Thanks For Your Support

Wednesday, November 27, 2019

Menunaikan Ibadah Umrah di Musim Cuti Sekolah

pakej umrah murah musim cuti sekolah
Kami 6 beradik sebelum ibu, Sufi dan Ayeem berlepas ke Mekah dengan Saudi Airline dan Eiman Travels.


Hari ni selasa 26/11/2019
Kami dah mark kalender siap siap untuk ke KLIA. Sebab ibu dan adik sal akan berlepas ke Mekah untuk tunaikan umrah.

Video ni ringkasan seharian kami punya aktiviti hari ni. 

Dari pagi sampai ke pagi esok baru balik rumah. Nak tau kenapa pagi esok baru sampai rumah, habiskan bacaan kat entry ni.

Pagi tu kami ke stokis Shah Alam dulu.

premium beautiful therapants minkaffe maharani cyberjaya
Sebab tetiba semalam ada repeat order nak kan Therapants. 

premium beautiful therapants minkaffe maharani cyberjaya
Alhamdulillah ada stok untuk size ni. Sebab customer ni dah lose 10 kilo sejak setahun ni. Jadi girdle dia yang beli dari sal tahun lepas dah longgar. Tu yang dia nak baru. Kali ni tambah legging Therapants.

premium beautiful therapants minkaffe maharani cyberjaya
Punya la happy dapat stok Therapants. Sebab kalau tak, tak sedap hati pulak bila customer kena tunggu dua bulan lagi untuk dapatkan stok.

pakej umrah murah musim cuti sekolah
Bersama sedara mara yang berkesempatan masa untuk ke KLIA pada 26/11/2019. Hari selasa.

pakej umrah murah musim cuti sekolah
Kami berkumpul dalam pukul 1 tengahari. Flight ke Mekah dengan Saudi SV jam 4.40 petang.

pakej umrah murah musim cuti sekolah
Penuh KLIA dengan jemaah yang lain. 
Ramai ambik kesempatan menunaikan umrah di musim cuti sekolah.

pakej umrah murah musim cuti sekolah
Semoga ibu sihat di sana dan dipermudahkan segala urusan.

eiman travel and tours pakej umrah murah
Di beri ketenangan dan di angkat segala doa.

eiman travel and tours pakej umrah murah
In shaa Allah one day kami akan menyusul

eiman travel and tours pakej umrah murah
Sejuk perut ibu mengandung. Gitu la caption untuk gambar ni. 

pakej umrah murah musim cuti sekolah

pakej umrah murah musim cuti sekolah
Nini. Kakak ipar. Asalnya jiran satu flat masa kecik dulu. Jodohkan. Sekali jadi kak ipar.

pakej umrah murah musim cuti sekolah

pakej umrah murah musim cuti sekolah

pakej umrah murah musim cuti sekolah
Ayeem dan Shigin

pakej umrah murah musim cuti sekolah
Aunty Sariah yang cekal dan gigih orangnya

pakej umrah murah musim cuti sekolah
Yang kecik dua orang baju peach tu, anak adik sal yang no lima. Raeesa dan Kayla

pakej umrah murah musim cuti sekolah
Ayah Ayeem

pakej umrah murah musim cuti sekolah
Both my adik ipar

pakej umrah murah musim cuti sekolah
Dia sedih jap

pakej umrah murah musim cuti sekolah
Malika

pakej umrah murah musim cuti sekolah
Mahirah

pakej umrah murah musim cuti sekolah
Terima kasih Sufi dan Ayeem tolong uruskan ibu dan jaga ibu 

pakej umrah murah musim cuti sekolah
Munammad dan Adam

pakej umrah murah musim cuti sekolah
Makngah Kiah dan Ibu. Dua beradik muka nak sama.


Bersama Ayeem, Sufi dan Ibu

eiman travel and tours pakej umrah murah
Ma’asalamah Fi hifzillah. In shaa Allah, semoga semuanya sentiasa dalan jagaan Allah

eiman travel and tours pakej umrah murah
Hold my hand

eiman travel and tours pakej umrah murah
Boleh tahan semangat Malika ni. Ni anak kedua adik bongsu sal. 

eiman travel and tours pakej umrah murah
Depan pintu 8 perlepasan antarabangsa KLIA.

eiman travel and tours pakej umrah murah
Peace

eiman travel and tours pakej umrah murah
White in colors.

pakej umrah murah musim cuti sekolah

pakej umrah murah musim cuti sekolah

pakej umrah murah musim cuti sekolah
She’s a great ibu







Lepas tu husband ajak cari porr photoshoot flight landing atau mendarat di belakang KLIA 2. Memang teruja tengok kapal terbang yang setiap minit landing kat sini.


Lepas tu ready to fitting di MDEC Cyberjaya.
Repeat order Premium Beautiful Therapants

Lepas ke MDEC kami maghrib di Masjid Fisabilillah Cyberjaya sampai isyak

pakej umrah murah musim cuti sekolah
Lepas ke KLIA, kami ke belakang KLIA 2 untuk tengok fligh landing.

Lepas tu terus fitting customer di MDEC Cyberjaya

pakej umrah murah musim cuti sekolah
Dan ni almost 11pm. Lepas siap ke KLIA, ke Petronas Cyberjaya untuk asar, ke MDEC untuk fitting, ke Masjid Fisabilillah Cyberjaya untuk maghrib dan isyak, ke Lanai Food Market untuk makan, maka hasil dia, tayar kereta pecah. Terus keluar warning merah je kat meter kereta.

Bila stop kereta, memang tayar dah pecah.

