Thanks For Your Support

Tuesday, December 9, 2014

Majlis Aqiqah New Born Baby CDM Salha Zain

Alhamdulillah berkesempatan menghadiri majlis Aqiqah baby baru CDM Salha Zain dan CDM Al-faath di Mutiara Gombak pada 29 November yang lalu. Hari ni juga merupakan hari closing buat semua usahawan jadi memang agak terkejar sedikit dengan urusan punch barang di stokis. Walau bagaimanapun alhamdulillah kerana berkesempatan untuk sama-sama meraikan majlis Aqiqah di sini.


Ya Allah our multimillionaire mentor CDM Haji Azlan Deraman turut hadir sama ke majlis aqiqah ni dalam keadaan yang sangat bersederhana. i salute u master sifu. Very humble walau dah lama bergelar jutawan dan industri business networking ni.



Bertuah Muhammad Al-Fateh bila rambut di gunting oleh CDM Haji Azlan Deraman sambil di gendong tenang oleh ayah nya CDM Al-Faath Al-Ayubbi.


Haji muda yang berjubah putih tu nampak je dalam gambar ni macam cool kan?
Tapi di situasi sebenarnye, beliau merupakan penghangat suasana. Habis selurih surau dia kerjakan.Hahahha ya Allah bertabah la wahai mama dan ayah. Anak lelaki punya lasak memang lain dari lasak kakak-kakak. At least yang kakak-kakak tu bila kena tegur diorang duduk diam jugak la dan mudah dengar cakap. Tapi kalau Muhammad Danish Shafiq ni, kita tegur dia, dia lagi happy tergelak-gelak bila tengok mama marah. ;)


Tak boleh duduk lama kat surau tu. Kalau lama duduk kat surau tu alamatnya habis la surau tu diriuh rendahkan dengan ragam kreatif Muhammad Danish Shafiq. So, once Safriza sampai je ke surau, terus follow Saf and Aida Rashid ke rumah my mentor.


Best nye dapat tengok baby.
Semoga Muhammad Al-Fateh memebesar menjadi anak yang soleh.


Dan semoga dua anak dara yang bergambar dengan sal ni cepat-cepat ditemukan jodoh dengan mereka yang soleh.


Kenangan sebelum mengakhiri sesi ukhwah kami.
Seronok sangat sesekali dapat berkumpul dalam suasana macam ni.


Habis licin kambing kuzi kami kerjakan.
Sedap sangat-sangat kambing kuzi yang di jamu kepada kami ni.


Tak toleh kiri kanan dah.

1 comment: