Thanks For Your Support

Monday, April 8, 2019

Majlis Ilmu Akademi B32 Bulan April 2019

Seperti biasa, untuk berjaya, semestinya perlukan Ilmu. Ilmu pulak, tak cukup dengan sekali belajar, lepas tu rasa dah cukup. Dan rasa penuh ilmu di dada. Tak boleh macam tu. Dan kita takkan berjaya pun jika kita berhenti belajar.

Hari ni ahad, 7 April 2019, kami ada class bulanan. Ni adalah class kali ke 4 di untuk tahun 2019. Alhamdulillah 4 kali ni kami masih antara yang memilih, dan terpilih untuk hadir.

Bertuah usahawan Akademi B32. Majlis ilmu percuma sentiasa disediakan. Yang bijak ambil peluang, pasti semakin kerap terima wang. Yang menghargai ilmu percuma, pasti akan dapat pencapaian yang berbeza.

Peluang yang akan hasilkan wang.
Sebab kejayaan mereka yang dah berjaya hari ni pun, adalah hasil dari konsisten nye mereka menghargai peluang, iaitu peluang mendapatkan ilmu. Sebab ilmu bukan untuk di tunggu. Tapi untuk di cari.

premium Beautiful Selayang, Min Kaffe Saujana Utama, Premium beautiful stokis agent
Sampai awal sangat hari ni. Memang sejenis excited setiap kali nak jejak majlis ilmu. Sampai sini, kelas tak buka lagi. Adalah sejam 30 minit tunggu dalam kereta. Tapi tak sedar pun lama macam tu sekali kami menunggu. 


Tema hari ni, mentor kata pakai Brown + Black. Jadi sal pun pagi-pagi naik la atas rumah, cari baju yang dah siap gosok je. Memang tak rajin nak gosok baju. Sebab tu kebanyakkan dress yang sal ada, sal akan hantar dobi je untuk di gosok. Jimat masa kita. Sekali hantar, memang akan hantar 20 ke 30 helai terus. Sebab tu kebanyakkan kedai dobi kat area rumah sal ni, kalau nampak husband sal datang je, diorang nampak gelisah dah. Sebab diorang tau dah, mesti baju yang diorang dapat jap lagi, adalah jenis susah nak gosok je semua ni. Huhu. Minta maaf ye bik. 



Ni dia. Tema Coklat dan hitam untuk hari ni. Kelas pukul 2.30 jadi, pukul 8pagi sal dah naik cari baju. Sebab pukul 11pagi dah nak keluar. Memang cara kami susun masa, mesti 3 jam awal kena prepare dah. Supaya tak kelam kabut. Sebab kita jangan expect jarak kita dengan lokasi boleh ngam-ngam sampai pada waktunya. Mesti nak kena spare masa lebih awal, supaya in case tersangkut dalam jem ke, hujan lebat ke, kereta buat hal ke, kita dah tak terkejar-kejar sebab nak kejar masa.

Bab masa ni, mesti nak kena bertegas dengan diri sendiri. Kena ada disiplin bab masa.Tak kira kita siapa pun atau pangkat apa pun. Sebab disiplin dari segi masa ni pun boleh bagi gambaran, siapa kita. 



Pukul 11pagi tu pulak, keluar bukan terus ke class. Tapi ke rumah mertua dulu untuk hantar budak-budak. Sebab tak sesuai sebenarnya, kita datang class bawa anak. Bukan apa, kesian kat orang lain yang korbankan masa sama, untuk datang nak focus belajar. Tapi takut nanti disebabkan anak kita berlari ke, termenjerit ke, dah ganggu fokus orang lain nak belajar. Mereka pun struggle berkorban untuk datang.

Macam sal sendiri pun, sebenarnya pening kepala sampai rasa nak muntah jika tengah focus nak belajar tu, terdengar sekali bunyi lain. Nak-nak bunyi menjerit. Atau ketuk-ketuk pintu yang dung dang dung dang kuat dia.

