Thanks For Your Support

Monday, July 1, 2019

Genius Aulad 2019 Teachers Day And Raya Celebration




Video kenang-kenangan Muahammad Danish Shafiq dan kawan-kawan sepanjang menjalani kehidupan di Genius Aulad Saujana Utama. 

20 tahun lagi, jika Muhammad dan kawan-kawan tengok video dan gambar-gambar mereka meraikan hari guru dan sambutan
Raya di Genius Aulad ni, mesti mereka akan ketawa dan makin menghargai apa yang mereka ada sekarang ni.


Menu raya di Genius Aulad 2019 ni adalah potluck. Jadi, kami pilih untuk bawa buah. Buah yang Muhammad suka. Iaitu anggur, epal dan buah naga. Pagi-pagi mama siapkan buah, ayah bantu siapkan Muhammad

Kat rumah tadi besar kecik besar kecik la mata ayah, bila mama minta ayah buatkan bunga kat sampin Muhammad

Hahahhaa. Betul la kata UAI yang orang pompuan ni, dia dengan bunga memang tak boleh dipisahkan. Sampaikan ke sampin anak laki pun nak suh ada bentuk bunga. Nasib baik la jodoh sal dengan suami yang sangat penyabar. Tak pernah tinggi suara, tak pernah naik tangan. Alhamdulillah.


Baju ni baju pilihan Muhammad. Dia tak nak pakai merah sebab katanya ramai kawan pakai merah. Ishh ishh budak ni. Kalau mama la, lagi suka pakai baju sama tema color dengan kawan. Haha. Sebab tu kalau gi mana-mana event, mama mesti pakai sedondon je dengan geng mama. 


Mula-mula sampai ni, Muhammad malu sangat. Sebab ramai yang menoleh noleh nak tengok Muhammad yang baru masuk dari pintu utama Genius Aulad. Boleh tengok video di minit ke 27 saat. Siap ada teacher yang kata “WOW CANTIKNYA”. Part tu lagi la dia malu malu ala. Haha. Sampai ajak berdiri ambik gambar pun segan je mula-mula tu.


Princess sampai berdiri nak tengok Muhammad ye. Hehe.


Baju ni fully sponsored by uncle Hariz dia. Dari Tanjak, baju kuning songket, sampin, pengikat sampin, seluar pendekar mustar, sampai la capal. Tapi capal tak pakai pun. 

Kot ada yang berminat nak dapatkan tanjak ni, boleh je wasap sal ye. 






Ayah berkenan kot kat princess muslimah ni. Sebab asik ada gambar dia je kat camera ayah. Haha.


Cakes for May And June Babies.
Semoga membesar dengan penuh kasih sayang dan sentiasa menghargai pengorbanan ibu ayah. Buktikan kita sayang ibu ayah kita dengan cuba ikut amalan yang di ajar oleh Nabi SAW. In shaa Allah.


Terima kasih cikgu cikgu Genius Aulad Saujana Utama. Jasa pengorbanan anda tak terbalas oleh kami.

Dari zaman Damia, Danisha sampai ke Muhammad, terdidik baik dari sentuhan ilmu dan kasih sayang guru-guru di Genius Aulad.





Ticer jadi princess semua hari ni. Cantik. 


Ready ambil makanan.



Tapi budak-budak ni mana nak makan sangat. Banyak main je diorg ni. Hehe. Nama pun budak kan.



Cantik ticer. Kakak Damia kata macam muka ticer Aniza Genius Aulad Bandar Sri Damansara.

Penuh kesabaran melayan kerenah anak-anak kecil.








Comel-comel cikgu



Sabar menyantuni anak kecil.



Bukan sorang, tapi ratusan murid.

Sebab tu sal tak ditakdirkan jadi guru tadika
Kot. Haha. Sebab menyinga 🙊


Cikgu tau budak budak ni bukan makan sayur pun. Jadi bagi kuah dan nasi impit. Licin bila makan dengan kawan. Sampai ada yang hirup kuah.


Nakpak belah kiri tu. Hirup kuah la tu.


Sopan santu depan makanan. Alhamdulillah. Semua dah abang abang pun kan. 6 years already.









Sal amik gambar ni sebab nak buat style baju kepok kat tangan and bawah kaki macam ni.




Ni dah habis makan.




Kenangan untuk Muhammad Danish Shafiq dan sahabat-sahabat kecil Genius Aulad Saujana Utama nanti.



Semoga membesar jadi anak yang soleh. Khlifah yang mengikut sunnah dan kuat mujahaddah untuk ke syurga yang indah.


Masa ni kawan tu terjatuh.


Pandai posing semua.



Hensem dan bijak plus soleh.



Muhammad Danish Shafiq salam Puan Ashikin Hashim, Principal of Genius Aulad Saujana Utama.



Behind the scene. Bersungguh ayah Muhammad nak dapatkan angel yang menarik.



Happy tengok ticers semua berseri-seri hari ni. Sporting je all Genius Aulad Saujana Utama teachers.



Muhammad belek sampul raya la tu.


Apa review sal untuk Genius Aulad ni?
So far, since Damia dah mula masuk belajar di Genius Aulad Bandar Sri Damansara pada tahun 2011, Danisha pada 2013, Muhammad pulak Genius Aulad Saujana Utama 2019, Sal rasa syukur alhamdulillah kerana rezeki terpilih untuk masukkan anak-anak soleh solehah ni ke Genius Aulad. 

Sebab, Genius Aulad tak gunakan konsep exam. Dia lebih kepada membina kreativity anak-anak. Bagi sal, saingan tu adalah saingan dengan diri sendiri. Biar mereka bersaing dengan diri dari kita terapkan dari kecil untuk mereka jadi No1. Setiap individu ada kelebihan yang berbeza. Mereka tak mungkin sempurna. Jadi konsep yang dibawa oleh Genius Aulad adalah konsep yang memberi perkembangan positif untuk anak-anak membina diri mereka sendiri. 

Aktiviti Genius Aulad pun semua menarik. Yang sal perasan, setiap isnin mereka tak belajar akademi pun. Isnin lebih kepada bermain sambil belajar. Macam contoh, buat sampan, buat kapal terbang, colorkan batu, dan macam-macam la. Nampak diorang enjoy bila hasil tangan mereka siap.

Sebab budak-budak ni fitrah mereka adalah bermain. Jika di usia awal 6 tahun kita train mereka seperti anak darjah 6, agak kurang sesuai bagi sal. Biarkan mereka membesar dengan aktiviti yang sesuai dengan umur mereka.

Great job Genius Aulad. Semoga makin maju jaya dan teruskan melahirkan insan cemerlang gemilang dunia dan akhirat In shaa Allah.






















No comments:

Post a Comment