Thanks For Your Support

Monday, April 16, 2018

Monolog Salleha Roslan

Setiap orang ada struggle mereka sendiri.

Setiap orang takkan berenti untuk di uji, Kita buat la yang terbaik macam mana sekalipun, pasti akan ada je ujian yang singgah dalam kehidupan kita sehari-hari.

Ada yang diuji masalah kewangan.
Ada yang diuji masalah kesihatan.
Ada yang diuji masalah perhubungan.
Ada yang diuji masalah anak-anak nakal.
Ada yang diuji krisis suami isteri.
Ada yang diuji dengan peperangan.

Yang paling bahaya, adalah bila kita diuji dengan kesenangan. This is the worst ujian.
Ujian masa senang lah yang paling ditakutkan oleh orang yang beriman.

Apa ujian sekali pun,

Sabar. Tenang. Jangan mudah mempersoalkan kenapa aku? Kenapa banyak sangat ujian untuk aku? Please jangan.

Allah knows the best.

Sabar dan tenang selalu.

Zikir. Sebut apa je zikrullah yang kita tau dan kita sebut sambil menghayati zikir tersebut.

Allah bagi kita ujian bukan sebab balasan. Tapi sebab ganjaran. Ganjaran yang kita mungkin tak dapat sekarang. Tapi hakikat kebenarannya, kita akan dapat ganjaran ni kat dunia kekal kita nanti Iaitu dunia selepas jasad dan roh berpisah mati. 

Sal menulis atas pengalaman hidup. Dulu tak faham pun apa tu ujian, Hidup dengan penuh kejahilan. Jahil bukan sebab ibu ayah tak ajar. Tapi sebab diri sendiri yang tak nak belajar. Sombong. Siap marah-marah lagi bila ibu tegur sesuatu yang berkaitan islamic. I can't accept it. Contoh, Masa form one, ibu suruh tutup aurat. Mulakan dengan pakai tudung. Tapi sal marah. Sal tak nak pakai tudung. Sal belum akil baligh lagi masa tu. Kenapa nak kena pakai tudung? Bukan ke tutup aurat hanya untuk orang yang dah period je. 

Haaa macam tu la rebel nya diri ku ini satu masa dulu. Masa remaja, jiwa bergolak kan. Tak tau apa yang betul apa yang tak betul. Yang tau, masa tu rasa diri kita je betul Padahal baru 13 tahun hidup kat dunia. Jahil ilmu agama. Ibu buka tazkirah pagi-pagi kat tv pun dah rasa panas. Belum lagi baca yassin.

Tapi Alhamdulillah, sebab ibu rajin baca yassin setiap kali lepas solat, dalam tak sengaja sal boleh hafal surah yassin.

The point kat sini, sal just nak luahkan je, yang hidup kita ni memang takkan berenti dari ujian hingga kita  mati. Mati nanti lain pulak ujian dia, Jadi, sal luahkan sebagai ingatan untuk diri sendiri supaya sentiasa buat yang terbaik walau dalam keadaan kita belum cukup baik. It's not easy untuk jadi baik. Setanirojim ni kan rajin, rajin tahap maksima. Rajin nak menjahanam kan kehidupan kita dunia akhirat.

Sebab tu, always sabar dan tenang bila kita sedang di uji.

Cakap macam senang kan.

In shaa Allah akan jadi senang, bila kita biasakan dari sekarang. Biasakan minta dengan tuhan, bukan dengan kawan.

Kawan boleh jadi lawan.

Baik lagi pihak lawan. Sebab terang-terangan mereka tunjukkan yang mereka tak sehaluan. Dari kawan yang mengaku kawan, tapi hakikat nya mulut bercabang dan tanpa kita sedar menghiris-hiris belakang kita dengan bertubi-tubi tikaman.

Just Sabar, Tenang and Allah know the best. Be strong bebeh.

No comments:

Post a Comment