Lagi kesian, bila konsentrasi speaker pun terganggu disebabkan bunyi-bunyi lain. 

Jadi, kita try untuk faham faham sendiri. Masa kita belajar kat U dulu pun, atau masa boss hantar kursus, atau time kita meeting kat ofis pun, mesti kita tak bawa anak kan. Jadi, try to respect each other.  Sebab bukan kita sorang je sayang anak sampai tak boleh tinggal. Majoriti yang hadir tu pun ada anak jugak. Jadi sebaiknya, kita plan siap-siap macam mana kita plan nak letak anak, masa kita nak pergi kerja setiap isnin jumaat tu. 

Masa sal mula berniaga dulu, isu anak ni pun satu cabaran juga buat sal. Masa tu dah la kami dua dua suami isteri kerja lagi. Nak selalu bagi mak jaga pun tak sampai hati. Dengan anak yang kerap tak sihat masa tu. Jadi, biasanya bila waktu class, suami la yang kena tolong jagakan. Pandai-pandai suami la masa tu. Sebab anak bersama pun kan. Dan isteri bukan pergi enjoy. Pergi untuk bawa balik sesuatu untuk sama-sama bagi keselesaan pada keluarga. Dan Alhamdulillah dari muka kelat, lama-lama suami makin faham peranan yang perlu di buat, bila sal kena pergi kelas. Sebab kami fikir macam ni je, time anak kecik ni la senang nak bergerak. Sebab anak kecik tak tau apa lagi. Dan mereka takkan ingat punya apa yang mereka lalui masa kecik tu.

Memang cabaran Nak hadir ke kelas. Memang besar sangat cabaran dia. Rasa malas tu confirm menebal. Bukan malas apa, malas nak kalut kalut dengan urusan anak ni la. Dengan yang bergaduh, dengan yang minta itu ini, dengan yang nak terberak kencing. Masa tu pulak semua kecik lagi. 
Muhammad baru lahir.
Danisha 3 tahun.
Damia 5 tahun.

Bila ingat balik, kesian diorang. Kena usung sana sini. Tak lekat kat rumah. Memang membesar dalam kereta. Dan paling kesian, suami la. Sure pening punya nak handle 3 anak kecik. Sebab setiap kali class, mesti amik masa 3 jam jugak sehari. Kelas masa dulu, 3 kali seminggu. Tu belum masuk appointment dengan customer, ke hulu ke hilir nak bantu team dan dipanggil untuk di personal coaching dengan mentor. Boleh dikatakan setiap hari tak lekat rumah.

Jadi, tak perlu la iri hati bila kita nampak orang lain lebih cepat berjaya dari kita. Tak perlu nak eleh eleh kan orang. Sebab kita tak lalui apa yang mereka lalui untuk berada di tahap sekarang

Mereka nak capai kejayaan yang kita nampak sekarang, bukan senang goyang kaki je. Tak. Mereka kena lalui pengorbanan yang cukup pahit dulu. Sebab tu sebelum nak join bawangvengers club, ataupun kita kuat sangat jeles dengan orang, apa kata, kita buat jugak apa yang mereka buat. 

Contoh, kita rasa geram tengok orang tu buat 100k sales sebulan. Jadi, kita try la usaha buat 100k sebulan jugak. Kita rasa geram tengok orang tu jadi orang atas kan. Kita pun, buat la bisnez sampai jadi orang atas jugak. Kita jeles tengok orang yang dah siap Doktor Falsafah. Jadi, kita usaha la siapkan Doktor Falsafah kita. Sebab bila kita dah capai pencapaian yang sama, baru kita akan faham, oooo macam ni rupanya ye untuk berjaya. Masa tu confirm kita akan malu sendiri sebab banyak buruk sangka dengan orang lain. Kena telan pahit dulu. Kena buat usaha gila dulu. Kena bela eyebag dulu. Baru boleh capai. Sebab tu, jangan takut nak letak impian tinggi. Sebab apa yang kita fikirkan, pasti kita akan capai dengan izin Allah. Dan sebab tu jangan dengki. Jangan simply mengata orang selagi kita tak capai tahap yang sama seperti mereka. Buat sampai dapat, baru judge. 

