Tempat makan best di Seremban.
Wahhhh ada tempat makan best rupanya kat Seremban ni.
Hari tu kan ada pergi fitting new Premium Beautiful Lovers kat Seremban. Lepas fitting Premium Beautiful sekali Therapant cantik-cantik, nak la alas perut.
Ikutkan plan nak makan nasi kat Restoren Selera Nogori, tapi sebab kenyang lagi, rasa macam nak makan yang selain dari nasi.
Keluar je dari Taman Perumahan Warisan Puteri tu, ternampak belah kiri ada warung makan. Banyak kuih muih. Macam menarik. Terus u turn dan stop kat kedai tu,
Turun la kami 5 beranak. Tengok-tengok kuih yang ada. Nampak memang menyelerakan. Tanya menu lain. Ada pulak mee hoon sup, laksam dan nasi kerabu. Menu yang sal tak boleh nak reject bila dengar.
Maka, kami pun pilih la duduk hujung kedai. Kat sini ada tempat duduk tau. Order air oren dan sirap bandung. Sebab dua jenis air ni je ada. Sambil tu rambang mata pilih kuih dia.
Onde-onde perghhhh. Lembut. Gula seketul. Melting. Roti jala dia pula, waduh waduh. Siap tapau bawa balik. Makan berebut kat rumah. Meehon sup dia daging punya la lembut. Muhammad terus suka. Laksam dia pun pekat kuah.
Boleh la try. Kot buntu tak tau nak makan apa kalau dah ada kat Seremban atau nak ke Port Dickson tu kan.
Lokasi di Bandar Warisan Puteri. Boleh waze je Jalan Warisan Puteri A7.
So lepas ni tau dah mana nak cari makan ringan-ringan kalau ke Seremban atau ke Port Dickson.
Kat sini ada Meehoon sup, Laksam, Nasi Kerabu, Roti Jala dia power dan macam macam kuih muih yang lain. Memang semua sedap belaka.
Waktu operasi isnin hingga jumaat. 12 tengahari ke 6 petang. Sabtu ahad tutup.
So ni gambar dan video di hari kejadian.
Dengan kucing manja tuan rumah.
Selfie atas highway.
Alhamdulillah sampai dengan selamat ke Bandar Warisan Puteri Seremban. Tak sabar nak fitting new Premium Beautiful Therapants Lovers.
Sebelum fitting, kita explain kelebihan Premium Beautihul Long Bra, Waist Nipper dan Therapant. Cat pun layannn.
Ukur ni untuk buat rekod. Lagi sebulan ukur mesti jauh sangat beza inchi dengan sekarang.
Kadang ada yang tanya sal, saya tak ada tali tape, jadi macam mana nak ukur untuk tentukan size Premium Beautiful Therapant ni?
Base pada pengalaman sal yang dah pakaikan beratus lovely customer dari 2011 ni, sal biasanya base pada berat dan tinggi customer je. Jadi tak perlu risau jika anda tak ada tali ukur. Just bagi tau sal berat sekarang dan tinggi anda untuk sal decide size.
Jangan risau, kelebihan dapatkan Premium Beautiful Therapant dari active agent ni, anda boleh fitting dan request nak tukar size jika pakai pakai terus rasa tak selesa. Maknanya, bila fitting rasa senak, request another size yang selesa. Sebab bila dah pakai and basuh, tak boleh tukar dah tau sayang.
Ni la roti jala yang super sedap tu.
Puding roti pun tak kedekut kuah
Ni macam puding. Rasa macam ice cream.
Kedai tu kat depan taman perumahan ni
Ni rupa kedai tu
Jalan jalan cari makan Seremban
Ambik Danisha dan Muhammad kat sekolah. Dua dua tengah sukan masa ni. Sorang jumpa kat kantin. Sorang lagi kat padang.
No comments:
Post a Comment