Panjang cerita dia.
Bila nampak simbol merah suruh check tyre pressure tu, cik somi terus stop kat kiri bahu jalan. Lepas simpang dari Bukit Jelutong masuk ke Jalan Mohtar Dahari kat Jalan Puncak Alam tu.

Double signal dinyalakan. Biar merecik kelip kelip lampu kiri kanan kereta tu di waktu hampir tengah malam ni.

Kereta laju. Tapi kami tenang tenang je. 

Suami buka bonet. Keluar kan penanda tiga segi tu. Dan tools nak buka tayar. Lama dah tak buat perangai tukar tayar kereta pecah ni. Last sekali seingat sal tahun 2016. Kat Tesco Manjalara. Masa tu langgar bucu nak turun parking tesco. 3 tahun dah.


Mula mula sal je keluar. Tengok suami dan tengok tempat nak bawa anak ke kawasan yang lebih selamat. 

Starting tu Damia Danisha duduk dalam kereta je. Sal dengan Muhammad dah duduk kat tepi divider jalan.

Adalah jugak sorang hamba Allah naik motor stop bu. Dia tanya perlukan bantuan tak. Masha Allah. Baik hati brother tu. Semoga Allah merahmati kehidupan beliau yang prihatin. Suami kata kat dia, tak ada apa. Sebab semua tools lengkap. Alhamdulillah.



Lepas tu suami pun mula la naik kan kereta dan buka tayar. Sepenuh tenaga nak pulas skru tu. Sal sebut skru aje la. Sebab tak tau apa nama dia.

Yang sedihnya, masa lepas buka tayar ni, kereta jatuh. Sebab kami park kat area menaik bukit. Jadi penaik kereta tu tak balance. Sal neves dah masa tu. sebab anak dua orang ada dalam kereta. Punya la berdoa supaya kereta tak meluncur ke belakang. 

Senak perut tengok kereta dua kali terjatuh macam tu. 

Kali pertama jatuh tu, Damia Danisha pun turun kereta. Duduk luar kereta lebih selamat rasanya. Sebab kereta lori motor pun laju-laju. Duduk luar ni in case apa-apa boleh lari lagi. Dan kita lebih nampak apa jadi kat luar.

pakej umrah murah musim cuti sekolah
Dan siap tukar tayar spare, kami ke Shell Sunway Kayangan. Dengan niat nak isi angin kat tayar spare. Sebab tyre kurang angin. Jarak tempat kejadian dengan Shell Sunway Kayangan tu just 500m. Alhamdulillah selamat sampai. Selamat park kat tempat OKU sebelah tempat isi angin tu. Tumpang jap la kotak OKU. Sebab sekarang ni kereta kami tengah oku jap 😅

Masa pump angin tu, tayar meletop. Tiup dah lama sangat kot kan. Ye la, since 2016 terperap dalam bonet kereta.

Masa tau kereta tak boleh jalan dah, Muhammad turun kat bawah kaki sal. Menyorok kat tempat letak kaki duduk depan tu. Sal angkat dia. Sekali tengok dia nangis. Cian nya. Dia takut. Takut sebab tak boleh balik rumah.

Kami pun tenangkan dia. Sal cakap, Muhammad kan selalu kata Allah hebat. Jadi tak payah la sedih. Allah mesti bantu kita bawa balik rumah jap lagi. Lagipun Allah kan ada bagi kita Ayah  yang hebat. Tu, ayah tengah call orang. Jap lagi kita mesti sampai rumah. Tak jauh dah pun kita nak sampai rumah. 

Dengar pujukan tu, dia lega. Dan dia kata dia haus. Macam mana nak minum air kat rumah.

Memandangkan kami perlu tunggu towing AIG untuk bantu bawa kereta ke rumah, maka sal pun turunkan semua anak-anak. Kami decide nak tumpang berehat kat surau Shell ni. Sebelum tu, sal minta tolong staff dalam kedai tu dapatkan air 100 plus botol besar. Beli dari kaunter luar je. Sebab pukul 11 kan kedai petrol pump dah tutup. Beli air buat hilang haus dan neves anak-anak. 

Dalam kejadian ni, kita kena tenang tenang je. Minta diorg bacakan sekali ayatul kursi. Supaya Allah lindungi kami dari musibah di kegelapan malam.

Waktu macam ni, kami terdedah pada risiko bahaya. 

Tapi in shaa Allah kami yakin Allah akan aturkan yang terbaik buat kami.

Dalam surau ni, kami berempat boleh terlelap anak beranak. Bergelimpangan. Sedangkan suami sabar menunggu di luar kesejukkan selama lebih 2 jam. Menunggu towing sampai. Sambil menjaga keselamat anak dan isteri di surau Shell.

Semoga Allah merahmati owner Shell Sunway Kayangan ni. Sebab izinkan kami menumpang menggunakan kipas dan lampu di surau ni. Masukkan mereka ke syurga ya Allah kerana memudahkan urusan kami. Kami dapat berteduh dengan selesa walau di luar hujan. Dan mula kesunyian. 

pakej umrah murah musim cuti sekolah
Dalam pukul 1 lebih towing sampai. Dan kami pun duduk la atas towing truck ni dari Shell sampai ke rumah. Jarak dalam 10 kilometer sahaja.

Bila dah sampai depan rumah, kawasan kejiranan yang gelap jadi terang. Bila masing-masing buka lampu dan pintu untuk tengok luar rumah mereka. Ye la, pelik pulak diorg rasa kan, sebab pukul 1 ada towing truck depan rumah diorang. Huhuu. Minta maaf jiran yang terganggu. Sebab bunyi engin truck sangat bising.


No comments:

Post a Comment