Nak dengar tak cerita kelakar.
Semalam kan, sebenarnya sal dah sampai dulu dah kat Dewan JAKOA Damansara Damai ni. Haha.
Punya la kelam kabut semalam. Dengan hantar anak pergi sekolah,
Hantar Danisha Danish kat rumah mertua,
Pergi pulak class mingguan MYN,
Lepas tu patah balik ambik Damia kat sekolah,
Dah ambik dari sekolah tu ke stokis pulak,
Tapi sebelum tu kami singgah solat kat Shell sambil isi minyak,
Lepas ke stokis terus ke Dewan JAKOA Damansara Damai. Nak makan nasi minyak Kak Mimah.
Sekali sampai depan pagar tengok lenggang je. Tak ada kereta. Ingatkan salah tempat. Sal pun buka tingkap, tanya guard betul ke ni tempat kenduri kawin sekian sekian.
Guard kata betul la. Tapi esok majlis nya. Bukan hari ni. Kuang kuang kuang 😂
Adan uke
Berlalu la kami 3 beranak dalam keadaan lapar sebab dah pukul 3 kan. Punya la simpan perut konon takut kang tak muat nak isi basi minyak anak kak Mimah. Haha.
Tak tahan lapar dah. Kami pun cari la kedai makan terdekat. Nak makan kat kedai Asam Pedas Abang Jamal Gerobok Danga, tak buka lagi. Sebab kedai Abg Jamal buka pukul 5.30 petang.
So, kami ke mesan selera depan Mcd Donald Damansara Damai tu.
Husband pilihkan tempat. Sebab selalunya tempat makan yang dia pilih mesti sedap. Kami makan di gerai makan depan Secret Recipe di Damansara Damai.
Sedap. Ada asam pedas, burger bakar dara, nasi ayam.
Makan la kami 3 beranak sebelum ambik Danish dan Danisha kat rumah Maktok.
Thank you sayang. Anugerah terbaik dalam hidup sal dan anak-anak.
Kelas mingguan MYN hari ni
Siap siap pakai baju peplum kuning dah. Konon nak gi kenduri kawin la lepas ni.
With both mentor. CDC Haji Azlan Deraman dan CC Hajjah Siti Rohana. Mentor yang dah 18 tahun dalam business ni. Masih dengan business yang sama dan networking serata negara. But, still humble.
Power Up Plan memang the best. Sesuai untuk semua yang tercari cari peluang buat duit raya dengan cara yang telus dan selamat.
Semoga dengan kehadiran product hot Therapant kali ni, tak wujud lagi dah isu tamak haloba dari agent yang tak bertanggungjawab.
Kesian yang betul betul nak berniaga.
Kesan dari segelintir agent yang jadikan plan marketing bisnez ni sebagai scam, habis kucar lana bisnez agent agent yang serius nak jana pendapatan melalui platform business ni.
Banyak kan stok longgok Premium Beautiful lelong kat market kalau ada yang perasan?
Tu bukan punca dari stok tak boleh jual.
Tu punca dari sikap tamak. Tak jujur dan mudahnya orang kita terpedaya dengan pujukkan manusia yang menjanjikan dan menampakkan kemewahan.
Buat bisnez ni memang boleh mewah. Sal akui. Sebab dah merasa pegang 5 figure income setiap bulan.
Tapi, nak dapatkan income 5 angka tu, tak kan ada jalan mudah. Memang krna always struggle. Kita tak kan sunyi dari di uji. Kita tak kan berenti dari berjumpa segala jenis cabaran.
Siapa yang mudah terpedaya dengan skim longgok stok ni?
✅Mereka yang teruja tengok jumlah payslip puluhan ribu yang ditayang di social media oleh agent agent yang sedang mencari prospek.
✅Mereka yang excited bila ditayang lifestyle mewah seperti ootd dengan bag jenama mewah, kereta mewah, makan di hotel hotel dan restoren mewah
✅Mereka yang mudah percaya bila dimomokkan yang mereka akan dapat bonus besar setiap bulan dan dimomokkan yang team team tersebut ada strategi hebat untuk buat income gemok gedempol. Part ni, memang tak de strategi senang. Semuanya kena step by step dan sabar dalam menuai hasil. Kita takkan dapat hasil segera dengan tindakan sekali dua.
Income memang boleh dapat setiap bulan. Tapi dengan syarat, setiap bulan ada buat sales. Macam kita keje buat sales marketing la konsep dia, ada sales adalah komisyen.
Tu antara 3 point yang biasanya buatkan ramai orang mudah terima hingga percaya untuk keluarkan modal longgok stok.
Yang mana pengakhirannya, bila mula tersedar yang tak ada jalan mudah nak berjaya, mereka akan givap. Bila givap, mereka akan kecewa. Bila kecewa, mereka akan seronok jadi keyboard warrior di social media. Seronok menganjing usahawan yang masih menjaga etika untuk terus berniaga dalam platform bisnez ni.
Bila kecewa, stok masih banyak, mula la jadikan stok tadi tu stok lelong. Paling banyak jadi stok lelong adalah stok Premium Beautiful korset.
Jujur kata, sal memang sedih bila wujud terlalu banyak stok lelong ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Kesian kami yang survive dengan product Premium Beautiful ni.
Product bagus sangat. Tapi kesan dari 3 faktor yang sal highlight kan kat atas tu, kejadian Premium Beautiful lelong ni makin banyak hingga hari ni. Kesan dari power promote sejak 3 tahun lepas. Terlalu ramai yang main skim close new agent dengan modal tak masuk akal. Kesan dia pahit sampai ke hari ni.
Semoga dengan wujudnya market Therapants ni, sejarah pahit Premium Beautiful tak berulang lagi.
STOP BUAT PLAN MENGARUT!
Stop bagi janji manis pada orang lain untuk kepentingan diri sendiri.
Stop spin kata kata suntikan yang mengelirukan orang lain.
Semoga Allah melumpuhkan strategi buruk sesiapa saja yang closekan new agent dengan longgokkan stok, tapi tak bersedia nak bantu new agent tersebut untuk balikkan modal mereka.
Semua ayat-ayat dalam ni bukan mentor sal yang suruh tulis. Ni memang sal sendiri rasa. Sal dah cecah 9 tahun dalam business ni. Dan produk utama yang sal pegang adalah Premium Beautiful. Hingga ke hari ni masih dengan Premium Beautiful. Sebab sal tegar menggunakan Premium Beautiful dan percaya dengan kelebihan yang ada pada Premium Beautiful. Konsisten pakai, memang terbaik kesan dia pada badan kita.
Jadi, untuk yang tengah survey peluang nak jana pendapatan melalui platform business ni, jangan takut. Tak perlu dengar kata orang yang business ni scam. Kalau scam, 9 tahun lepas sal dah angkat kaki. Dan mentor sal dah 18 tahun bawa diri.
Tapi, kami masih di sini kerana yakin yang product dan syarikat ni memang mengikut etika yang ditetapkan.
Yang buat buruk nama business ni adalah segelintir agent yang tamak mengejar target income. Makin besar dapat, makin besar tamak. Makin macam macam strategi mengarut di ajar pada team yang bagai dicucuk hidung. Kerana kami ditanam dengan budaya “follow the leader” “kerana mereka dah capai.“ Follow 100% dapat 100%
Sal admit, perlu ada adab dalam berguru. Tapi ilmu muamalat mesti nak kena cari dalam masa kita mencari ilmu berniaga ni. Sebab bila ada ilmu muamalat, kita akan dapat bezakan mana yang perlu follow, mana yang kita perlu tapis.
Perkongsian semangat dari CDC Hajah Rohana. Nak buat sesuatu hingga berjaya, kita perlu ada high energy. Nak dapatkan energy ni, kena selalu duduk dalam suasana yang ber energy positif. Yang boleh bantu naikkan semangat kita.
Orang yang dah berjaya ada semua kebenasan masa dan bebeas kewangan pun masih duduk belajar ambil ilmu.
Semoga kebangkitan semula MYN since 2018 ni akan mewujudkan suasana business yang lebih telus jujur dan amanah.
Kami beruntung sebab buat business product orang.
Sebab apa tau?
Sebab bila ada rombakkan dalam management, kita tak jatuh terduduk. Masih boleh berjalan dan berlari semula. Sebab HQ masih kuat support. Yang kita nak kena bina semua adalah kepercayaan orang pada reputasi buruk yang berlaku akibat skim yang di bawa oleh segelintir agent yang seronok nak cepat buat income juta juta.
Untung kami, sebab HQ non stop keluarkan product hebat berkualiti yang siap ada logo HALAL, ada KKM ada Jurnal ada research bagai.
