Thanks For Your Support

Monday, June 25, 2012

premium beautiful : kekal bermotivasi


Bagaikan langit, semangat kita juga sentiasa berubah. Umpama cuaca yang ada masa cerah dan ada ketikanya mendung. kita dapat rasakan bahawa semangat mula menurun bila keghairahan dan keseronokan melakukan sesuatu perkara semakin berkurangan. keadaan bertambah gawat bila semangat yang layu tu dibiarkan begitu sahaja hingga kita terpaksa bertungkus-lumus untuk kembalikan semula semangat yang telah lama terpadam.

hakikatnya, semangat tak luntur serta-merta atau tanpa sebab. kita dapat mengesan sepertimana penyakit yang punya sebab dan tanda-tanda. membiarkan sahaja keadaan ini berlarutan akan mengundang masalah lain. contohnya, bila kita jadi kurang semangat, kualiti kerja akan menurun. penurunan kualiti kerja bukan je menjejaskan prestasi dan reputasi, malah akan menjejaskan hubungan dengan rakan sekerja.

setiap penyakit ada ubatnya kecuali TUA dan MATI. Terdapat beberapa tips yang boleh dipertimbangkan untuk naikkan semula motivasi diri.


KITA MAMPU JIKA KITA MAHU



1) KENAL PASTI PUNCA MASALAH

Sekiranya patah semangat gara-gara sikap seseorang, carilah jalan penyelesaian segera secara bersemuka untuk luahkan perasaan. Pastikan kita lakukan secara berhemah dengan fikiran terbuka. Sediakan terlebih dulu fakta dan maklumat yang diperlukan untuk perbicangan tersebut. Ingatkan diri bahawa kita ikhlas dan tujuan utama perbincangan adalah untuk mencari penyelesaian. Kawallah emosi ketika berbincang dengan bercakap secara perlahan-lahan, berfikir dengan pantas dan menjadi pendengar yang baik. Sekiranya tak mampu selesaikan masalah secara bersemuka, carilah pihak ketiga yang boleh mendamaikan anda berdua. jangan pulak cari someone yang lagi boleh memporak perandakan masalah yang dah sedia ada ye..haru jadi nye ;)



2) BACA KISAH ORANG YANG BERJAYA TERUTAMA MEREKA YANG PERNAH GAGAL






ni antara dua link yang saya selalu jadikan rujukan untuk success dan tak mudah putus asa. dua-dua icon wanita muda malaysia.MUDA, KAYA, BERJAYA dan BERGAYA.


3) JADI PAKAR MOTIVASI SENDIRI


yup!!! be a self-motivated person. Selalulah nasihatkan diri sendiri seolah-olah kita menasihati orang lain. Kita adalah insan yang lebih kenal diri kita sendiri. Maka, kita boleh jadi penawar terbaik untuk diri sendiri. Pujuk dan bisikan dalam diri bahawa kita tak nak gagal dan hanya kita sendiri yang mampu ubah keadaan ni. Jangan harapkan orang lain untuk pujuk dan ubah diri kita. Tanamkan dalam minda bahawa kita adalah "ketua" ataupun "pengawal" pada emosi, minda dan tingkah laku kita. Selalulah ingat akan kebenaran kata orang tua-tua yang ikut hati mati, ikut nafsu lesu, ikut rasa binasa.Bila kita berjaya pujuk dan pulihkan semangat sendiri, kita akan rasa kepuasan dan mudah untuk share petua tersebut dengan orang lain.


4) BERGAUL DENGAN MEREKA YANG BERSEMANGAT DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM KEHIDUPAN.

Green leaders group

with GLG Mentors. 

Elakkan dari bercerita masalah terutama pada mereka yang gemar menjatuhkan lagi semangat kita. Perhatikan gaya hidup mereka yang lebih berjaya dan ceria untuk mendorong kita supaya jadi lebih berjaya dan bahagia. Lagi pun buang masa je kalau terus bergaul dengan makhuk tuhan yang bersikap negetif, mereka tak mungkin datangkan hasil yang lebih baik untuk kita. Jadikan kelemahan mereka untuk kita upgrade diri menjadi lebih baik lagi.


5) JADILAH PENDORONG SEMANGAT KEPADA ORANG LAIN.

