Nak tau full review tentang Riviera Suites Malacca ni, klik la video ni.
Entry ni sal nak share review tentang Hotel Riviera Melaka ni.
Sal pun baru tau ada hotel ni kat Melaka. Maybe Hotel Baru. Sebab tengok deco dia pun cantik lagi. Walaupun corak building ada style Italian. Ala ala Venetian.
Apa yang bestnya Hotel Riviera Suite Melaka ni?
Dari pengalaman sal yang bermalam di Riviera Hotel Melaka ni, Sal suka yang sal list kan ni :
✅ Bilik dia besarrr. Bila anak ramai dan anak besar ni, ruang bilik tu nak kena ambik kira
✅ Internet laju. Tak ada terhad untuk 2 orang guna pun. Sebab sesetengah hotel kan, dia limitkan satu bilik dua gadget je. Hotel Riviera ni tak, ada 5 gadget, 5 gadget la boleh on
✅ Lift laju
✅ View Cantik. Sebab kami ambik bilik yang ada balkoni dan mengadap sungai.
✅ Deco hotel sangat cantik. Luar dalam. Patut ramai suka jadikan Hotel Riviera ni sebagai port Photography. Waktu malam lagi cantik sebab lampu macam-macam color keluar.
✅ Parking dia besar. Tak gaduh la nak cari parking. Park pun free.
✅ Toilet Hotel Riviera ni bersih. Sabun dan shampoo tak kedekut. Siap ada berus gigi. Lantai pun dia pasang yang jenis tak licin
✅ Penanda arah kiblat dah disediakan
✅ Tak Kedekut plug. Merata plus dalam bilik tu
✅Aircond mudah control. Kalau sejuk sangat slow kan ikut selesa kita
✅ Lampu tak malap
✅ Swimming pool ada. Indoor and outdoor
✅ Gym ada. Tapi masa kami pergi ni tak dapat masuk. Sebab still dalam rule PKP COVID kan
✅ The Alley and others cafe ada
✅ Kedai runcit ada
Berapa rate harga Hotel Riviera Melaka ni?
Sal biasa book Agoda atau Booking.com
Jadi, rate memang agak affordable terutamanya waktu PKPP ni. Lepas covid kan, jadi time ni la nak rasa stay Hotel Riviera ni dengan rate jimat. Sebilik Delux Suite ni RM150
Ada king bed.
Sofa yang muat tido 2 orang.
Ada mini fridge.
Ada kopi Aik Cheong jugak. Huhu.
Ada bayaran tambahan tak masa mula-mula check in?
Ada. RM100 deposit. Jadi sal advice anda untuk sediakan cash masa nak check in.
Lokasi Hotel Riviera ni dekat mana?
Of coz kat Melaka kan. Cuma kalau nak tau belah mana? Dia belah Selat Melaka. Memang 2-3km sikit dari Bandar Melaka.
Berbaloi tak dengan harga?
Sangat sangat sangat berbaloi. Walau tak ada breakfast. Tapi ok sangat. Sebab kat Melaka ni nak breakfast better cari luar. Kan banyak makanan sedap-sedap
Ada sediakan sejadah?
Tak ada. Sila bawa sendiri. Ruang solat siap boleh jemaah.
Ada sediakan iron tak?
Tak ada. Boleh request atau bawa sendiri. Service hantar iron ke bilik sangat cepat.
Dan Riviera Hotel ni tak ada loceng kat depan bilik tau.
Ada air panas tak untuk shower?
Mesti la ada
Ada bathtub tak?
Bilik kami duduk tak ada. Bilik lain tak pasti
Siapa yang memilih untuk menyalahkan, hatinya akan penuh dengan penderitaan, kegelapan dan kekecewaan.
Yang pilih untuk Bersyukur, dunianya akan penuh sinar, harapan dan kasih sayang.
Putaran hidup kan, lepas bergelap waktu malam, pasti ada siang yang menerangi. Just appreciate both side, gelap dan terang.
Ni malam tadi. Suami ajak turun lobby nak asah balik skill photography dia. Kena la bini acah acah model dengan tak boleh nak buka dah😅
Kasut pun pakai terbalik tau. Tapi disebabkan kasut tu warna hitam, maka tak nampak la macam pelik kat situ. Nak betul kan balik tak rajin. Sebab ni socks boot.
View di luar area Hotel Riviera pada waktu malam. Dapat la bajet kekonon view oversea sikit.
Gambar hasil tangkapan suami dan editing pun dari suami. Macam video biasanya, sal edit sendiri.
Sunrise in the morning.
Ni view waktu pagi di balkoni Riviera Hotel Melaka. Dalam pukul 6.45 pagi. Nampak matahari terbit. Cantik Subhanallah.
Untuk sal, this is my best view. Suami ibarat matahari yang sentiasa menyinari hati kami sekeluarga.
Bilik gelap lagi. Danisha dah bangun solat. Kakak coti. Muhammad still lena diulit intan.
