Mak call husband request bawa pergi shopping before puasa sebab nanti bulan puasa mak tak larat nak jalan sangat sebab berpuasa. So let's shopping! Memang tak kan masul area KL especially Jalan TAR. Jadi kami bawa mak ke SACC Mall Shah Alam untuk memudahkan proses memilih baju raya mak dan selesa untuk Damia Danisha Danish.
Dalam minda mak shopping kat KL lebih murah. Tapi untuk kami, kalau murah sepuluh ke dua puluh ringgit je (bukan tak bersyukur n bukan bangga diri) better shopping area yang banyak pilihan, mudah nak parking (sebab ada valet parking..hahaa..pemalas nak jalan jauh) dan paling best shopping di saat orang lain sedang berkerja. Jimat Masa dan jimat tenaga so kurang la rasa nak jadi hulk bila Danish mula buat aneka ragam dia. Hehee.
Hari ni hari khamis. Seminggu sebelum puasa. Memang lengang shopping mall walau booth booth untuk raya dah mula penuh dalam mall. Ni belum masuk PKNS kat sebelah tu lagi.
Dan paling best bila mak tak perlu takut-takut nak pilih baju. Rasa berkenan amik je la mak. Bagi mak, baju RM250 Sehelai mahal. Siap buat muka lagi takut nak amik baju harga macam tu.. Hehehe..Tu dulu mak..sekarang zaman GST ni 250 tu antara yang affordable untuk plus size lady. Bila berkenan memang better terus amik je sebab tak larat dah nanti nak patah patah balik.
After that singgah makan jap kat De Palma Cafe Malaysian Bistro yang ada dalam SACC Mall ni. En husband makan nasi ayam kukus and sal order sup kambing. Sedap jugak sup kambing dia. Semangkuk RM9 and balik rumah je terus detox..Huhuu terus berasap badan bila makan sup kambing panas-panas. Alhamdulillah terus segar badan bila makan sup kambing. Coz masa ni badan sal agak kurang selesa akibat palpitation simptom tyroid so bila makan sup panas terus lega rasa badan.
Lepas makan sambung shopping sikit lagi. Kali ni beli baju jejaka pujaan hati ku. En suami berkenan baju polo. Dia pun nak sedondon dengan Muhammad Danish Shafiq.
Penyakit Zawara Lovers memang macam ni. Sindrom shopping sakan dah datang. Jadi head to toe memang la #iwearzawara
Sampaikan Damia dan Danisha pun terjebak dengan dress zawara.
Happt la tu dapat pakai baju macam mama.
Ok cukup dulu dua helai ni dari Jovian Mandagie Strore Shah Alam.
Baju jovian n zawara ni kalau pakai sekali dengan premium beautiful memang melatop jadinye. Kemas terletak je.
Antara hasil menjala.
Yeay Muhammad banyak baju sedondon dengan ayah dia kali ni. Dua helai baju melayu dari omar Ali pun dah siap kena mata kail tadi.
No comments:
Post a Comment