Sebab tu orang berjaya ni, mereka tak peduli apa orang kata. Yang penting, focus meminta pada pemberi rezeki yang maha kaya. Jika kita rasa kita ada masalah dengan 500k, minta je dengan Allah. Sebab 500k tu bagi Allah sikit sangat. Tapi bukan minta tanpa usaha. Mesti kena ubah lifestyle. Ubah dengan kuasa sabar dan solat.


















Slot yang sentiasa dinantikan. Slot CDM Hajah Siti Rohana.


Dari 102kilo, ke 58kilo dengan amalkan Nlicious, Shake Me, Min Kaffe, Garlic dan Premium Beautiful.


Penting ke pergi majlis ilmu?
Tak penting pun.

Tapi nak berjaya, penting ada ilmu. Tapi untuk dapat ilmu yang serap meresap, yang paling penting nak kena jaga adalah Adab. Sebab tu kadang kan, kita rasa kita dah belajar semua dah. Dah 124 kali repeat ilmu yang sama. Tapi kita tak perasan, rupanya kita ni jenis tak ambil berat pasal adab.

Dengan mentor kita, kita rasa kita lebih hebat.
Dengan team kita, kita bawa lagak boss. Tau kan lagak boss. Bagi arahan je. Boss tak buat pun apa yang diarahkan tu. Yang dia tau, hujung bulan tanya target siap tak?

Dalam business, belajar la kita dengan orang berjaya no 1 dunia sekalipun. Keluar la kita duit puluh ribu pun. Tapi jika sikap kita terhadap ADAB adalah kategori E, kita sukar untuk berjaya dan kekal berjaya.

Dalam business ni, tak sesuai bawa watak aku lebih hebat dari dia dia dan dia. 
Dalam business, kita kena sentiasa rasa kita ni masih banyak perlu belajar dan bersedia untuk di ajar. Berlapang dada untuk terima teguran.
Lagipun, dalam business ni mana ada mentor yang menegur secara caci maki. Mentor yang kena caci banyak la. Tinggal tak buat confession je. Sebab orang berjaya, dia tak kan buat confession yang boleh menjatuhkan orang lain. Mereka pasrah bila diri mereka sendiri di anggap sebagai pembawa masalah. Mereka memang akan ambil langkah menjauhkan dan berdiam bila mereka disalahkan. Sebab nak bersuara buat apa, jika suara tu akan mendatangkan perbalahan yang berpanjangan.

Dalam business ni, lebih banyak sebenarnya mentor yang dianiaya. Tinggal orang berjaya ni, mereka jarang nak meroyan tak tentu hala. Sebab mereka always anggap, sabar dan ada hikmahnya. Sebab orang yang meroyan ni, tak kan kemana. Dan mereka sukar untuk berjaya dengan ego yang mereka bawa tanpa mereka sedar. 

Dalam business ni, sebenarnya ramai je mentor yang ditinggalkan. Tapi hakikat yang kita biasa dengar, mereka ditinggalkan mentor. Siap clain, mentor tak ajar pun. Tu biasa. Sebab orang berjaya, mereka sebenarnya sentiasa hidup dalam keadaan dianiaya oleh emosi orang yang kurang berjaya.

 Orang kurang berjaya, mereka memang berani ceritakan seolah olah mereka dianiaya. 

Dalam bisnez ni, kenapa sal kata mentor sebenarnya yang banyak dianiaya?
First sekali sebab, orang ingat seorang mentor senang-senang je hidup dengan pencapaian sekarang. Tu yang mereka senang-senang tinggalkan mentor dan buat benda lain. Buat pulak dengan ilmu yang mentor ajar. Jika buat teknik yang lain dari lain, ok la jugak. Tapi tak, sama je jalan kerja. Sebab bisnez adalah bisnez. Cara gerakkan bisnez semua sama. Perlu ada ilmu marketing, perlu ada pelanggan, perlu ada skill power closing, perlu ada team dan ilmu kembangkan team. 

