Thanks For Your Support

Monday, February 15, 2016

Balik Kampung Mak Tok Tok Abah di Parit Buntar

Date : 29 & 30 January 2016
Venue : Sekitar Perak
Aktiviti : Ziarah family belah suami dan jumpa my Business Top Agent Perak

The love of a family is life's greatest blessing.

This week kami ke Utara semula. Rasanya dua kali dah jejak Perak. Tapi kali ni balik kampung en suami kat area Parit Buntar Bagan Serai semua tu.


Kami bertolak dalam pukul 9 pagi. Then singgah RNR Rawang breakfast meehun goreng dan beli CD Maher Zain yang damia pilih.  Arround 12.30 dah ada kat area Ipoh so en hubby solat jumaat dulu kat MAsjid Negeri Ipoh ni. Cantik masjid dia. Lokasi Masjid negeri Ipoh ni betul-betul depan balai polis. 


Lepas solat teruskan perjalanan sampai ke sempadan negeri Kedah. Nampak laksa terus stop kejap makan, dan yang bestnya Laksa kat sempadan Negeri Kedah ni hanya RM dua ringgit je. Makan sekali kuih penuh pinggan dan minum air tak sampai RM9. Jimatnya lahai duduk di luar KL ni kan. Seronok nak pegang duit banyak-banyak bila makan pun dah tak berapa membebankan.


Lepas makan minta tolong en hubby carikan wire charger iphone 5C mama yang ke 100 kot. Hhahaha. Tak best tau charger iphone 5 ni sokmo nak kena beli. Tak boleh nak ganas sikit handle wire iphone 5 ni ye kawan-kawan semua. Perlu lemah lembut kalau nak pakai lama dan tak nak ulang beli baru. Tadi dah beli dah kat rnr Rawang, tapi hampeh betul tak boleh guna pun. Apa pun itu rezeki peniaga charger fon tu la. so sekarang rezeki peniaga parit buntaq pulak.


Yeay sampai hotel dah. Macam biasa la budak-budak kan. Nampak je lain dari lain diorang memang akan happy sangat dah. Kali ni stay dekat Ritz Kapitol Hotel. Memang hotel baru kat area parit buntar ni. Rate dia pun memang murah lagi. Selesa dan luas. Paling best sebab bersih.


Hotel ni betul-betul dekat dengan Mydin Mall Parit Bungtar tau. Masa mula-mula sampai tak tau pun Ritz Kapital Hotel ni dekat tak sampai 5 minit pun dengan Mydin Mall.


Lepas maghrib ingatkan nak dinner kat one of kedai ikan goreng bawal di Parit Buntar ni, tapi tak de rezeki namanya bila kedai ikan bawal famous tu tutup pulak di hari Jumaat ni. So makan la kami anak-beranak dalam Mydin Mall.


Nasi Kerabu original kelantan RM6 je.


Nasi campur en husband tu sedap. Nyesal pulak tak amik tadi.


Muhammad Danish macam biasalah sibuk nak main playground tu yang kena cari tempat makan yang dekat dengan playground. 


Lepas tu bawa family husband makan kat area luar Mydin Mall. Asalnya nak bawa makan kat kedai ikan bawal tu la, tapi sedihnya tak buka pulak kan so kita makan sini aje la ye. Lepas makan terus balik hotel.


Esok pagi nya bangun awal dan terus breakfast dengan menu yang Ritz Kapitol Hotel dah sediakan. Walaupun simple je menu hotel ni tapi puas hati sebab bersih dan sedap.


Ready nak jumpa family belah en lhusband pulak.

Tapi sebelum tu singgah sini dulu.
Teruja kami anak beranak nampak kawasan sawah padi yang luas terbentang. Walau padi tak de pun tapi kami tetap excited nak bergambar kat sini...hehee.

OOTD Anak-beranak:
Dress mama : Beli dekat Dang Anum Bangi Gateway
Shawl mama : Neng Geulis Bangi Gateway
Bag Mama : LV The Garden
Rantai : Luivisa One Utama

Dress Damia Danisha : Seed Ikano
Legging : Miki One Utama

Baju Danish : Superman One Outlet One Utama
Jeans : Reject Shop E-Curve


Rambut Muhammad Danish Shafiq panjang sangat, tu yang sampai kena toncetkan sikit supaya tak kacau pandangan mata dia.


