Genius Aulad Saujana Utama Report Card Pick Up Day 2019
Thanks to al Genius Aulad Saujana Utama teachers
Teacher Ashikin Hashim
Teacher Izzati
Teacher Sue
Teacher Rai
Teacher Aisyah
Teacher Syida
Teacher Nurul
Teacher Tyqa
Teacher Fyqa
Teacher Syira
Teacher Shazeera
Teacher Najwa
Puan Yati
Awal sangat datang pagi ni. Sebab lepas ni nak ke kelas di Gombak dan ke Bandar Tun Hussein Onn
Teacher kata Muhammad banyak peningkatan.
Anak soleh yang mudah dibentuk Alhamdulillah dan in Shaa Allah moga Allah pelihara Iman
One with his class teacher. Teacher Sue. Before this teacher Izzati.
One with his class teacher. Teacher Sue. Before this teacher Izzati.
Thank you teacher for your loves to our children
Alhamdulillah. Done 6 years with 6 Istanbul Genius Aulad Saujana Utama.
Sedih pulak rasa. Sebab tiga tiga anak sal adalah produk Genius Aulad.
Muhammad dan Adik Genius Aulad Saujana Utama.
Damia Genius Aulad Bandar Sri Damansara. Sampai sekarang still ingat Teacher Aniza.
Puas hati sangat dengan sistem pembelajaran di Genius Aulad.
Walau tiada sistem peperiksaan, tapi cara jalani hidup seharian tu lagi penting. Sebab anak-anak lebih beretika dan nampak terjaga akhlak mereka.
Mereka faham kenapa perlu solat. Kenapa perlu jaga aurat bila dah baligh. Kenapa perlu sabar dalam berpuasa. Dan banyak lagi disiplin diri yang diterapkan bersama Genius Aulad.
Bab membaca, anak-anak sal memang lambat sikit lancar membaca. Alhamdulillah masuk darjah 1 biasanya mereka jadi lancar membaca. Dan isu tak boleh membaca di sekolah tadika ni, bukan satu tekanan besar untuk sal. Sebab sal sendiri jenis lambat membaca. Pertengahan darjah 1 baru sal boleh membaca.
Jadi ibu ayah yang risau dengan bacaan anak-anak, tenang-tenang. In shaa Allah sampai masa mereka pasti lancar membaca. Sebab setiap kanak-kanak ni berbeza kebolehan mereka.
Sobsobbb. In shaa Allah sampai berjumpa lagi wahai pendidik pendidik dan sahabat Genius Aulad semua.
Kot tercari cari batch 2019, search je Muhammad Danish Shafiq di Instagram.
For teacher
Sedap pulak lagu ni.
Boleh la selit buat letak kat video ni. Di hari Report Card Pick Up day Muhammad 3 minggu lepas.
Sobsobbb. Sedih. Sebab habis dah sesi pra sekolah semua anak3.
Lega. Sebab no more monthly commitment untuk pendidikan pra sekolah. Yuran pra sekolah rasanya dah macam yuran 2 tahun pengajian Universiti Awam.
Tapi berbaloi bila, terlalu banyak yang mereka bawa balik ke rumah. Especially ilmu akhlak.
Apa yang anak-anak belajar di tadika selain dari membaca dan mengira.
Ini senarainya:
1. Belajar kongsi
2. Belajar hormat kawan dan guru
3. Belajar tentang rutin dan masa
4. Belajar susun kasut
5. Belajar berdikari tanpa ibu bapa
6. Belajar menenangkan diri
7. Belajar ke tandas
8. Belajar naik dan turun tangga
9. Belajar tunggu giliran
10. Belajar kenal pelbagai emosi
11. Belajar simpan barang di tempatnya
12. Belajar ucap terima kasih dan minta maaf
13. Belajar makan dan minum sendiri
14. Belajar pakai dan tanggal pakaian sendiri
15. Belajar minta izin
26. Belajar menjadi pendengar yang baik
27. Belajar menghargai orang lain
28. Belajar skil motor halus dan kasar
29. Belajar bentuk dan ruang
30. Belajar banyak kosa kata
31. Belajar melukis dan menulis
32. Belajar menghafal
33. Belajar melihat
34. Belajar mendengar cerita dan bercerita
35. Belajar memberi pendapat
36. Belajar berkawan
37. Belajar seni dan kraf
Banyak lagi.
Dan kita hanya tumpu membaca? Ruginya kita.
Ya kita ajar membaca, tapi dengan cara yang sesuai dengan anak pra sekolah. Kita beri pendedahan sewajarnya.
Dan... Dan... Nak belajar semua di atas bukan mudah.
Nak belajar berkongsi bagi sesetengah anak mudah tapi sesetengah yang lain Allahu akbar. Jadi tugas siapa nak bagi faham dan contoh? Ya. Cikgu tadika.
Nak belajar berkawan bagi sesetengah anak wah sangat mudah. Semua orang dia kawan. Tapi ada anak yang duduk hujung penjuru tak tau nak kawan macamana. Siapa yang ajar cara kawan? Ya cikgu tadika.
Dan semua ini tak boleh nak ajar dalam masa sebulan dua. Ambil masa bagi sesetengah anak.
Thanks Genius Aulad mainkan peranan besar untuk bantu kami third partykan anak-anak. Bila baca 37 list kat atas, sebak rasa. Sebab Alhamdulillah, dari pengalaman sendiri, walau anak-anak Sal dari segi bacaan dan kiraan masa mereka tadika tak begitu lancar, tapi Sal suka bila mereka dengan lemah lembut ucap terima kasih, pandai minta maaf dan tau minta izin bila nak buat sesuatu. Nak buka tv mesti tanya boleh tak. Nak makan mesti tanya siapa belum makan lagi. Sampaikan nak pergi toilet pun tanya boleh tak nak pergi tandas 😅
No comments:
Post a Comment