Thanks For Your Support

Saturday, November 19, 2016

Exclusive Invitation For Meet & Greet With Professor Datuk Jimmy Choo at Sunway Resort & Spa

" An Internationally renowned Malaysian fashion icon has joined the SHOM family and will work closely with Hai-O to bring a breath of fresh air into this business!


And he is none other than international shoe maestro Datuk Jimmy Choo, OBE!"





Another Exclusive Invitation dari syarikat!
Best nye berniaga macam ni. Semuanya syarikat sediakan. 

Ni la yang dikatakan pahit akan manis akhirnya.

Dulu rasa pahit je bila diri sendiri tak dapat merasa Exclusive invitation untuk ke Red Carpert event yang syarikat sediakan, tapi after rezeki di anugerahkan CDM, terus macam-macam Special Event Sal dapat. Alhamdulillah, makan free sokmo kat hotel-hotel lima bintang.

Pagi Jumaat 18 November 2016 Sal sekali lagi terpilih sebagai antara Crown Diamond Manager yang diundang khas untuk Welcome Gathering Besama Professor Datuk Jimmy Choo dan SHOM.






Ni pengalaman kali kedua sal jejakkan kaki ke Hotel Lima Bintang cantik tahap dewa ni.


First time dulu tahun 2012 untuk Seminar Diamond.

Dulu husband just hantar je. Kali ni Alhamdulillah husband jadi supporter kuat!

Memandangkan ramai sangat hari ni, dan hotel ni pun bersambung dengan mall, so better kami park kat Valet Parking je. Nanti senang nak keluar untuk solat Jumaat.

Just for your info la kan, mana la tau lepas ni nak shopping kat Sunway Piramid ni uol tau nak parking kat mana and fee berapa, Untuk normal parking RM3 je untuk 3 jam pertama. Sejam berikutnya RM1. And Valet Parking RM22.

Life is a choice jadi jom pilih ;)


Muhammad Danish Shafiq tak ikut hari ni. Just bawa Damia dan Danisha.


Everybody has a dream. Make your dreams happen.


Because of u i didn't give up.
CDM Salha ni antara insan yang membuatkan Sal masih kuat dan bersemangat untuk memburu impian.

Business ni best tau. Banyak Tarbiyah dia.
Sebab mentor adalah gambaran masa depan kita.
Dan Protege adalah KENANGAN SILAM kita. Mean kalau kita ada rasa geram ke, terluka ke, termerajuk ke dengan protege kita, tu petanda yang sebenarnya TU LAH SIKAP KITA SATU MASA DULU! Tinggal kita tak perasan je atau tak de perasaan pun masa tu. Tapi mentor kita teap buat muka legend je. Tak de pulak mentor marah-marah n herdik kita kan.

Jadi cantik sangat la bila kita dapat rasa apa perasaanya bila anak didik tak dengar kata, anak didik yang jenis buat donno dan sebagainya.

Bila jadi macam tu, JANGAN MARAH. Sebab tak semua orang jenis yang boleh di tegur.
Sebaliknya istighfar dan syukur sebab Allah bagi kita teguran sebab sayangkan kita. Supaya kita boleh muhasabah diri sambil baiki kelemahan kita yang ada masa nye memang kita tak kan perasan pun.

Jadi, just remember SABAR, MAAFKAN, DOAKAN yang terbaik.

Macam mak-mak kita selalu pesan la, "Nanti ko dah kawin, dah ada anak, ko tau la apa perasaan ibu bila anak-anak mula tak dengar kata bla bla bla" :D 

So macam tu la jugak perasaan Mentor kita sebenarnya. Mentor ni pun macam mak jugak. Macam mana menyakitkan hatinya kita pada mak, macam mana marah tak tentu pasalnya kita pada mak, Mak tetap maafkan dan lupakan je kesalahan kita. Baik kan Mak dan Mentor ni :)


Jadi kalau nak tau apa perasaan CDM?
Cepat-cepat jadi CDM... Best tau. Sebab lepas dah jadi CDM ni memang diorang tak heran dah kena apa sekalipun. In shaa Alllah muka diorg senyum je layan cabaran hidup.

Lepas ni tak payah stress stress, sedih-sedih, geram geram dah bila sakit hati dengan protege. Anggap je kita dulu pun macam tu. Anggap je Protege ni adalah kenangan masa silam kita. Hati pun tenang.


TLC Master Trainers after registration in the morning.


Board of Director. Rizman Ruzaini pun ada.

KISAH KEJAYAAN JIMMY CHOO
  • Mendapat anugerah gelaran ‘Profesor’ oleh University of the Arts London atas sumbangannya dalam bidang fesyen.
  • Merupakan rakyat Malaysia pertama yang mendapat anugerah “Order of the British Empire” OBE (Knighthood) oleh Permaisuri England, Queen Elizabeth II pada tahun 2002.
  • Dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang juga membawa gelaran Dato’.


Siapa yang tidak kenal dengan figura terkenal ini?

