Thanks For Your Support

Saturday, April 4, 2015

Mumpreneur activities on thursday


Ni Whatsapp dari client:
"Salam sis.. sis ada juai corset beautiful tak?Harga bape sis sng sy nak kuarkan duit terus nnt..Sy mmg dah budget nak beli"

Alhamdulillah setiap pagi akan ada permintaan untuk pb pb pb...dalam tidur pun ada je yang masuk kedai www.salleharoslan.com

Majoriti yang dapatkan premium beautiful dari sal ni adalah golongan profesional yang tak ada masa nak uruskan badan sendiri...so, bagi je la peluang untuk pb tolong uruskan badan anda sebab pb memang di reka exclusive untuk kita yang memang sentiasa sibuk tak ada masa nak jaga badan ;)

Dapat je message macam ni memang sal akan terus close for appointment untuk pergi jumpa share tentang ciri-ciri Premium Beautiful, ukur and fitting terus. 

Ni la situasi pagi ni...Syok nye #MuhammadDanishShafiq tidur...syok juga la mama buat keje sambil tengok dia tidur pagi- pagi ni...Sejak fulltime buat business ni dari bulan July tahun lepas, ni antara rutin utama sal setiap pagi. Golek-golek jap dengan Damia Danisha Danish sampai zuhor.

Muhammad memang suka tidur gaya macam ni tau. Jangan uol kata sal zalim pulak sebab biar dia tidur tak bertilam dan berbantal..huhuu..memang dia tak suka berbantal. Tak paham kenapa.


Lepas hantar damia masuk sekolah, Sebelum business appointment settlekan urusan book private event untuk celebrate 2nd birthday#MuhammadDanishShafiq dulu. Sal decide untuk buat kat Yukids. Biar diorang and cousins main sampai lebam.


Gaya Muhammad yang always buat mama kadang-kadang gelak, senyum sampai ke telinga, marah sikit-sikt dan ada masa marah sampai bertukar color hijau purple...Tapi bukan Barney la...Hahaa.


Appointment hari ni sal select untuk duduk bersantai kat shopping Mall yang tak crowd. So pilihan untuk bekerja hari ni adalah di The Strand Kota Damansara. 

Best tau kat sini, boleh selamatkan poket uol dari shopping lebih-lebih sangat coz dalam The Strand Mall ni tak banyak kedai pun. Most of them memang kedai untuk coffee coffee je. Tapi kat luar The Strand tu ye, Bahaya...!!! Hahahah coz kat sebelah depan kiri dan kanan The Stand ni ada BANYAKKKKK kedai baju dan shawl yang memang femes macam contoh ZAWARA, Aisyah Al-Mashoor, Al-Humaira, Iman Boutique, Ash Annas, Neng Geulis, Saraya Zahret etc. So sal pun terbeli la new collection Zawara...cantik pulak top zawara yang baru tu.. Tanpa buang masa, coz lagi 10 minutes appointment so cepat-cepat sal jalan kaki sorang-sorang pergi Zawara untuk amik je baju yang sal dah nampak berkenan kat mata masa jenguk instagram Zawara. Memang tak buang masa pun kat butik zawara Kota Damansara tu coz sal terus amik je baju size XS tanpa fitting dah sebab tau tu memang size badan sal sekarang. From M to XS...i like!!!!

Sebelum appointment Muhammad nak tarik perhatian mama dengan ragam manja dia.  Cabaran ada anak kecik ke besar ke tetap setiap ibu akan lalui samada kita berkerja atau berniaga sekalipun asalkan kita bergelar manusia, ragam anak-anak tetap perlu di layan sampai ke sudah. Dari mula berniaga secara part time sampai la sekarang sal dah bebas masa bebas belanja, ragam anak tetap ada...Cabaran anak bukan penghalang untuk kita terus ke depan. But i really enjoy bila tanpa stress melampau sal dapat tumpukan BANYAK SANGAT MASA dengan anak-anak sejak berhenti kerja ni. Anak tak sihat ke, nak suruh datang program sekolah ke apa, sal tak perlu lagi dah apply cuti atau apply cuti tanpa gaji. Pernah dulu sampai 10 hari sebulan sal apply unpaid leave because of macam-macam urusan berkaitan family dan kesihatan diri.