Bayangkan, cara kami bina team, nak-nak untuk pandaikan dan naikkan semangat orang baru ni. Siap kebanyakkan yang mula, adalah mereka yang tak bermodal pun. Kami bersiap keluar rumah, tinggalkan anak-anak, berkejar ke lokasi mereka yang jarak bukan dekat-dekat, ada masa sampai ke luar daerah. Kadang tak sempat makan, kadang bermasam muka dengan suami gara-gara nak luangkan masa untuk pandaikan team, dengan nak keluar tengkorak bagi ilmu free pada mereka, kadang terlupa diri sendiri tengah sakit. End up, sampai masa, tiba-tiba mereka hilang dan buat bisnez lain. Tanpa sepatah kata. Tanpa rasa bersalah. KEJAM. Dengan rasa bangga mereka tinggalkan orang yang berkorban masa dan tenaga mengajar mereka berjalan dan berlari macam tu je. 

Ingat macam ni je, jika kita tak jaga adab, bila kita buat orang, tak mustahil kita pun akan terjumpa situasi yang sama macam bekas mentor kita jumpa. 

Tak salah nak berguru dengan sesiapa pun. Cuma yang salahnya bila kita merasakan kita hebat dengan guru baru, dan kita rasa guru lama yang mula-mula ajar kita bertatih tu adalah guru yang useless. 

Alang-alang buat bisnez lain, cabar diri anda untuk capai pencapaian yang lebih hebat dari mentor anda. Sila kan. Kerana mentor ni, biasanya mereka jarang sangat mendoakan yang tak baik buat sesiapa saja yang mereka pernah korbankan masa, tenaga dan wang sepanjang proses untuk bantu protege tu jadi orang yang berani dan berdikari. Buat. Jika anda rasa mentor anda memang silap. Sila buat sampai anda capai kejayaan luar biasa dari mereka. Sebab dari situ, anda akan faham, apa sebenarnya isi hati mentor yang mula-mula pegang tangan anda.

Dalam business ni, memang yang kekal adalah orang yang tinggi tahap sabarnya. Tinggi tahap setianya. Tinggi tahap percayanya.


Kedua,
Kenapa sal kata sebenarnya Mentor yang dianiaya?
Bayangkan, mentor bersengkang mata siap kan slide, siapkan bahan bantuan mengajar. Kadang tu sampai terkeluar bajet dari poket sendiri untuk nak sampaikan ilmu pada team. Tapi kesudahannya, tak semua beri kerjasama. Tak semua hadir. Tak semua konsisten bersama mentor untuk majlis ilmu yang disediakan.

Fikir macam ni je, esok esok anak kita dah masuk sekolah, kita risau tak jika anak asik tak nak datang sekolah? Risau kan. Sebab apa risau? Sebab takut anak tertinggal ilmu. Takut tak boleh catch up orang kata. 

Jadi, apa bezanya dengan bisnez ni?
Salah mentor ke bila diri sendiri tak komit hadir ke majlis ilmu. Peranan mentor ke nak kena datang cari kita sorang-sorang sampai ke depan pintu rumah untuk sampaikan ilmu?

Imagine macam ni la, satu class ada 40 murid. Cikgu ada 1 je. Tak ke nazak cikgu tu jika setiap masa nak kena ketuk rumah 40 orang murid tu satu persatu. Jadi, sama konsep macam business. Bila mentor sediakan class, paksa diri untuk hadir. Sebab kehadiran kita tu memudahkan urusan seorang guru. Bila kita mudahkan urusan orang lain, tak mustahil urusan kita juga akan dipermudahkan.

