Thanks For Your Support

Saturday, March 23, 2019

CABARAN HIDUP YANG DISEMBUNYIKAN



1 year ago.



Awak dah bersedia ke nak berjaya? 
Sebab bila dah berjaya pun, kita tetap akan di uji. Dengan ujian yang lebih hebat lagi. Sebab hidup memang untuk di uji. Tak sabar, memang boleh bercerai berai, terjun bangunan atau masuk wad tanjung rambutan. 😅 

Alhamdulillah. Setahun lepas kami diuji dengan ujian harta. Allah dah siap-siap bantu kami keluar dari cabaran ni sebebarnya. Dalam ujian tu, Allah tolong kami melalui Dia hadirkan orang yang baik baik untuk membantu memudahkan urusan kami. Allah tolong kami dengan munculkan pomen yang baik, sahabat yang baik, keluarga yang memahami dan tak berkira. Especially keluarga mertua. In shaa Allah kebaikkan mereka pasti dapat ganjaran yang berganda dari Allah. Sebab bila mereka bantu kami, sebenarnya mereka membantu anak-anak syurga kami. 

Ni hari di mana kami hantar kereta masuk ward. Macam baru balik kubur pulak bila tengok balik. Huhu. 

Merc putih tu breakdown. Bukan sikit-sikit. Tapi the whole engine. Murung juga. Sebab cos repair je dah serupa bayar muka sebiji kereta continental. Sebab kereta macam ni, charge dia bukan ratus ringgit. Tapi puluh ribu. 

Antara tips bila diuji dengan ujian yang berat untuk kita adalah, first senyum. Senyum je walau terpaksa. Sambil kata dalam diri, lahawlawala quwataila billah hilaliladzim. Memang kita tak ada daya, melainkan dengan pertolongan Allah. Serius sal sedih masa ni. Nangis dalam hati sentiasa. Sebab tak baik nangis depan suami dan anak-anak. Nanti mereka dapat aura negetif. Tapi sal hilangkan rasa sedih tu, dengan tetap on class fizikal dan online class, pergi class yang mentor sediakan, bantu mentor handle seminar, on personal touch, entertain customer, kedai online tak pernah tak update. Aktiviti business tetap macam biasa.
 Sebab ujian bukan untuk di layan. Tapi untuk di lawan. 

Dah la. Tak payah sedih-sedih la bila ada masalah. Tak payah layan emo. Buat apa yang perlu buat. Buat apa yang mampu buat. Kita mampu solat. Mampu jejak majlis-majlis ilmu percuma di surau masjid mahupun ilmu perniagaan yang lain. Jangan harap kan keajaiban. Jangan harapkan orang lain untuk bantu kita selesaikan masalah. Dan paling penting, jangan sesekali marah orang lain yang tak membantu kita ringankan beban. Sebab kena faham, setiap orang ada bebanan mereka sendiri. Tak perlu la mereka nak ceritakan apa tanggungan mereka. Kita ni? Kita yang nak kena ada tindakan untuk keluarkan diri kita dari bebanan hidup kita sendiri. Bukan harap harap dari orang lain. Jangan kaitkan isu kekeluargaan dan persahabatan dengan ujian yang kita lalui. Especially bila di uji dengan ujian kewangan dan perhubungan kekeluargaan. Sebab ramai yang sal jumpa akan up status macam ni "masa aku susah ni aku tau siapa kawan siapa lawan" 

Awak kena faham, setiap orang ada financial komitmen mereka sendiri. Jangan sesekali uji setiakawan dengan masalah kewangan yang kita sendiri cipta.

Awak kena faham, orang luar tak boleh masuk campur urusan kekeluargaan awak. Especially yang melibatkan suami isteri. Sedangkan ibu ayah kita sendiri pun di tegah untuk masuk campur urusan anak-anak dalam menentukan kehidupan mereka dalam membina keluarga, ini kan orang luar.

Dua cabaran ni, pandai-pandai lah settle.
Jangan sedih bila orang lain tak boleh bantu kita di saat kita memerlukan. Sebenarnya bukan mereka tak nak bantu. Tapi Allah nak ajar kita, yang hanya boleh bantu kita untuk setiap cabaran hidup di dunia dan cabaran di akhirat nanti, HANYA DIA.

Sabar dan solat is the best capsule. Makan dua capsule tu setiap kali kita dalam kesulitan. Cari dua S tu dulu. In shaa Allah, segala bebanan rasa ringan untuk dipikul.

No comments:

Post a Comment