Thanks For Your Support

Friday, May 6, 2016

Fitting Premium Beautiful di AU2 Setiawangsa

Malam ni ada appointment fitting Premium Beautiful Corset di Setiawangsa.


Sebenarnya minggu ni minggu Muhammad Danish Shafiq demam panas. Demam sebab cuaca dan Alhamdulillah tak de any infection di tonsil, paru-paru dan usus. Just perlu banyakkan minum air je dan mesti habiskan antibiotik yang doctor bagi untuk cepat sembuh panas badan.


Sal percaya ibu-ibu lain kat luar sana pun akan lalui situasi yang sama iaitu risau dan rasa kesian sangat bila tengok anak tak happy bila mereka tak sihat. Confirm akan kata dalam hati "Ya Allah sembuhkan la anak ku dengan Rahmat Mu dan aku rela jika sakitnya itu di beri pada ku asalkan anak ku cepat sembuh seperti sedia kala Ya Allah"


Alhamdulillah walau demam, Muhammad memang tak banyak ragam. Cuma sesekali dia mula tak selesa, memang kita akan cuak dengar dia menangis.


Alhamdulillah jugak bila dah fulltime jadi surirumah berkerjaya ni sal dan suami dapat jaga sendiri anak-anak depan mata especially bila mereka kurang sihat. Waktu kurang sihat ni manja anak-anak lain sangat. Memang mereka nak kita sentiasa ada untuk peluk dan tenangkan rasa tak selesa mereka.

Subhanallah syukur sangat -sangat bila nikmat bebas masa ni Allah beri pada sal sejak dua tahun dulu lagi. Bebas masa sekali bebas perbelanjaan. Sebab kalau jadi surirumah tanpa income pun tak boleh jugak coz bila jadi macam ni, cost perubatan bukannya murah sekarang ni. Sekali pergi klinik confirm cecah RM50 ke atas. Buat-buat nye kena warded, nak cekau duit dari mana? Unless kalau kita memang ada amik plan perlindungan Takaful. Dan Alhamdulillah sejak tak berkerja ni jugak la rezeki sal dan suami dapat sediakan plan Takaful untuk diri sendiri dan semua anak-anak.




Kelam kabut keluar rumah lepas amik Damia balik sekolah petang terus ke AU2 Setiawangsa sebab dah janji nak fitting client pukul 8.40

So 6.30 Damia keluar sekolah terus shot ke Keramat. Solat Maghrib tepi Highway je.


Sampai AU2 ni pulak Muhammad mula buat ragam tak sihat dia. Memang cabaran betul. Tapi Alhamdulillah kesabaran yang Allah pinjamkan, buatkan kami dapat handle situasi dengan tenang. 


Bukan tak nak tinggal anak kat sape-sape, tapi kerja kami malam ni kerja yang santai-santai dan tak de tekanan langsung pun. Dari susahkan orang lain, baik kita jaga sendiri anak-anak depan mata.


Muhammad meragam sebab nak ikut mama. Dan yang best nye bila ikut mama, dia terus terlompat-lompat suka bila dapat jejak kaki kat tanah AEON AU2 Setiawangsa ni.


Sebelum jumpa client, sal naik baby department AEON dulu untuk beli baju tido lengan panjang yang dia tengah pakai tu sebab tadi tak dan nak tukar baju Muhammad sebab dia terbaring je. Dan yang tak boleh tahan nye, macam biasa la, Muhammad akan cekau satu mainan baru. Huhuu.


Ada orang kata jangan manjakan anak sangat. Bagi sal bukan isu manjakan atau tak. Motif nye adalah sal happy bila anak-anak happy. Berapalah sangat nilai harga kereta mainan yang diorang ambil berbanding dengan rasa gembira yang mereka ekspresi kan pada kita. Sebab antara asbab rezeki sal dan suami pun adalah dari anak-anak. Anak-anak adalah rezeki, jadi tak salah bila kita kerap belanja orang paling dekat dengan kita yang mana perbelanjaan tu boleh buatkan diorang happy dan sihat selalu in shaa Allah ;)


Premium Beautiful Expert mula bersilat sharing tentang kelebihan Premium Beautiful Corset pada client. As an authorized agent, info yang tepat dan ringkas kita wajib kongsikan pada pelanggan supaya mereka faham apa sebenarnya kelebihan PB Corset ni untuk mereka. PB bukan sekadar untuk kurus, tapi PB Corset lebih pada menjaga kesihatan kita. Bila sihat, baru datangnya cantik.



