Pilihan sentiasa di tangan kita.
kita adalah orang yang
bertanggungjawab terhadap diri kita sendiri samada nak arahkan hidup kita kearah
kejayaan atau kegagalan.
Orang lain hanya sebagai batu loncatan
sahaja untuk menganjakkan kita supaya terus untuk berjaya atau terus jatuh
gagal.
Sekadar perkongsian dari
pengalaman sal yang masih setahun jagung dalam dunia perniagaan internet ni.
Sal jumpa rata-rata dari kita ramai yang nak berniaga. Ramai yang nak berjaya.
Ramai yang nak jadi kaya berjaya dunia akhirat, Ramai yang nak jadi macam orang
tu dan ramai yang nak jadi macam orang ni.
Yang sayang nye, tak ramai orang yang
sanggup buat sepertimana apa yang orang-orang berjaya sudah lakukan.
Macam contoh buat student lah kan , bila diorang target
untuk dapat result cemerlang dalam peperiksaan, dah tentu-tentu lah diorang
akan sentiasa komit dengan kelas, rujuk cikgu atau lecturer dan pasti nye segala
assignment yang di beri confirm diorang akan usaha untuk siapkan. Tak kira la
walau terpaksa bersengkang mata sampai jadi mata panda sekalipun asalkan impian
untuk lulus cemerlang tercapai.
Begitu juga lah senario nye dalam
dunia perniagaan.
Perlu ada rasa kesungguhan untuk
capai impian dan matlamat.
Kena ada ilmu, perlu ada tindakan,
dan perlu sentiasa rujuk orang yang menarik tangan kita dalam business ni. Kita
yang patut rela kan
diri kita untuk follow tindakan pemimpin yang dah berjaya. Bukannya hanya
tunggu di ketuk baru nak jalan.
Paling kritikal, bila banyak
sangat TAPI…TAPI…TAPI..TAPI…dan TAPI dalam diri kita. Bila banyak sangat
mencipta alasan, in shaa Allah memang kita akan gagal!
Antara ayat lazim orang yang
menggagalkan diri mereka sendiri adalah:
- Saya nak buat
business TAPI tak ada masa. Sibuk dengan kerja.
- Saya nak buat
business TAPI susah lah sebab saya tengah mengandung ni. Boleh ke BUAT?
- Sayan nak buat
business TAPI anak saya kecik lagi lah.
- Saya nak buat
business TAPI tak boleh lah nak tinggal anak sebab tak pernah pun berpisah
dengan anak sebelum ni.
-
Saya nak buat business TAPI suami
saya tak bagi. Dia suruh duduk rumah je jaga anak.
- Saya nak buat
business TAPI tak boleh lah nak pegi class atau apa-apa seminar.
- Saya nak buat
business TAPI malu la nak promote-promote ni
- Saya nak buat
business TAPI tak rajin lah nak update-update blog ke fan page fb, instagram,
google plus bagai ni.
- Saya nak buat
business TAPI modal tak ada.
Paling parah bila:
Saya TAK NAK buat
business TAPI nak duit selalu ada.
Kalau macam ni punye banyak lah
TAPIIIII kita tu kan ,
tak mustahil 3 tahun akan datang kita akan keluarkan banyak perkataan “KALAU” pulak untuk gantikan TAPI.
Antara ayat yang
confirm akan keluar dari mulut kita nanti adalah :
“KALAU lah aku mula kan dari dulu dah tentu
aku jadi macam dia”
Jadi kenapa nak tunggu dan fikir
terlalu lama???
Mula je lah bertindak dari
sekarang sementara tengah muda, tengah sihat ni. Buang je segala TAPI TAPI dan
TAPI tu. Buang segala ALASAN…Kecik kan
segala halangan yang ada dan besarkan segala impian yang memang boleh jadi
nyata bila kita nekad untuk berjaya!
Salleha Roslan
011-1631 1641
salam...adakah sal rasa sal dh berjaya sekrg setelah berjaya mengengam rm10k sebln...nk tnya sal...adakah sal tlh berjaya beri duit kpd ibubapa sal setiap bln adakah sal tlh beli kete sndiri hasil usaha sal adakah sal tlh beli umah utk future investment sal or utk tempat kediaman sal sndiri adakah sal dh buat insurance utk pelindungan famili adakah sal tlh buat saving utk diri sndiri n anak2 n adakah sal tlh antar ibubapa sal g umrah or haji...jika blm maknanya kte xpandai lg manage duit sndiri...biz n financial management sgt penting klu kte rasa sudah brjaya n seorg banker yg brtauliah...
ReplyDeleteTerima kasih atas comment anda.
ReplyDeleteSebelum tu, sy juga nak bertanya, sudahkah anda melaksanakan semua soalan di atas yang anda aju kan pada saya??? Sekira nye iye, Alhamdulillah…semoga kita terus kaya dan berjaya dunia akhirat.
Definisi kejayaan bagi setiap orang adalah berbeza.
Pada pandangan manusia seperti anda, kebiasaan nye Kejayaan memang di ukur dari segi wang ringgit dan material yang seseorang miliki. Betul kan???
Tapi definisi kejayaan bagi saya adalah bila amal kita, kehidupan kita LEBIH BAIK DARI SEMALAM….bila kita bermula dari zero dan berkesudahan tanpa horror.
semoga anda tidak terlalu mengukur kejayaan seseorang hanya pada income 10k,20k,100k etc.
Kejayaan perlukan process. Jutawan yang ada hari ni pun lahir hasil dari bertahun-tahun berniaga. Jadi untuk saya yang baru hampir dua tahun bergelar usahawan online ni memang alhamdulillah saya katakan, kejayaan kecil yang saya miliki hari ni adalah rezeki yang tak terhingga buat saya dan keluarga.