Thanks For Your Support

Wednesday, March 14, 2018

Seminar Master Your Network 1.0

Seminar Master Your Network
24 February 2018
Cempaka Hotel, PGRM Cheras.



Tak reti nak janji kan bulan dan bintang pada mereka. Yang sal boleh sungguh-sungguh katakan, ini lah bayaran untuk sebuah kejayaan. Nak tak nak, kita kena berlapang dada, redha, pasrah tapi bukan menyerah setiap kali datang cabaran. Tak de yang manis belaka untuk sampai ke puncak. Tak de kejayaan tanpa cabaran. Tak de kejayaan dalam masa yang singkat. Tak de kejayaan dengan hanya duduk saje tanpa membanting kudrat. Tak de. Tolong jangan terpedaya dengan ayat manis puitis yang kejayaan itu mudah.  




Kejayaan tu memang tak mudah, tapi ianya sangat tak mustahil jika kita tanam sabar dalam setiap usaha yang sedang kita semai.



Kejayaan hanya untuk mereka yang bersedia untuk berubah. Berubah dari segi sikap. Berubah untuk tukar pemikiran yang negetif kepada positif.

Contoh,
Nak pergi seminar ni, alih-alih pagi ni tayar pecah pulak. Bisik iblis, 'memang kau tak de harapan nak berjaya. Ni petanda buruk untuk kau ni. Stop aje la bisnez ni. Tak payah nak susah-susah tambah duit. Cukup la dengan apa yang kau ada. Ni semua si polan tu punya pasal. Dia lah yang beriya ajak kau datang seminar pagi-pagi buta ni. Kalau kau tak keluar pagi ni, kau tak lalu sini, mesti tayar kau tak pecah punya.'

Apa kata twist pemikiran tu kepada,
'Astaghfirullahaladzim. La Hawla Wala Quwwata Illa Billahil Aliyyil 'Azim. Terima Kasih Ya Allah, sebab bagi ujian ni pada ku. Aku tau, mesti ada sesuatu yang lebih baik sedang kau aturkan untuk ku. Pasti banyak lagi yang lebih baik dalam genggaman mu untuk kau lepaskan satu persatu pada ku. 

Cabaran ni mesti ujian yang kau hantar pada ku, untuk melihat sama ada aku manusia yang bersyukur mahupun kufur. Bahagia itu Nikmat. Sengsara itu juga nikmat. Kedua-duanya ada hikmah. Permudahkan la segala urusan ku Ya Allah. La Hawla Wala Quwwata Illa Billahil Aliyyil 'Azim. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolonganMu'



Jika saat ni kita sedang di uji, ingin sal sampaikan sesungguhnya bersyukur dan berbahagia lah anda, kerana ujian itu adalah Hadiah daripada Allah.


Setiap kali ada aktiviti berkaitan majlis ilmu, sal akan tersentuh hati sangat dengan mereka yang diizinkan sampai ke majlis ilmu tersebut. Sebab sal tau, bukan mudah untuk mereka tepis cabaran yang berantai-rantai di sekeliling mereka. Terlau banyak halangan yang perlu di redahi dengan penuh redha di hati.



 Dari pengalaman sal sendiri, dari awal tanam niat nak upgrade ekonomi diri dan keluarga, macam-macam ujian dah Allah bagi. Rupanya Allah nak bagi kita hadiah paling istimewa bila kita sabar dan bersyukur dengan cabaran yang ada. Allah nak hadiahkan kita nikmat yang tak ternilai bila kita berlapang dada tanpa Menuding jari salah kan sesiapa. Sebab setan ni kan, dia paling suka tune hotak kita untuk bersangka buruk pada orang lain setiap kali kita di uji. Betul kan.



Sal pernah di uji tak de duit sekeping pun nak ke majlis ilmu. Sal pernah di uji tayar kereta pancit tengah malam. Sal pernah diuji bateri kereta kong lepas habis seminar. Sal pernah di uji cermin kereta depan retak kena batu dari lori construction. Sal pernah di uji anak serentak tak sihat. Tak sihat pulak mesti masa sal nak ke majlis ilmu. Sal pernah jugak di uji suami tak berapa setuju bila sal selalu nak ke majlis ilmu. 


Ujian macam ni biasa. Tu bukan petanda buruk untuk kita. Ianya akan jadi buruk jika kita sendiri yang bersangka buruk. Trust me. Minda manusia sangat unik. Minda kita adalah Magnet paling kuat! Kuat kita tarik, in shaa Allah kita akan dapat. Jadi jom la kita tarik yang baik-baik aje.



Tu yang buatkan sal terharu sangat dengan mereka yang diizinkan Allah untuk hadir ke Seminar Master Your Network hari ni. Huwaaaaaaaaaaa. Mereka hebat! I can feel u! 

Untuk berjaya, ini lah yang kita kena lalui. lalui CABARAN dengan hati yang tenang. That is the key. Bila tenang, tak serabut-serabut, buat pun konsisten je. Hati jaga. Mulut jaga. Tak mengadu domba menjaja cerita, then kita nak 10 ribu, 20 ribu even sejuta pun in shaa Allah kita akan dapat. Dengan syarat SABAR dan baiki SOLAT.

Kalau kita dah buat baik, tapi masih tak dapat, jangan putus asa. Allah mesti bagi. Sebab tu janji DIA pada kita. Mungkin dari segi duniawi kita tak dapat juta-juta, tapi di bank akhirat kita? Masha Allah, berbillion billion rupanya bonus yang Allah dah sediakan untuk kita.


Kisah pagi kami bermula seawal 5 pagi. 5 pagi dah bangun. Mandi solat bersiap.


Kami perlu awal pagi ni. Sebab ada tanggungjawab yang diamanahkan. 

Alhamdulillah diberi kepercayaan oleh Master Sifu untuk team kami mengendalikan majlis di belakang tabir. Dari sesi pendaftaran, pembukaan doa, dan urus setia sistem teknikal, kami di beri amanat untuk memikul tanggungjawab yang diberikan.


Alhamdulillah majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh kekanda hati ku, Tuan Halmie Abd Hamid. Bayangkan, seminggu sebelum majlis, panas punggung husband kesayangan sal ni. Ye la, orang first time nak kena naik stage. Walau baca doa pun, debaran dia tu lain macam. Kalau boleh bergegar pentas, confirm bergegar dah sebab nak mengekspresikan betapa neves nya beliau sebelum di panggil naik ke atas pentas untuk bacaan doa di hadapan hampir 200 usahawan hebat yang lain.


After doa, warm up dengan lagu My Choice For Life.



Sejuk rasa tengok team semua duduk di barisan depan. In shaa Allah, dalam team business ni, kami sentiasa terapkan disiplin dalam menjaga masa.


Dapat duduk depan kan selesa. Boleh serap aura mentor-mentor hebat lebih dekat lagi.




First sharing dimulakan oleh our Gojes mentor CDM Khaty Jane 

Second slot, kami di beri suntikan ilmu dan strategi dari Icon Networking, Master Sifu CDM Haji Azlan Deraman.


Selepas zuhor, kami di suntik dengan ilmu dan motivasi dari Multimillionaire mentor yang pernah menghiasi cover majalah Personal Money, CDM Hajah Siti Rohana 





Almost 5 pm Seminar Master Your Network melabuhkan tirai. Jadi sal amik masa jap untuk buat rumusan pada jentera-jentera perang yang hadir hari ni.

Untuk berjaya dapatkan sesuatu, dah semestinya kita perlu korbankan sesuatu. So hari ni, kami semua sehati sejiwa untuk berkorban sekejap masa, tenaga dan duit kecik untuk dapat masa yang lebih banyak, dan dalam masa yang sama dapat duit yang lebih berkat in shaa Allah.


Seminar hari ni terbaik dalam mendidik jiwan untuk sentiasa mencari keberkatan. Keberkatan is the key. Sebab kita buat bisnez bukan semata untuk dunia, tapi kita bawa saham untuk kita kat alam kubur nanti. Ngeri. Terima Kasih buat Mentor-mentor yang tarik dan tune kami untuk sentiasa berniaga dalam muamalat.


Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia, dengan memandang pada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya.


(Surah Al-Mulk Ayat 15)
Mencari harta kekayaan amat di galakkan oleh Islam, kerana harta merupakan alat bagi mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dengan harta tersebut, seseorang tu dapat memenuhi keperluan hidupnya di samping dapat menunaikan tanggungjawabnya terhadap agama. Dalam mencari harta kekayaan, umat Islam di kehendaki menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebaikan dan kebajikan untuk faedah bersama.


We are not a team because we work together. We are a team because we respect, trust and care for each other.  

Once broken, consider sold.


With CDM Hajah Siti Rohana

With CDM Khaty Jane

With the icon of Networking, CDM Haji Azlan Deraman and CDM Hajah Siti Rohana.


Stay positive, work hard and make it happen.














No comments:

Post a Comment