Ni pose wajib ambik setiap kali check in memana hotel
The true story behind the scene. Hahaa. So cute anak-anak punya perangai.
Jalan menuju ke hati mu. Eh tak. Ni jalan nak ke Hotel Riviera Melaka. Lepas fitting customer Premium Beatiful kami, kami ke Mydin cari bahan buat cheekut Oreo. Lepas tu ke rumah Salina Salleh di MITC Melaka. Lepas tu baru ke hotel. Dah nak pukul 6 dah masa ni.
Sampai dah kat parking Riviera Hotel. Masa ni boleh kira berapa je kereta yang ada. Memang sunyi sepi. Tapi tak ada la rasa seram pun. Sebab hotel baru dan terang lagi lampu-lampu Hotel ni. Baru dapat pelepasan PKP kan. Jadi sektor perhotelan sangat sepi. Untung sangat check in masa ni.
Ni lobby Riviera Hotel Melaka.
Hotel ni buat konsep kekalkan barang lama. So banyak la barang barang rare zaman 50,60,70,80, 90 and yang kita boleh nampak kat sini.
Selfie satu depan pintu balkoni. Nak test light.
Berkedut dah mata sis. Almost 40 kan. Tiada siapa boleh menghalang penuaan semulajadi. Kita tak selamanya remaja. Huhuu.
Kekonon full house korea la. Rain dengan Song Hye Kyo. Tapi ni versi Melayu. Haha.
My favret Korean Drama
The next morning. Depan pintu lobby hotel. Kita test lutut berTherapant
Jalan-jalan cari ayam goreng untuk kucing
Muhammad sibuk dengan kucing ni. He is cat lover. Kakak dengan adik take over ayah pegang camera
Sekarang kan musim covid. Tengah dalam PKP Pemulihan. Jadi, memang tak ramai kat sini. Nak-nak waktu pagi. Petang nanti ramai la. Sebab ramai orang datang berphotoshoot kat Hotel Riviera ni. You all yang suka bergambar, Hotel Riviera ni adalah tempat menarik di Melaka untuk bergambar.
Ni ada kat area belakang Hotel Riviera. Pink Panther.
Tetap la hidup seperti bulu ketiak. Walau tersepit terhimpit, ia tetap tumbuh walau bergelap sekali pun. Tah siapa la yang bijak sangat buat perumpamaan macam ni 😅
Sayangnya nak check out dari Riviera Hotel Melaka ni.
Anak-anak pun suka stay di Riviera Suite Melaka ni. Sini antara tempat menarik untuk menginap jika anda ke Melaka tau. Highly recommended. Boleh la masukkan dalam list. Musim covid PKPP ni rate cantik sangat. Nak stay lebih hari sikit pun ok.
Keluar tengkorak dah seat kereta ni. Banyak sangat kerah tenaga bawa kami jalan kan.
Unboxing CDM Raya Gift from SHOM. Thank you SHOM. Jauh di mata dekat di hati.
Singgah lunch rumah my dear friend Salina Salleh. Terharunya kadyna sediakan lunch pulak hari ni. Kadyna buat sambal sotong, sayur campur dan telor dadar.
Ke Masjid Tanah pula jumpa customer tetap Min Kaffe, Garam Buluh dan Premium Beautiful. Terima kasih sudi dapatkan dari kami.
Thank you suami. Dia la yang masuk stokis. Dia la yang drive. Dia la yang turun beli makanan. Dia la yang hantarkan barang pada pelanggan.
Ni kat RNR Seremban. Teman anak-anak clearkan pundi masing-masing.
Hoodie ni baru beli. Damia punya taste. Kami beli masa jalan-jalan kat KLCC. Uniqlo. Selai RM39 je. Jimat sangat soping masa PKPP ni. Harga dari 129 dapat 39 je. Tu yang ok la ambik 3 helai terus. Sal ambik hoodie panjang sampai ke bawah lutut terus.
Kasut hitam tu dia macam socks boots. Best pakai. Serius tak sakit kaki. Ringan nak berjalan. RM69 je kat kedai apa tah dalam Aeon Mall Shah Alam. Pun beli masa sales PKPP. Save 60%
Kasut kakak yang white tu pun 39 je. Jenis tebal tapak dia. Dia suka la pakai. Nampak tinggi.
Lepas tu kami ke sini. Rumah junior masa degree dulu. Kat Masjid Tanah.
So cute baby.
Thanks Fyda for having us.
Lepas ke Masjid Tanah, singgah Mydin MITC. Cari bahan buat cheesekut oreo. Damia nak buat kat rumah aunty Dyna dia.
Sampai sampai terus makan Soto power
Terima kasih kaDyna and Bang Fen sekeluarga.
Nak bergambar sebelum balik. Kena adjust mana yang perlu. Kang tak pasal pasal kena letak emoji.
Dengan kakak bunga.
Di taman bunga kadyna
Comel comel anak buah kadyna.
Yang di dukung tu anak kadyna yang bongsu. Number 3. Kami panggil ucop.
No comments:
Post a Comment