Nama Jimmy Choo sinonim dengan kasut yang eksklusif dan bergaya. Beliau bukan sahaja seorang pereka kasut tetapi juga seorang tukang membuat kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan hasil seninya. Beliau mendapat ilham dan inspirasi rekaannya daripada alam semula jadi seperti pokok dan bunga dan juga dari keadaan sekeliling seperti hiasan dalaman di tempat-tempat yang dilawatinya. Beliau sangat teliti dalam membentuk acuan kasut yang terdiri daripada bahagian atas, tapak dan tumit bagi memastikan kasut rekaannya seimbang supaya pemakai kasutnya berasa selesa dan selamat walaupun mengenakan kasut bertumit tinggi.
Jimmy Choo dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia pada tahun 1961 dalam sebuah keluarga di mana, ayahnya menjalankan perniagaan membuat kasut. Beliau mendapat pendedahan awal mengenai teknik pembuatan kasut daripada ayahnya iaitu seorang tukang kasut sepenuh masa.
Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung dan tamat pembelajaran beliau pada tahun enam. Beliau menolong ayahnya dan berjaya menghasilkan kasut pertama pada umur 11 tahun. Menyambung pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London. Pada tahun pertama, bapanya menanggung pengajiannya tetapi untuk 3 tahun yang seterusnya, beliau melakukan kerja secara separuh masa sebagai pencuci di restoran dan juga di kilang kasut demi mencari sesuap nasi dan menampung pengajiannya.

Selepas tamat pengajian, beliau mencuba untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan. Beliau mengharungi 4 tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Setelah empat tahun bertungkus lumus, rekaan beliau mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot.
 Empat tahun berlalu apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau lantas membelinya sekitar tahun 1990. Semenjak daripada hari itu, dia terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo dan menyebabkan nama Jimmy Choo terus melonjak di persada antarabangsa. Pada tahun 1996, beliau mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon, editor British Vogue. Pada April 2001, Choo menjual pegangan 50% dalam syarikat dengan harga sebanyak £ 10 juta untuk menumpukan kerja-kerja yang dilakukan pada Jimmy Choo Couture yang dihasilkan di bawah lesen daripada Jimmy Choo Ltd.
Kini jenama Jimmy  Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia. Sepasang kasut wanita dijual sehingga mencecah beribu-ribu US dollar. Antara pelanggannya ialah Natalie Imbruglia dan Katie Holmes. Banyak orang terkenal memakai dan menempah kasut beliau. Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem-filem terkenal seperti The Devils Wear Prada (kasut dipakai oleh Meryl Streep) dan In Her Shoes (kasut digayakan oleh Cameron Diaz). Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem terkenal Hollywood seperti The Devils Wear Prada (Meryl Streep) dan In Her Shoes (Cameron Diaz).

Pelbagai cabaran yang dilalui oleh Datuk Jimmy, namun berkat kesungguhan beliau dalam mengharungi pelbagai rintangan dalam mengejar cita-citanya menyebabkan jenama Jimmy Choo terus gah sehingga sekarang. Terlalu banyak cabaran yang dilalui walaupun amat susah, namun Jimmy Choo mempunyai semangat yang sangat kuat untuk mengharunginya. Oleh itu, setiap cabaran merupakan sebuah langkah permulaan kepada kejayaan.





Datuk Jimmy Choo With CDM Datuk Salleha Roslan.
Ecehhh.. Berangan.

Nampak tak kat situ? Berangan kuat. Berangan tu dream la. Jadi jangan takut nak berangan sebab berangan tu Percuma. If u can dream it, in shaa Allah u can achieve it.


With TLC Master Trainers. En Hubby pun dah macam Datuk Jimmy Choo SHOM dah.


With Top Malaysia Fashion Designer Rizman Ruzaini. Damia n Danisha selalu lukis design baju Rizman. Diorg tau lukis je tapi diorg tak kenal pun siapa Rizman. So jom mama kenalkan pada Rizman.


Thank you SHOM belanja kami lunch. Alhamdulillah dapat makan free hari jumaat ni.


Alhamdulillah dapat jugak bagi Damia and Danisha merasa macam mana best nye Red Carpet event TLC ni... Berbaloi rasanya tinggalkan diorang dalam kereta setiap kali appointment. Sebab ni la hasil dia. Makin selesa dan makin seronok bila dapat bergaul dalam zone beraura positif.


Tak mungkin lepaskan peluang untuk bersalaman dan bergambar dengan CDM Hajah Siti Rohana dan CDM Haji Azlan Deraman yang memang always penuh dengan aura positif. 


Proud to be their Protege.
Thank you CDM Salha Zain dan CDM Hajah Siti Rohana kerana tak pernah jemu untuk berkongsi idea dan semangat bersama sal dan team. Kalau ikutkan selesa, kalau ikutkan income, mereka tak perlu dah involve dengan aktiviti business ni semua sebab mereka dah mampu untuk jana "Duit yang berkerja untuk mereka" Dua-dua dah pegang income 6-7 Angka.




Sharp 12 ready untuk follow En Hubby ke Masjid Negeri Shah Alam. Bukan untuk jadi khatib tau, tapi  untuk dengar khutbah jumaat dan solat jumaat. Ibu pesan, dunia, dunia juga, akhirat pastikan selalu di hati. In shaa Allah kata-kata azimat yang akan di pegang sampai bila-bila.



No comments:

Post a Comment