Masuk je main entrance Delifrance The Stand ni Danisha nak macaroons la pulak. Semua color dia nak. Tapi makan nye tak semua pun. Warna favret mama pink and purple Danisha dah makan dulu. So tinggal la another 5 pastel color yang manisssss melecas orang utara kata. Jarang sal beli macaroon ni...Dulu la.....sebab mahal rasanye dulu bila sebiji je RM 4.50 but now Alhamdulillah apa je yang anak teringin nak makan terus masa tu jugak belikan je sampai diorang tak termakan pulak. 



Personal coaching in progress.

Alhamdulillah step by step anak tangga beliau daki dengan penuh sabar dan istiqomah n now Setting untuk 720,000 sales with my shining star, DSM Ammyrra Halim...The more the diamond is cut, the brighter it sparkles. Tahniah Myra coz bakal menaiki tangga kejayaan yang seterusnya. Best sangat bisnez ni coz banyak sangat mendidik hati kering sal untuk JANGAN SIBUK FIKIR APA ORANG LAIN DAPAT!!!!!!!!! Tapi always tanamkan dalam diri APA YANG KITA BOLEH BERI PADA ORANG LAIN UNTUK MEREKA PUN DAPAT!

Buang iri hati, sakit hati, busuk hati, terasa hati, berkata buruk orang lain tak henti-henti coz life kita pasti berakhir dengan sorang demi sorang akan mati. Hidup kita singkat. Jadi didik lah hati, pujuk lah hati walau hakikatnye berkati-kati lemparan buruk dan keji orang lain berikan pada kita. Jangan balas. Jalan terus coz orang baik selalu dapat berita baik. Tapi bila kita terima cabaran yang kurang baik, itu petanda Allah sedang menguji kita coz pasti ada hikmah di setiap cabaran. Senyum, banyakkan selawat dan berzikir. Tak semestinye nak jadi baik ni kita nak kena jadi ustaz ustazah dulu ;)


i don't care who u are...
As long as u willing to learn, sangat berkomitmen dan bukan jenis cakap kosong.


Tak perasan masa dah almost 6pm so sal kena rush amik Damia nak balik sekolah pulak. Happy sangat bila dapat sama-sama share experience hidup yang penuh dengan cabaran yang menggembirakan ni. 


Next...Sebelum pergi balik semula ke area rumah kami untuk pick up damia, and ke next business appointment kat shah alam sal bawa hubby singgah Paris dulu...Masa pergi Austria Hungary tu tak sempat singgah...so hari ni kita singgah eiffel tower ni ye ;D


Ni pulak appointment after maghrib.
Cikgu anak 4 dari Shah Alam yang kurus je orangnye...nak pakai PB sebab susah nak beli baju dan seluar coz bentuk badan tak balance...lepas beranak 4 pinggul jadi lebar...so pakai#PremiumBeautiful je la...in shaa Allah confirm puas hati wink emoticon

Alhamdulillah cik yaya n client ni satu area pun so sal amik peluang untuk bawa yaya tengok dan lalui sendiri experience business yang penuh warna warni ni. 


After business appointment weol duduk sama-sama lagi untuk proses postmoterm. Masa ni study case akan di buka dan solution akan diberikan.


In shaa Allah next Shining Star in progress. Suka sangat semangat Pai dan Yaya ni. Always bulat hati dan sentiasa nak mencuba sepenuh hati. In shaa Allah apa yang kak sal boleh bantu, kak sal akan bantu. Tak sampai hati untuk kata tidak pada orang yang berimpian dan dalam masa yang sama mereka bukan orang yang hanya berkata-kata tapi mereka turut buktikan dengan tindakan. Mereka kata "NAK BERJAYA" ! Dan saat ni, aktiviti gerak kerja orang yang dah berjaya mereka mula lakukan.
ILMU + BERTINDAK + RUJUK



DON'T TALK, ACT

DON'T SAY, SHOW

DON'T PROMISE, PROVE



1 comment: