Thanks For Your Support

Thursday, August 22, 2013

business achievement : Double Diamond Manger (DDM)


Alhamdulillah.........
satu stage je lagi untuk menuju ke puncak kejayaan.
In shaa Allah CDM 2013 confirm!

Menuju kejayaan adalah ibarat memanjat tangga yang tinggi...
perlu bermula dari bawah dan perlu memanjat dari satu tangga ke satu tangga.
Setiap tangga yang berjaya di panjat adalah satu kejayaan, 
dan semakin lama, semakin hampirlah kita kepada matlamat.


 Alhamdulillah
Bukan gelaran yang menjadi agenda utama untuk sal teruskan perjuangan ni. Tapi perjuangan yang ada sememangnye indah bila kita terus berusaha tanpa ada istilah putus asa dalam diri. Jangan sesekali putus asa sebab DIA tak kan putus kan rezeki hambaNya yang tak berputus asa.

 Pen keramat dari pemilik stokis B32 madam lam dan CDM chan.
Simbolik untuk usahawan berpangkat double diamond manager dengan jualan terkumpul sebanyak 720,000.


Dari siang pergi beraya, malam kami beraya kat B32 pulak dengan pen, jam dan kek sambutan untuk new CDM yang lahir pada bulan julai 2013.
Ana dan myra ni antara pewaris jam dan pen yang akan lahir hasil canaian mentor-mentor di B32 dan topl leaders circle. 

Caiyok Ana...!!!
Caiyok Myra...!!!!



 Muka kena legend walau dalam hati neves jugak la nak naik stage bersalaman dengan multimilionaire yang sangat humble macam kak ana ni.
Ni baru stage kecik je. Macam mana la feel naik stage besar pentas CDM di majlis ulangtahun syarikat nanti kan.


Ya Allah syukur tak terkata bila akhirnye lagi satu anak tangga je untuk sal pegang title yang jadi impian para usahawan di B32 ni. Alhamdulillah sal mewakili adik beradik top leaders circle untuk menerima anugerah double diamond manager bagi bulan july ni.

Ramai anggap business ni mudah kaya, cepat nak jadi senang, business goyang kaki, business tipu orang, business itu business ini. Tak kisah lah apa sekali pun bapak negetif yang orang luar keluarkan di blog-blog mereka atau di mana-mana laman social network mereka tentang business ni, asalkan sal dah melalui business ni dari bawah. Dari sal zero, dari tak tahu berjalan, dari jalan macam siput sampai lah mampu untuk berdikari dan sikit sebanyak boleh membantu untuk menambah nilai hidup orang lain.

Dari pengalaman perjalanan pahit manis bisnez ni sal makin faham, yang tanggapan negetif memang orang luar mudah nak serap dalam kepala...tapi bila sal sendiri teruskan buat dan buat, memang bisnez ni indah, memang lain dari apa yang selalu orang luar perkatakan. Yang menipu, yang buat onar, yang menjadikan nama bisnez ni busuk bukan datang dari syarikat, tapi datang dari sikap manusia yang mudah lupa.

Sesungguhnya berniaga itu SUNNAH kerana 9/10 rezeki datang melalui perniagaan. Dan dengan berniaga dengan niat kerana Allah, sikap negetif kita makin lama makin mudah di kikis. Kalau dulu rasa marah, dendam, benci, menyampah, putus asa memang jadi makanan harian hidup. Tapi melalui suka duka dalam dunia perniagaan, sikit demi sikit sikap negetif tu terhakis.




DDM B32 Bersama mentor idola kami semua CDM kak ana.
dari awal sal buat bisnez sampai sekarang ni senyuman kak ana sentiasa sama je terukir di bibir. tak pernah dia tunjukkan riaksi muka yang membuatkan kita rasa rendah diri bila berdepan dengan kak ana. Jutawan yang sangat merendah diri macam kak ana ni memang layak untuk dijadikan contoh pada kami usahawan yang sama-sama ingin berjaya di dunia mahupun akhirat. Setiap kali di majlis ilmu, tak pernah lekang pesanan kak ana untuk kami semua menjaga adab dengan Maha pencipta dan adab sesama manusia.







Bersama mentor yang banyak memberi kekuatan dan tunjuk ajar pada sal dan adik beradik di top leaders circle tentang perlu nye perjuangan dalam kehidupan. Perjuangan paling utama dalam hidup kita ada perjuangan untuk menepis halangan yang datang dari dalam diri kita sendiri.
Terima kasih kak salha zain kerana tanpa jemu dan banyak pengorbanan yang kak salha dan abang alfaath lakukan untuk pasti kan satu persatu dari kami menjadi. Hanya Allah yang dapat membalas pengorbanan dan kesabaran kak salha dan abang alfaath dalam membantu menambah nilai hidup kali di top leaders circle.

Dan terima kasih hadiahkan buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI ni buat sal. suka sangat baca buku ni, dapat je malam tu terus sal baca dan fahamkan. Memang benar, baik lagi kita menjemput rezeki dari lebih kepada mencari rezeki. 



Myra dan ana antara pewaris kejayaan di top leaders circle. Kesungguhan mereka terselah bila sentiasa bulat hati dengan pemimpin. Bila bulat hati, lagi mudah pemimpin nak bantu. Tiada istilah berat sebelah dalam business bersama top leaders circle ni. Bukan siapa yang hebat yang mentor akan pegang, tapi siapa yang nampak kesungguhan lah yang akan mentor sungguh-sungguh nak bantu. Sebab kalau ikut hebat, semua pun bermula dari bawah...bermula dari takut-takut tapi hasil usaha diri sendiri dengan tunjuk ajar pemimpin lah baru kita akan jadi.

Perlu anggap bisnez ni bisnez kita sendiri. bukan bisnez pemimpin, bukan pemimpin yang buatkan untuk kita. bukan 50-50. bukan fikir aku penat-penat buat pemimpin yang dapat. sebab bisnez ni sangat adil, siapa terus buat, dia PASTI dapat! sal berkongsi dari pengalaman sal sendiri. dari mula dengan zero, sal yakinkan diri yang aku pasti boleh jadi kalau aku kikis segala tanggapan negetif aku tentang biz ni. Dan lama kelamaan memang terbukti yang biz ni win win situation dan memberi kelebihan luaran dan dalaman buat kita yang sungguh-sungguh buat dengan niat kerana Allah.







No comments:

Post a Comment