Thanks For Your Support

Tuesday, April 29, 2014

Jangan berhenti sehingga nafas terhenti

Penat? 
Lelah? 
Letih?
Sedih?
Kecewa?
Derita?

Ni la nama dia DUGAAN!
Allah hanya akan beri dugaan pada insan-insan terpilih je...biasanye kita yang di duga ni adalah calon-calon untuk disenarai pendek kan untuk mendapat nikmat dunia dan akhirat. Jadi jangan sesekali PUTUS ASA bila rasa tertekan!

BANGKIT semula setiap kali kita rasa down!
GAGAL tu adalah guru terbaik untuk kita belajar dan perbaiki apa kelemahan yang ada.

Bila kecewa elakkan untuk luahkan berlebih-lebihan pada manusia kerana biasanye kita sendiri yang akan binasa.
Tapi cari masa untuk luangkan rasa pada yang maha Esa kerana DIA yang menciptakan kita..DIA yang tahu kelebihan dan kekurangan kita...DIA yang meluluskan ujian kehidupan kita...Jadi berceritalah pada DIA dari kita bercerita sepenuhnye pada si "dia" ;)

Boleh je nak share masalah dengan manusia, tapi pastikan mereka adalah insan yang memang akan membuatkan ada rasa lega lepas meluahkan masalah. Tak perlu bercerita sedetailnye kerana dikhuatiri silap langkah cerita kita boleh ditokok tambah. ;)


Lakukan segalanye niat kerana Allah.
Mohon pada Allah untuk pelihara hati kita...
Mohon pada Allah untuk bukakan pintu hati kita pada kebaikkan.

Dan buat anda pembaca blog salleha roslan, tolong sekali doakan kebaikkan untuk sal serta kaum muslimin muslimat seluruh dunia ye ;)


Jom teruskan berusaha.
Kita usaha kita yang peroleh hasilnye.

No comments:

Post a Comment