Thanks For Your Support

Thursday, June 9, 2016

Premium Beautiful Expert at Bandar Country Home Rawang

Merata kan kami anak beranak berjalan. Pagi ni lepas dua hari dua malam Sal, Damia dan Danish berkurung dalam rumah tak ke mana, pagi ni kami terus ke Rawang untuk service client Premium Beautiful dari Arab Emirates.


Baju extra pun tak de, sebab sal dua hari tu tak balik rumah. So tepat 10 pagi kami terus singgah ke AEON Anggun Rawang ni untuk shopping barang dapur untuk bagi sikit pada Rumah Anak Yatim kat Rawang ni. Sambil tu sempat jugak la sal kaut sehelai tudung dan sehelai baju untuk terus pakai pagi ni. Tak boleh tahan la pakai baju sama. Tudung RM15 and white top tu RM69.


Best betul shopping pagi isnin ni. Tak de orang pun lagi. Nak breakfast pun tak berebut nak makan kat mana.


Premium Beautiful Expert in action. Lega rasa dapat ganti baju baru. Baru la semangat lebih lagi nak buat kerja.

Ni la dia RUMAH SIRAMAN KASIH yang berpusat di Bandar Country Home, Rawang.

Seronok rasa bila kedatangan kami di sambut mesra oleh anak-anak syurga ni.

Saje je bawa triple D datang sini. Biar sama-sama boleh muhasabah diri dan wujudkan lebih rasa bersyukur dengan apa yang ada.

Sempena bulan yang mulia ni, untuk uol yang tercari-cari peluang untuk menambah amal, boleh la kiranya uol menghulurkan sumbangan samada cash atau berbentuk barangan makanan ke Rumah Siraman Kasih di Rawang ni.

SEDEKAH ITU LEBIH TAJAM DARI DOA.

Rumah Siraman Kasih ni merupakan rumah kebajikan yang dihuni oleh 46 orang anak yatim, anak fakir miskin, orang kurang upaya dan anak-anak dari broken family.

Selain tu, Rumah Siraman Kasih ni juga di huni oleh 100 orang lagi anak-anak dari golongan asnaf yang mana ia telah diasaskan pada awal tahun 2007 oleh Puan Hajjah Kamariah Binti Che Yaakob iaitu seorang pesara guru sekolah kerajaan yang berhasrat menjadikan Rumah Siraman Kasih ni sebagai pusat membela anak-anak kecil sebegini.

Kini seramai 20 orang anak-anak perempuan dan 26 orang anak-anak lelaki berada di bawah Rumah Siraman Kasih Rawang ni.

Untuk sebarang sumbangan, uol boleh hubungi Puan Hajjah Kamariah sendiri di talian 016-3313 546 Atau 011-1174 8303


Email : mk.kamariah@gmail.com


Lokasi Rumah Siraman Kasih:
Asrama Puteri
No 2 Jalan Desa 12/2 
Bandar Country Homes
48000 Rawang, Selangor.


No comments:

Post a Comment