Sal memang tegas dengan diri sendiri bab majlis ilmu. Sebab kebanyakkan yang gagal bertahan dalam business ni adalah kerana kurang jejakkan diri ke majlis ilmu. Bila kurang ilmu, kurang ajar mula muncul. Mula rasa mentor tak ajar. Mula rasa mentor lebihkan orang lain. Mula rasa susah nak bina team. Mula rasa income kecik tak besar-besar. 

Salah mentor lagi ke tak sediakan majlis ilmu untuk kita?

Sal bersyukur sangat, sebab dalam bisnez ni, mentor CDM Chan, CDM Abang Lan, CDM Kak Ana, siap sediakan tapak class. Ada kerusi meja. Kipas ekon. Projector. Dengan duit sesen pun mentor tak pernah minta sepanjang 7 tahun berniaga ni. Bersyukur sangat dah sebab jimat duit untuk belajar skill kembangkan kumpulan. Kerana mentor yang berkongsi ilmu, adalah mentor yang dah cecah 16 ke 27 tahun pengalaman berniaga dalam business yang sama.

Sebab ketiga,
Kenapa sal kata mentor business ni sebenarnya yang lebih teraniaya?
Sebab mentor masih buat sekecik kecik tindakan. 

Contoh, posting di social media untuk selling. Buat showcase ke stokis, appointment, fitting, cod product. Dan, mentor sendiri masih tak berhenti mencari ilmu.

Ikutkan, mereka tak perlu buat pun tak apa. Sebab mereka dah siap. Dah capai semua dah. 

Tapi kenapa masih ada yang buat?
Sebab mereka tak bawa sikap boss. Mereka didik diri bawa watak leader. Peranan leader adalah beri tunjuk dan ajar. Mereka buat dulu dan dalam masa yang sama, mereka share apa yang mereka capai pada team.

Sedangkan kita?
Sambil lewa dengan tips tips yang mentor kongsikan. Siap ada yang tak baca langsung pun ilmu yang dikongsikan di channel channel group support.

Lepas tu bila berbulan tak capai, bertahun masih dengan result yang tak berapa nak ada, kita terus jadi orang yang kurang bersyukur. Kita lupa walau satu kebaikkan yang pernah mentor beri pada kita. Kita dengan bangga tonjolkan “aku lebih hebat dengan bidang baru aku”
Siap bangga bercerita yang kononnya business terdahulu banyak kekurangan. 

Hmmmmm. Tarik nafas dalam-dalam. 😊

Cukup 3 sebab dulu.
Asik orang je cerita tentang mentor kan. Kali ni bagi peluang mentor pulak cerita. Huhuu Terima kasih sudi membaca.


Masha Allah. Cantik sangat CDM Tasha bertudung. Alhamdulillah. Happy for you. CDM ni one of my favorite CDM masa mula berniaga dulu. Masa sal baru buat bisnez, beliau dah capai pangkat tertinggi dalam business ni. Masa tu beliau pregnant anak kedua rasanya.

Selain tu, perkongsian ilmu dari CDM Dr Rosma dan CDM Sha Khalid jugak terbaik.



In shaa Allah new rising star



Borak sebelum class mula. Sampai tak perasan mentor lalu. Yang baju hijau tu our top Crown Diamond Manager. Dah 16 tahun dalam business yang sama. Dan cecah ribu rasanya CDM lain dilahirkan beliau dan pasangan. Dunia sebenar memang macam ni, yang dah memang siap berjaya complete, kita akan nampak mereka biasa-biasa aje. Tapi aura sangat luar biasa. Yang masih dalam proses membina macam sal ni, memang tengah over nak pakai semua. Almaklumla, baru nak merasa. ☺️


Kejayaan perlukan focus




Tahniah semua. Berjaya hadir dan stay sampai habis. Majlis start jam 3. Dan habis jam 6. Bestttttt sangat class hari ni. Rasa refresh dan energetic sentiasa.











No comments:

Post a Comment