Ni la family husband. Mak mertua, Pak Mertua dan Abang Ipar sal.


Ready nak masuk tebuk Parit Lima Sungai Burung.


Yeayyyy sampai dah. Sekali lagi teruja. sebab betul-betul ada kat kawasan bendang.


No picture please. Respect my privacy ok. Hahahaa. Ada mama kisah :D


Pakai kan en superman punya kasut.


Panas terik.

Seronok tak terkata en suami bila dapat jejak kaki ke kampung kelahiran dengan penuh kepuasan. Alhamdulillah pulang dengan penuh keyakinan ;)


Uptown girl masuk parit.


Ready nak serbu majlis kenduri cousin husband.

Jom makan nasi kenduri.

Sedap tak terkata lauk kenduri ni. Masakan orang banjar.

Sedap nye ;air asam ni makan dengan daging salai.

Memang delicious.







Sibuk la Muhammad suruh mama amik gambar dia kat bunga pahar ni.


Creative tau hasil tangan siapa yang buat bunga ni. Dia buat dari kertas majalah je.


Melepak sementara nak tunggu majlis persandingan. Kalau dulu masa zaman kita kecik-kecik, mesti berebut nak tunggu pengantin depan pelamin kan. Hehee.






LAKSA SARANG CAFE SETINGGAN


Lepas habis kenduri kami terus gerak ke ipoh. Ya Allah meh nak share betapa sedapnya Laksa Telur bersarang kat Cafe Setinggan ni. Dalam gambar masa yani post kedai ni ingatkan kedai ni kedai lama. Tapi rupanye sini area baru. Cuma diorg renovate nampak kan classic kat environment kedai ni. Memang rare.

.
Yang kelakar nye, kami terpergi Kedai Laksa Saranghae ni. Dah sampai sini tak kan nak balik macam tu je kan, so bungkus la satu bawa balik rasa. Kedai laksa saranghae dan cafe setinggan tu tak jauh mana pun adalah dalam 30 minit.


Tapi kalau uol makan kat sini, memang kena sabar la bila datang tak de tempat duduk sebab laksa telur bersarang cafe setinggan ni memang famous gilerrrrrr! Ramai sangat sangat umat manusia yang minat makan laksa sarang ni. ye la dah la murah. Sedap pulak tu. Nak buat sendiri entah bila kan so better makan sini je la.


Rezeki kami sampai-sampai dah ada seat sebab hafiez and yani dah duduk dari tadi. Nak order laksa ni kena self service. Dan menu dia memang focus pada laksa je.


Nampak sedap kan. Memang sedap la. Kat KL tak de lagi. Hopefully ada la orang KL yang akan buat kedai laksa sarang macam ni so tak de la terliur sampai nak kena datang Ipoh selalu.













Berkonsepkan SETINGGAN
Menjamu ala-ala santai gitu :)






Buat semua peminat Laksa Telur Goreng Bersarang atau pada yang tak berapa nak minat laksa tu, kalau dah datang makan laksa telur goreng bersarang kat Cafe Setinggan ni confirm nak makan hari-hari.


 Laksa Telur Goreng Bersarang ( LTGB) beroperasi di kedai baru beralamat :

No.1,
Jalan Margosa D/8,
Seri Margosa,
Taman Seri Botani.

Waktu niaga Cafe Setinggan Ipoh ni bermula pada:

Jam 12.00 tengahari hingga jam 7.00 petang.
Tutup hanya pada hari Jumaat.

So uol boleh la ke lokasi Laksa Sarang yang dah Sal sharekan tu secepat mungkin. Try sendiri macam mana sedapnye laksa sarang ni. Tak cukup semangkuk, better order lebih sikit la supaya tak berulang nak bangun pergi kaunter order another bowl. Lagi best bila makan pakai Premium Beautiful siap-siap. Biar PB corest in shaa Allah boleh tolong badan kita maintain terbentuk walau makan la banyak mangkuk pun. 







No comments:

Post a Comment