanah lepas kita letak baja tabur.


Tapi sekarang sal dah beli Cuka Kayu ni. Untuk siram pada tanah. Sebotol besar ni RM10 je.

Ni sal tepek sini gambar-gambar rose yang sal berkenan. Ada yang ambik kat google je.













Ni Nahema sal masa awal beli. Dia kena thrips dah sampai kena togel satu pokok.








Rose warna pink


Rose warna oren


Ni keadaan Nahema Rose yang sal dok belai sekarang. Lepas 2 minggu bawa balik, sal togelkan dia macam ni. Beli sekali dengan Wedding Celebration, tapi yang ni belum ada rezeki berdaun dan keluar basal break lagi. Masih dalam proses merawat akar Nahema ni.


Hari ni, masuk April je, ajak Muhammad tambah dua lagi ID baru. Sal aim Rose Des 4Vent. Tapi dah sold out. Duri dia banyak kan. Halus-halus je. Bungai dia tu sal suka. Merah dan besar. Wangi tu tak pasti sebab tak pernah bau. Tapi katanya wangi Rose De 4Vent ni. Nama pun ke main Louis Vuitton sangat.


Nak tau tak sal pilih ID apa kali ni?


Dua ID ni kategori Super Special kat sini.


Ni dia ID baru, Artly Closed


Artly Close warna purple. Wangi. 








Satu lagi, ID Rose dia Anne Sophie Pic (ASP). Besar bunga dia. Cantik sangat.  

Tapi yang sal tunjuk ni, Anne Sophie Pic yang sedang nak berkembang. Tak sabar nak tengok first time dia berkembang kat laman ni.






Ni Artly Close. Warna purple pekat. Pun tengah tunggu masa nak mekar.

Hidup ni macam bunga jugak kan. Nak berkembang mekar, cantik, berseri, bukan boleh sehari dua. Mesti kena lalui proses. Perlu jagaan yang betul, dan sangat Perlu sabar. 


Hari tu 30+ Basal break tumbuh di Wedding Celebration Rose Tree ni. Sekarang ada another 10+ lagi yang sedang meriah tumbuh di sini.


Apa kelebihan Basal Break pada pokok Rose?
Kelebihan basal break adalah, dia akan jadi tempat berpotensi untuk tumbuh bunga. 


Kalau dulu sal tak tau pun merah-merah tu adalah daun muda. Yang baru tumbuh. Ingatkan daun rosak 😂




Ni journey Artly Closed Rose masa 6/4/2021


Pandangan dari atas


Dari tepi untuk side yang lain.


Cantik kan Artly Close. Ni dah turun semua kudup hijau tu ke bawah. Signal bunga bakal mekar.
10/4/2021


Jom tengok journey Artly Close Rose yang sekuntum ni. Ni masa 13/4/2021 first Ramadhan. 

14 April 2021
Artly Closed
Terus terbuka kelopak dia yang masih kuncup je semalam. Cantik berseri. Bersih kelopak bunga Artly Close ni. 


Yang another kuntuk ni, dia bercantum. Macam kembar dah melekat. 


Ni masa 6/4/2021
Cantik je bentuk bud dia.


Masuk 9/4/2021 dah mekar sebelah.


Disebabkan bud dia bercantum, maka perkembangan kelopak bunga dia agak terganggu. Dia tak boleh nak kembang luas sangat sebab berkongsi ruang.


Ni ha Artly closed kembar tu masa 11/4/2021


Artly Close ni warna dia memang cantik. Bau tak berapa kuat. Dan kelopak bunga, tak stay lama bila dah berkembang. 

Artly Closed


Belanja seketul gambar tukang kebun ni. Ada lagi pokok tak report. Report ni kena ada mode tau😂


Ni pulak Anne Sophie Pic atau ASP nama singkatan dia. Macam polis pulak kan ASP 😂


Cantik. Setiap pagi dalam pukul 7 sal dah start keluar belek pokok Rose. Lepas tu kul 9, 11, 1, 3, 5, 7 tu kalau tak ada kerja luar, sal akan keluar belek setiap masa ni.


Start kembang dah. Sekali dia bloom, memang besar. 


Anne Sophie Pic Rose ni, dia wangi manis bau  dia. Warna dia memang sebijik macam dalam gambar ni.


Sal suka kelopak macam ni. Nampak gebu je. Padahal memang gebu pun. 




Kita belanja banyak sikit gambar tuan tanah kedaung


Ni muka nak keluar rumah. Sebelum keluar, kena kiss gudbye dulu. Amik bau dia.
















Sal berkebun pakai Theravest Therapant atau Premium Beautiful tau. Biar lagi kuat peluh. Lagi cun reshape badan. Dan paling penting, pinggang tak lenguh bila duduk membongkok lama-lama masa gembur-gembur tanah.

























Ni video cara sal keluarkan tanah dan report semula Nahema. Sebab Nahema ni kena serangan ulat tanah. Sampaikan dia tak boleh nak keluarkan tunas baru. 

Apa yang sal gunakan untuk selesaikan masalah ulat tanah dalam pasu ni?
1. Guna Cuka Kayu
Sal beli dari Salwani Rose Garden RM20 sebotol. 

Cara dia, siram pada tanah. Siram bercampir air dan sukatan dia. 2.5 untk 1 liter air. 



Belek pokok Rose Nahema di pagi hari.


Jom tengok Wedding Celebration Pulak jom.

Antara ID Rose yang rajin berbunga. Besar, tahan lama, merah menyala dari bud sampai half bloom, tapi bila full bloom dia pink.


Ni bunga yangpaling bawah sekali kat pokok Rose Red Wedding Celebration ni.


Ni dia dah buka sikit. Cantik.




Ni bunga yang dah 2 minggu kat pokok. Lama tau. Dia tak luruh pun.


Cantik tau Wedding Celebration ni


Ni dia dah half bloom


Ni full bloom jadi pink


Besar bunga dia. Besar tapak tangan.
















Merimbun bunga dan daun ID Rose Wedding Celebration ni


Cantik. Kelopak bentuk love.


Kadang ada bau, kadang tak ada bau.