Sekiranya kita dikenali sebagai seorang yang bersemangat kental, jadikan ni suatu cabaran untuk terus bangkit semula. Ingatlah zaman kegemilangan anda dan segala pengorbanan yang telah dicurahkan untuk capai kejayaan tersebut. Kita tentu tak nak musnahkan pengorbanan kita selama ni. Katakan pada diri bahawa kita mahu jadi pendorong pada orang lain dan tak nak dikasihani gara-gara masalah yang melanda kita sekarang. Mengingati orang tersayang akan melembutkan hati untuk kembali bersemangat kerana kita tak mahu kecewakan mereka yang kita sayang. Berikan kata-kata perangsang pada orang lain walau kita sendiri sedang bergelut untuk naikkan semula semangat. Tindakan ni sebenarnye lebih berkesan bila kita lakukan bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk membantu. Dengan menasihati orang lain, kita pun akan terdorong untuk amalkan nasihat tersebut, lebih-lebih lagi untuk buktikan keberkesanan serta amalkan kepimpinan melalui teladan.


6) INGAT KEMBALI IMPIAN DAN MATLAMAT HIDUP

Sentiasa ingatkan diri bahawa perjuangan belum tamat sebab impian kita belum tercapai sepenuhnya. Letakkan sasaran yang boleh di ukur. Cetak dan letakkan sasaran di tempat yang sesuai boleh mengingatkan kita supaya terus berusaha.
Mengetahui pencapaian terkini berbanding dengan sasaran yang telah ditetapkan dapat mengingatkan kita tentang perjuangan yang belum selesai. Tetapkan tarikh untuk capai sasaran dan tepati tarikh akhir yang telah ditetapkan. Tandakan tarikh penting tersebut pada calendar yang mudah dilihat atau pasangkan peringatan dalam handfon mengikut kekerapan yang bersesuaian.


7) JADIKAN TUGAS SATU AMANAH DAN PERJUANGAN

Kehidupan adalah berkisarkan amanah yang dipikul serta perjuangan yang tak pernah selesai. Maka tanggungjawab utama kita adalah tunaikan amanah dengan kesungguhan supaya hidup jadi lebih bermakna dan beri manfaat pada diri dan juga orang lain.


8) UBAHLAH PENAMPILAN DAN SUASANA

Kalau bosan sebab terlalu lama buat kerja yang sama, cuba fikirkan cara lain untuk laksanakan tugas tersebut. Kalau sebelum ni selalu guna kaedah manual, gunakan bantuan teknologi seperti video dan music. Kita boleh bertukat-tukar pandangan dengan mereka yang berpengalaman tentang kaedah-kaedah lain ataupun boleh share pengalaman dengan mereka yang sentiasa ceria dan seronok melakukan tugas mereka. Pelajari atau perhatikan cara mereka yang kelihatan tenang walau sedang menghadapi dugaan. Tukaran tugasan secara suka sama suka untuk tempoh sementara boleh dilakukan. Ubah penampilan atau hiasi kawasan kerja untuk timbulkan mood baru pada tugasan tersebut. Senyum ikhlas yang sentiasa terukir di bibir, mengalihkan perhatian sebentar atau berborak kosong dengan rakan akan kurangkan rasa bosan dan tekanan. Bina hubungan baik sesama teman kerja yang lain untuk menjadikan kita lebih ceria di tempat kerja. Mulakan hari dengan wajah yang manis dan perasaan penuh kesyukuran.


9) PERASAAN NEGETIF TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN DAN REPUTASI

Tekanan akibat kemurungan, kebosanan dan perasaan negetif boleh berikan impak yang tak baik pada kesihatan jantung. Perasaan negetif bukan je jadikan muka kusam dan kurang ceria malah akan jadikan diri kita kurang disenangi. Perasaan negetif akan jadikan seseorang hilang fokus dan seterusnye sukar untuk berikan yang terbaik. Melayani perasaan negetif tak mungkin dapat selesaikan masalah, selain tak berfaedah, ia jugak akan melemahkan akal dari berfikir secara waras.


10) BERDOA DAN BERSERAH


Tiap kejadian yang berlaku pasti bersebab. jalan penyelesaian dan hikmah NYA sentiasa ada. Bersihkan hati dan hampirkan diri kepada-NYA dan berdoa dengan sesungguh hati supaya diberi petunjuk untuk temui jalan penyelesaian yang terbaik. Sentiasa ingat matlamat dan tujuan kita hidup di dunia ni. Walau pengalaman tersebut perit untuk dilalui, pengajarannya akan mematangkan kita untuk jadi insan yang lebih baik. 

Hidup umpama pelayaran di lautan yang sentiasa berombak dan beralun. Tak mungkin kita tunggu lautan tenang untuk mulakan pelayaran kerana lautan sentiasa bergelombang. Hakikatnya, tanpa angin pelayaran tak mungkin boleh sampai ke destinasi. Berbekalkan motivasi, kegigihan dan doa yang berterusan, kita mampu menempuh aral yang melintang sebab halangan dan dugaan adalah asam garam kehidupan!





1 comment: