Thanks For Your Support

Monday, July 22, 2019

Wedding Amirrudin Haji Sajim Dan Masitah Dato Faizul Arby Di Subang Monterez Golf & Country Club

Wedding Amirrudin Haji Sajim dan Masitah Dato Faizul Arby

At
Monterez Golf & Country Club Subang

Alhamdulillah. Yeayyyy tahniah. 
Amir dah kawin.

Amir ni siapa?
Ni antara professional photographer yang selalu amik gambar cecantik untuk team sal.

Amer and Mashitah. Sama cantik sama padan. Alhamdulillah antara anak muda paling beradab yang kami pernah kenal. Pasangan humble. Hebat didikan keluarga kedua-duanya. 

In shaa Allah doa kami semua semoga pasangan ni bahagia berjaya till jannah.

Anak-anak baru balik sekolah masa ni. Jadi, tak perlu la persoalkan kenapa mereka tak pakai baju kurung ke peplum ke songket ye. Tak dan nak uruskan semua tu 😅


Video ringkasan sepanjang majlis kahwin Amir dan Masitah

Muka happy bila dapat rasai betapa bahagianya mereka bila disatukan.




Jodoh menarik. Kata Amir, jodoh ni diaturkan keluarga. 


Bila dengar macam tu, i be like what? Bagusnya. Ada lagi anak soleh solehah macam ni. Yang ok je bila parents bantu satukah mereka. Sejuk perut mak ayah ada anak sebaik ni, Alhamdulillah in shaa Allah.


Mula tu kami bergambar kat tempat potong kek je. Sekali Amir ni dia bawa watak professional photographer dia tu kan. Di ajaknya kami ke pelamin. 


Dapat rasakan getaran yang baik dari pasangan pengantin baru ni. Doakan mereka bahagia dan berjaya dunia hingga jannah ye. Semoga doa yang baik akan berpatah balik pada yang mendoakan kebaikkan orang lain.










Masa first time sampai ni, sal rasa impress sangat tengok pengantin perempuan. Tak sangka cantik macam ni. 


Senyuman mereka pun berseri je. Tak fake. Jelas nampak kesopanan dan keramahan mereka sekeluarga. 


Sama cantik sama padan.


Time to eat.
Sedap sedap belaka masakan kat kenduri Amir dan Masitah ni. Terima kasih ye sudi jemput kak sal sekeluarga.


Mengaminkan doa oleh Ustaz yang membaca doa di majlis perkahwinan mereka. Semoga Allah perkenankan doa kami semua.


Ehhh macam kenal.


Mesti la kenal. Adik kesayangan dalam business dan dalam kehidupan. Alhamdulillah jodoh kami berjumpa di majlis kahwin ni. Rupanya Tini Bekerja dengan syarikat keluarga ayah Amir, iaitu Tuan Haji Sajim.


Ready for solat zuhor. Kita settlekan awal sebelum ke next destination. Solat siap-siap kat Club House ni.


Lepas tu kakak ajak naik padang golf ni. 


Dia nak bergambar.


Mama layankan aje.


Kasi chance


Bila anak kau dah take over kau. Gini la. 😂


Ayah dah tunggu dalam kereta. Kami tiga beranak masik ralit berposing kat padang golf tadi dan kat tepi kolam.


Gambar ni Damia yang ambil.


Sebab ayah dah masuk kereta dengan Muhammad.


Tapi ayah dah setting auto. So senang la nak main tekan je camera Sony A apa benda tah nombor dia tu. 😅


I don’t care about the camera model. Asalkan gambar cantik dipandangan mata, ok je. 

Hari ni sal pakai jubah putih yang sal beli kat kedai kelengkapan Haji di Kenanga. Semoga sampai rezeki nanti, jubah yang sama sal boleh bawa ke Mekah, in shaa Allah.

Dan shawl ni, adalah instant shawl dari Infinence X Rizman Ruzaini. Sal dapat free je sempena dinner Diamond Night Hai-O hari tu. Harga asal RM350. Tapi bertuah kami dapat free je ad door gift.


Lepas tu kami ke Taman Melawati. Memenuhi jemputan adik sal untuk majlis doa selamat anak perempuannya yang dah umur 7 bulan.

Majlis mula lepas asar. Jadi selepas makan kenduri di Subang, dan ambil tart nenas, brownies dan seri muka di Cheras, kami ke Surau ni dulu untuk berjemaah solat asar. Sal dan Muhammad je duduk kat playground ni sementara Damia Danisha dan ayah mereka solat dalam surau.










Untuk peminat tart nenas yang sedap dan murah, sal highly recommended and untuk dapatkan tart nenas fresh from oven dari Ayu Zahra Bakery. Lokasi di Cheras. Flat Sri Sabah. Lepas kenduri Subang tadi sal ke sini untuk pick up fresh order dari Puan Ayu. Lama dah teringin nak makan. Alhamdulillah hari ni rezeki sal dapat ke sini. Sebab jarak dari Puncak Alam nak ke Cheras hampir 60km perjalanan. Ni dah alang-alang nak ke Taman Melawati, kita boleh la order. Semalam dal order, hari ni terus pick up fresh tart, fresh brownies and fresh kuih seri muka dari my old school friend, Ayu Zahra. Kawan masa Sekolah Menengah Cheras,Kl batch 2000.






Dah sampai rumah adik sal. Rumah dia macam duduk dalam sungai. Ada batu batu. Ada hutan. Sejuk je. Tapi yang tak tahan tu, banyaknya cik monkey.






Pengantin kecik. Muka tak puas hati. Sebab maklang dan kakak Damia bawa dia keluar dari buaian. Sedap sedap landing, sekali kena bersiap berdandan dengan kami.


I don’t need face apps. Sebab tau dah usia emas nanti muka macam mana.


Damia, Munirah dan Danisha with tokma.


Yang belakang sal tu is my kakak ipar. Umur kami sebaya. Dulu kami jiran masa duduk kat Flat Taman Bukit Anggerik Cheras. Kawan sepermainan. Main longkang. Main mak mak. Main cikgu cikgu. Main nyorok nyorok. Main getah. Main guli. Semua la. Konda kondi. Galah panjang. Teng teng. Guli. Main gelongsor bukit.

Kami berdua sama-sama teringin nak baby girl baru. Tapiiiiiiiiiiiiiiiii. 😂😂😂


Tapi kita tengok aje la anak gegirl orang kan. 


Time ni la babay ili Alisya nak goyang kepala kan 😅


Seriau


Budak kecik ni suka pompuan je.


Geng gegirl





That’s all untuk entry ni.
Summarynya, kami ke Subang untuk wedding. Ke Cheras untuk ambik kuih. Dan ke Taman Melawati untuk doa selamat.






















No comments:

Post a Comment