Kalai buat product sendiri, mau sakit kepala hantuk dinding fikir mana nak dapat modal bina stok.
Tugas kami, bina diri untuk bina team je. In shaa Allah sal sangat percaya, kebenaran akan hapus kebatilan. Sebab sekejap je Allah bantu uruskan masalah kami pada penghujung 2017 dulu. Bilamana kami difitnah dan dijadikan subjek adu domba oleh team sendiri. Yang mana kesan dia, hari ni, yang pegang pada kebenaran masih ada dalam platform yang sama. Yang percaya dengan kata kata tomahan dan yang menyebarkan cerita fitnah dan hasutan, makin menjauhkan diri.
Life is like a roller coaster. Just enjoy the journey. Berani kerana benar. Yang Benar akan terus berjuang hingga ke hujung jalan kehidupan in shaa Allah.
Yang sal dapat belajar dari pengalaman hidup di dunia business ni,
Sentiasa appreciate apa yang kita ada. Appreciate apa yang kita terima, tak kira la besar atau kecik. Best atau tak best. Bila dapat syukur. Bila masih belum dapat jangan kufur. Bila dapat, jangan rasa kita hebat. Bila masih belum dapat, jangan berenti untuk pandang hikmah dah terus buat sampai makin kuat.
Nak kena balik dah
Ni kat luar sekolah kakak. Kakak ada kursus kepimpinan hari ni. Alhamdulillah lepas kelas pukul 12 tadi sempat sampai around 12.45 kat depan sekolah ni.
Sal tak berani ambik lewat dah. Sebab pernah sekali tu dia pergi ikut kawan keluar sekolah makan. Sebab tunggu mama tak sampai sampai pukul 1. Masa tu sal ada fitting client Premium Beautiful di Damansara.
Lepas ambik kakak, kami ke stokis ambik stok Therapants customer yang nak pos ke ke Kedah dan nak fitting di Subang. Sebenarnya tak perlu takut nak mula bisnez ni. Tak semestinya kena ada modal. Sebenarnya anda hanya perlu ada ilmu dan ada tindakan je untuk teruskan jana pendapatan. Nak simpan stok in hand tu bonus. Tanpa perlu simpan jadi stokis. Sebab kat KL Selangor dan even serata Malaysia kita dah ada stokis sah yang memang jadi tempat simpan stok kita.
Bila ada permintaan pelanggan, datang la ambil kat stokis. Tapi bila ada stok in hand, masa kita lebih jimat dan client lebih suka membeli bila kita ada ready stok in hand. Biasa la, manusia kan nak cepat. Nak-nak bila dah ada duit nak bayar. Lagi dia nak cepatz jadi tu je kelebihan utama bila kita ada stok in hand.
Maknanya, mula aje. Ada modal lebih nanti hasil duit berniaga, tambah la sikit sikit stok in hand. Sebab bisnez ni memang solid bisnez. Bisnez paling sesuai untuk yang nak kurangkan risiko tanggung rugi. Dan paling best, bisnez ni sediakan kita cheque kosong. Tak ada limited income. Kita sendiri boleh tentukan berapa banyak yang kita nakkan.
Thank you kakak, adik, Muhammad. Banyak sangat bantu mama ngan ayah. Bantu dari behave. Bantu bawa barang. Bantu korbankan masa. Bantu bersabar bila kena tidur dalam kereta dari kecik sampai besar. Kalau kakak ngan adik dan Muhammad nak tau, beruntung kita ada peluang hidup macam ni. Sebab kerja mama ayah, boleh bawa kakak adik muhammad sekali. Cuma kena sabar je la duduk atas jalan, tidur dalam kereta. Makan tu kadang tak ikut masa. Semoga kerjasama kita semua Allah Berkati dan bantu mudahkan urusan kita untuk keluar dari segala kesulitan hidup.
Ni video abam sayang gi buat postage Therapant ke Kedah, ke Subang dan ke KL Sentral. Lepas ambik Damia dari kursus kepimpinan SMKSU, kami ke JNT dulu sebelum ke dewan JAKOA Damansara Damai.
Ready to fly pada tuan baru
Nasi kenduri. Sedap ya Allah. Mujur la ada perisai Premium Beautiful. Kalau tak, jadi perisau la kami dok makan tak berenti.
Love
No comments:
Post a Comment