After fitting Premium Beautiful, balik rumah sambung buat personal coaching pada Business Partner yang berasal dari Kelantan ni.





Masha'Allah comel nye Muhammad buat muka sedih macam ni. In shaa Allah dah nak sihat ni ye sayang. 

Alololo sayang mama. Ni la rupa budak demam.
Demam tambah umur. Muhammad dah tiga tahun. so dose ubat demam untuk budak umur 3 tahun ni doctor memang bagi dalam 5ml sekali makan. Dan paling best, Muhammad jenis tak susah langsung makan ubat.


.
.
.
.
.
.
.



Next day.
Masuk kerja lepas maghrib lagi. Best kan hari-hari boleh pilih masa sendiri untuk mula berkerjaya. Siang spend masa lebih dengan DAMIA DANISHA DANISH. Lepas orang balik kerja baru kita keluar duduk atas jalan raya so alhamdulillah tak de la cakap sorang-sorang sepanjang dalam jem :D


Dan hari ni adalah hari yang paling busy untuk en suami. Thank u sayang banyak sangat tolong runner ke sana ke sini dari pagi tadi. Dengan nak kejar solat Jumaat, nakpergi postage, nak pergi stokis, nak COD order client dia dua lokasi area Shah Alam lagi.


Alhamdulillah petang ni hujan lebat lagi.
Lepas amik Damia keluar sekolah, terus gerak ke Keramat and maghrib di tepi tol Jalan Duta.


Semalam Damia sedih sebab mama bagi dia pakai baju tak de lengan. 

Huwaaaa...Sorry sayang, mama kelam kabut sangat semalam sampai tak boleh nak fikir baju apa nak bawa untuk damia pakai. Mama terlupa yang Damia makin besar dan dah makin tebal rasa malu nak dedahkan aurat. Maaf sangat-sangat.


 Alhamdulillah seronok berniaga ni. Seronok bukan la sebab dapat jadi kaya. Tapi seronok dia lebih pada kita makin dapat mensyukuri betapa nikmatnya cabaran, bila Allah gantikan dalam pelbagai bentuk rezeki.


OOTD 
Dress : Suci By YattHamzah
Instant Shawl : Mia Ziora
Pakaian di dalam wajib la PREMIUM BEAUTIFUL ;)




Dapat client yang baik pun rezeki.
Thanks Madam Mar sudi beli Premium Beautiful dari Sal. Semoga Madam Mar maintain sihat dan cantik dengan PB. Pakai consistent ye madam ;)


Dapat Business Partner yang baik pun rezeki ;)
Thank you Hasikin Ali sudi luangkan masa walau last minit baru kak sal bagi tau nak jumpa. Bukan apa, dah alang-alang ada kat area PB Expert Keramat ni, better terus jumpa aje la senang kan. Boleh jugak sampaikan amanat-amanat CDM Salha pada Hasikin Ali.

Hasikin ni kakitangan kerajaan yang masih berkerja dan berniaga online. Berniaga bukan la sebab tak de duit, tapi sebab beliau nampak peluang untuk tambah duit dengan cara yang bersistem dan ada bimbingan dari mentor dan kumpulan yang kuat.



Black Canyon dah nak tutup baru kami sedar diri nak balik.

 Lepas fitting client, mama nak jumpa aunty ckin pulak, so anak-anak semua mama masukkan dalam ni ye. Mainla puas-puas sejam ni. Sekepala masuk sini RM10... Masuk 3 orang RM30. Tak sampai sejam pun diorang main dalam ni. Sebelum tu tadi sempat pulak naik kereta control kat sebelah funland ni. Sekali naik dah RM3. Murah la kat sini. Kat Grand Lexis hari tu RM10 Sorang. So total cost untuk entertainment anak-anak selama dua jam mama pergi work ni RM45... Tu tak masuk makan dan yang diorang shopping dalam jusco tadi lagi.


Jadi ayat duit bukan segala-galanya tu memang dah tak relevan langsung dah sekarang ni.


Yang suka sangat guna ayat kat atas tu, apa kata cuba masuk jusco nanti beli kicap kipas udang lepas tu cakap kat cashier tu "maaf cik duit bukan segala-galanya"...hehee agak-agak dia bagi lepas macam tu je ke tak :D


Sampai funland ni dah kempiskan baloon dia baru kita balik. Berpeluh sebaldi dah Damia Danisha Danish ;)






No comments:

Post a Comment