Thanks For Your Support

Sunday, September 13, 2020

Kellie’s Castle Batu Gajah Perak

Bahagia itu bukan kerana kita memiliki istana atau rumah biasa.

Tapi bahagia itu, bila kita memiliki amalan sakinah mawaddah warahmah. 

Apa tu sakinah?
Ketika terlihat kekurangan pasangan, kita mampu menjaga lidah untuk tidak mencelanya.

Apa tu mawaddah?
Ketika kita terlihat kekurangan pasangan, kita mampu menutup sebelah mata untuk tidak melihat kelemahannya dan membuka seluas-luas mata untuk fokus pada kelebihannya.

Apa tu warahmah?
Ketika kita mampu jadikan kekurangan pasangan sebagai ladang amal untuk diri.

Salam pagi dari kami di Istana Kellie 💕

Tak plan pun datang sini.
Dah lewat petang sangat sampai pun. Selama ni dengar orang kata tempat ni seram. Sampai takut nak masuk.
Tapi kali ni, kita try. Just prepare ourself with surah pendiding diri. Masuk dalam just to take experience dan ambik tau sejarah. Sambil tu kita boleh educate anak-anak tentang tauhid dari kisah yang berlaku. Biar dalam diri mereka yakin, Allah Pemilih segalanya.  Kekayaan langit dan bumi. Makhluk tiada kuasa. Sedangkan kudrat kita pun hanya pinjaman sementara.
#KelliesCastle


Antara port menarik untuk photoshoot di Perak. kellie’s Castle punya senibina memang menarik. 


Masuk je main entrance Kellie’s Castle ni, kita dah kena bayar tiket setiap kepala. Dewasa 12 tahun ke atas RM5. Kanak-kanak 4-11 tahun RM3


Ni kat area parking Kellie’s Castle. Bahagian parking pun dan cantik.


Tak pernah ada hati pun selama lalu lalang kat sini nak singgah masuk dalam Kellie’s Castle ni. 


Tapi kali ni, unplanned. Dalam perjalanan dah nak sampai Ipoh, baru luahkan hasrat kat suami tersayang ni. Dia on aje. 


Masa ni pun dah pukul 5.30 petang. Waktu operasi sampai 6.15 petang je. Confirm tak puas masuk dalam ni sebab kami fokus nak shoot beberapa gambar dulu.


Kami pergi hari biasa. So memang tak ramai orang. 


Waktu ni pun dah nak hujan. Tapi on aje la dah alang-alang tergerak hati nak masuk Kellie’s Castle ni.


Lokaso Kellie’s Castle ni di Batu Gajah, Perak.


Sebelum ni tak masuk sebab orang dok kata seram kan. Tapi benda macam tu, mainan iblis syaitan jin yang suka bila manusia terlalu takutkan mereka hingga terlupa siapa sebenarnya yang perlu kita yakini dalam hidup ni.


Nak naik sini mengahhhh. Sebab kami berlari nak elakkan terus terkena hujan renyai. 


Masuk dah area castle ni. 






Kat balkoni yang dikatakan tempat roh Kellie’s berkeliaran. Dahsyat. Mati kat Lisbon, tanam kat British tapi boleh balik Malaysia jaga Istana ni. Wallahuallam. Dengar boleh. Percaya jangan. Jaga tauhid diri. Hanya dia yang mengetahui apa yang tersirat di sebalik kejadian kejadian ni.


Kita just shoot gambar je buat kenangan


Setiap sudut bangunan cantik


Tapi sayang, kami tak habis round pun. 


Read this about the history of Kellie’s


This is the Balcony 


Apa pun cabaran hidup yang kita lalui, sentiasa berusaha untuk pilih pintu kebaikkan. Kerana hidup ni terlalu banyak pintu yang dibuka ke arah kelalaian. 

In shaa Allah we will repeat again ke sini. Anak-anak tak puas hati. Sebab tak sempat nak feel road tour Istana ni. 



2 comments: