Thanks For Your Support

Tuesday, September 2, 2014

Aktiviti seorang suri rumah bekerjaya ;)











Alhamdulillah dah almost two months sal secara rasmi nye bergelar SURI RUMAH BEKERJAYA!

Suka sangat dengan galasan tanggungkawab baru yang di sandang sekarang ni.

Happy!
Lega!
Speechless!
Nak menjerit!
Nak melompat!
Macam-macam lagi la ada bila cita-cita sepanjang hampir 9 Tahun bekerja menjadi realiti.
Selalu jugak rasa macam nak tampar diri sendiri bila setiap pagi tak de dah terkejar-kejar bangun pagi siap-siap kejutkan anak sebelum subuh untuk bangun mandi ke sekolah, tak de lagi dah suasana redah jem setiap pagi.

Paling tak percaya bila income tetap masuk setiap bulan walau waktu bekerja adalah mengikut masa yang kita sendiri tetap kan.

TAPI........
Jangan salah faham, sebab setiap kejayaan, setiap pencapaian perlukan pengorbanan. Hanya orang yang sanggup melalui pengorbanan sahaja yang akhirnya akan berjaya merasai nikmat kemanisan hidup.

Mentor sal selalu pesan,
tak pe la kita susah dua tiga tahun ni dulu sal,
sebab kesan keselesaan yang akan kita dapat adalah selesa yang berpanjangan 20-30 tahun.

Jangan mimpi untuk dapat keselesaan sepanjang hayat sekiranya di awal kehidupan kita, kita tak sanggup untuk lakukan sedikit pengorbanan.

Jangan mimpi untuk capai apa yang orang berjaya dah capai bila kita sendiri masih tak rasa bersalah mensabotaj diri sendiri.

Pengorbanan MASA, TENAGA, WANG RINGGIT dan EMOSI memang jadi cagaran bila kita nekad untuk berjaya. Dan jangan risau, Allah sentiasa ada bersama-sama orang yang sentiasa berusaha dan tak mudah putus asa.

Tak senang nak cipta kejayaan, tapi kejayaan mudah diperolehi sekiranya kita sentiasa mendidik hati supaya tenang dan sabar bila dugaan menjelma depan mata.




No comments:

Post a Comment