Thanks For Your Support

Wednesday, June 29, 2016

Premium Beautiful Expert at The Everly Putrajaya

 Hari ni 1 June 2016 hari Rabu destinasi kami sekeluarga adalah di The Everly Hotel Putrajaya.

Cuti-cuti sekolah ni dalam mind anak-anak memang hotel aje la. Sebab ada kolam. So tak kisahlah mereka di bawa ke mana sekali pun, asalkan ada kolam, tu dah cukup buatkan anak-anak happy sangat.

Minggu ni pun minggu tak sihat sal. Dah lama sangat-sangat tak demam seteruk ni. Demam yang memang tak boleh nak bangun n buka mata. Kerja sal nak tido je. Terasa sangat bila nikmat sihat tu Allah tarik sekejap. Tapi maybe Allah pun nak sal rehat kejapkan sebab kalau tak sakit memang tak reti duduk diam. Alhamdulillah hari yang ke Everly Hotel Putrajaya ni boleh la jugak gagahkan diri bangun and demam pun dah kurang. Tinggal selsema pulak yang datang menyerang.


 Enam sekawan lepas puas tak puas la mandi kan. Terpaksa naik pun sebab hari dah hujan.

Dari Kiri ;
Damia, Hanis, Hakim, Hanah, Muhammad Danish Shafiq, Danisha.


 Alhamdulillah Muhammad pun makin berani dah berendam dalam pool. Kalau tak dulu dia yang paling penakut.

Takut tu normal. Takut akan hilang bila kita dan observe orang lain buat dan berjaya, so why not kita pun take a challenge untuk cuba buat perkara yang sama. Sebab bila berjaya buat, kita yang happy. If kurang berjaya, improve dan practice lebih lagi.

Sal suka relatekan Motivation dengan sikap anak kecik. Sebab budak kecik kalau kita tengok, diorang tak pernah fikir benda yang diorang nak buat tu salah ke apa selagi diorang tak cuba, yang diorang tau, diorang mesti kena cuba dulu. Dan bila jatuh ke, rasa sakit ke, dari situ diorang akan belajar dan beringat. Ada tu, even dah jatuh berkali-kali pun tetap cuba buat lagi. Dasyat kan semangat budak kecik.


Damia dah boleh masuk kolam orang besar dah kakak :D

Danisha makin pandai swimming. Nak-nak buat kuak lentang. Well done adik. Dalam family memang kami panggil Danisha ni ADIK. Sampaikan Muhammad yang kecik tu pun panggil dia adik.



 Ala sayang mama. Budak bijak yang alhamdulillah boleh mendengar kata. Dia tau tu, jangan main kat kolam orang besar, bahaya kata dia. Dan memang bahaya pun, sebab tadi ada detik cemas bila ada budak lelaki lemas tapi berjaya diselamatkan lepas budak tu main dekat dengan kolam orang dewasa.

Buat parents yang bawa anak ke kolam atau mana-mana pusat mandi manda, please aware, mata kurangkan tengok phone. Lebihkan mata kita untuk perhatikan gerak geri anak-anak kecik especially yang ligat tak boleh nak control. 

 Peace.

 Geng Muhammad, Abang Hakim. Abang Hakim ni bijak sangat. Petah bercakap dan matang kalau ikutkan umur dia yang baru 7 tahun tu.

 Anak bongsu PB Expert Puan Yanie. Hanis.

 Kolam dewasa dengan kanak-kanak tak de borders kat The Everly Hotel ni. So memang la kena liar sikit mata tu bila anak-anak duduk main kat tembok pemisah kolam tu. Masa budak tu lemas tadi, sal dah campak kasut dah nak terjun... Hahaha kelakar pulak bila ingat balik. Kalau dah detik cemas tu, memang tak sempat nak fikir, tindakan yang ke depan dulu.



Ramai jugak hari ni walaupun hari biasa. Maybe sebab cuti sekolah kan. 



 Business discussion di mana-mana pun boleh berlaku. Sebab nak cerita gosip retis ke apa dah tak de feel sejak kepala kaki tangan badan busy dengan urusan business. Sampai artis apa yang kawin, beranak cerai couple semua kami tak tau dah. Bila ada yang bercerita, memang ternganga aje la dengar.


 Seronok bersembang dengan puan manager TM ni.


 Bila duduk dengan orang yang positif, kita yang sakit ni pun boleh cepat sihat.


Dah siap mandi dah. Diorang sambung mandi pulak dalam bath tab bilik air hotel. 


Before ke class mingguan Dolomite yang terakhir sempena sebelum Ramadhan 2016, Kami berkampung dulu dalam bilik hotel. Lepas mandi jadi lapar pulak budak-budak berenam tu. Nasib baik la ada pizza drumet, boleh la buat alas perut.


Interior dalam Everly Putrajaya ni cantik jugak. Dia lebih kepada moden kontemporari.


Alhamdulillah sampai Dolomite Academy dah. 
Thank you abang-abang yang setia menunggu isteri masing-masing menuntut ilmu. 


Nak berjaya memang kena ada ilmu. Nak ilmu kena berguru. Dalam berguru tak boleh cepat jemu. Bila cukup konsisten buat satu persatu, In shaa Allah kita sendiri yang akan laju dan makin maju.


Let's fight for TIME FREEDOM!











No comments:

Post a Comment