Thanks For Your Support

Saturday, July 18, 2020

Premium Beautiful In Kampung Morten Melaka

Teringin nak merasa stay kat rumah kampung?
Nak nak kat Melaka?

Ni sal recommend kan, homestay best untuk yang suka jalan-jalan dengan keluarga.

Rumah ni betul-betul dekat Sungai Melaka yang cruise dok lalu lalang tu. 
Nama homestay ni YUNUS HOMESTAY, KAMPUNG MORTEN MELAKA.

Siap boleh ajak geng lagi stay together. Sebab rumah ni kira lapang la kalau nak buat lepak adik beradik takat 20 orang dalam satu rumah.

Cuma, Homestay Yunus ni, ada 2 bilik tidur aje. Satu bilik tu muat la 4 orang tidu atas katil.

Area ruang tamu dia besar. Kalau datang sefamily, yang lelaki boleh tidur luar aje. Luas.

Ada dapur untuk masak. Ada bilik air dua. Satu bilik air mandi. Satu lagi jamban.

Memang sebijik style kampung. Rumah Melaka pior.


Homestay ni pernah menang pertandingan keceriaan Majlis Bandaran Melaka. Memang cantik dan bersih rumah yang dijaga Puan apa tah nama dia sal dah lupa. Sebab kisah ni kisah 2016. Tahun 2020 ni baru nak up story. Sebab tetiba ternampak posting Cikgu June nak berjalan kat Melaka kan. So nak letak la entry ni kot nanti kalau ada yang tercari-cari homestay apa yang best kat Melaka ni, boleh la ambil pengalaman untuk stay kat Yunus Homestay Kampung Morten ni.


2016. Sekarang semua dah besar. Kalau jumpa pun dah malu-malu dah bebudak ni. Adik Danisha satu. Kakak Damia darjah 3. Muhammad 3 tahun. Sebak pulak rasa tengok memori mereka membesar masa zaman mama sibuk berkejar buat bisnez pagi petang siang malam. Sibuk nak jaga hati orang. Kesibukkan yang banyak mengajar sal untuk lapangkan masa untuk diri sendiri dan anak suami  je sekarang. Sebab duit dan recognition manusia, makin kejar, makin lari kita dari fitrah sebenar kehidupan.

Fitrah untuk sayang masa dengan kuliah ilmu dan masa dengan anak-anak.

Sebab bila terlalu kejar bisnez, walau anak sentiasa depan mata kita, tapi hakikatnya mereka jauh. Sebab kita lebih memikirkan jalan untuk membina kumpulan. 

Maaf kan mama Kakak and adik.
Kesian adik dengan kakak. Rasa macam mama kurang masa dengan diorang masa diorg di usia5-9 tahun masa tu. Tak macam Muhammad. Rasa puas sangat luangkan masa dengan dia. 

Satu, sebab, mula ada keinsafan dalam diri untuk sayang anak tanpa marah marah. Kedua, mula tak ada push factor untuk buatkan diri terkejar kejar untuk bersaing kejar target material.

Material target ni kalau salah bawa, salah tanam, boleh bagi impact kemurungan tau pada diri dan keluarga. Just be our self. Tak perlu bersaing menggila untuk kedepan kan harta banyak mana kita ada pada public. Sebab kesan tekanan dia, akan tempias pada keluarga. Kita akan jadi mudah marah pada anak dan suami bila kita masih tak mampu nak bersaing dari segi material siapa paling selalu upgrade.

Makin banyak kita nak tunjukkan buktikan, makin sakit hati kita sendiri tanpa kita sedari. Sakit hati yang boleh menjauhkan diri dari tujuan sebenar kita dihidupkan Ilahi.

Jadi diri sendiri.
Tak payah malu kalau orang kata kita leader yang tak ada bukti. Bukti apa nak kena show off sangat ni?
Bukti porsche
Chanel LV Gucci
Rumah Agam 5 tingkat
Emas penuh peti
Travel Umrah Everymonth
???

Isokay di mata donia, kita adalah orang yang nampak biasa. Yang penting just be yourself. Tanpa bebanan hutang yang menyakitkan diri dan tanpa melibatkan ahli keluarga yang lain.

Sebab hidup ni seriously macam roda.
Akan ada masa kita kat bawah.
Ada saat baik, kita akan berpusing duduk kat atas.

Masa kat atas, renungkan jika sampai masa kita kena duduk jap kat bawah.

Tak perlu ikut orang.
Orang ada kereta mewah, kita nak follow.
Orang ada rumah cantik luar dalam, kita nak jugak.
Orang beli handbag susun dalam almari, pun kita nak jugak.

Nak ikut boleh, tapi sambil tu bayangkan juga andaikata sampai masa, kita diletakkan jap kat bawah. Sebab biasanya, bila besar belanja ni, besar jugak komitmen kita pada bank.

Ni sal bukan ajar negetif thinking tau. Sebab hidup ni kita tak boleh ramal. Anything can happen.

Bila dah biasa bersederhana, one day if kita duduk sekejap kat bawah, kita tak sakit sangat nak kayuh naik balik. Sebab kita kurangkan beban hutang masa kita ada kat atas.

Nak ikut orang yang berjaya ni, bukan ikut beli material macam yang mereka dah ada sekarang. Tapi ikut cara mereka bertindak dalam kerja harian mereka.

Orang baru, lepaskan basic marketing. Kuasai teknik untuk buatkan orang kenal, suka dan percaya pada kita.

Bila income dah sustain, hutang-hutang lama mula surut, baru la boleh calculate nak capaikan satu persatu impian kita.


Nampak tak laman homestay ni?
Luaskan. Kami tak park kereta kat sini. Sebab nak bagi anak-anak main badminton, bola, lari-lari kat sini.



Berapa harga sewa homestay ni sehari?
RM450 satu rumah.


Siap ada meja untuk duduk-duduk. Tapi nyamuk la tak tahan. Ada pondok jugak. Nanti tengok gambar kat bawah.

Ni asam pedas CIK ANI kat MITC. Kalau nak Asam Pedas power, Asam Pedas Cik Ani aje la yang sal recommendkan terbaik setakat ni kat Melaka. Waze je Asam Pedas Cik Ani. Landmark dia kat Mydin. Belakang deret-deret Secret Recipe. Ambik asam pedas ikan Jenahak.


Murah rezeki yang belanja Asam Pedas Ikan Jenahak Cik Ani MITC ni. Sekor Jenahak ni biasanya kalau makan, adalah dalam RM80 total sekali nasi dan air. Ni kami lunch kat rumah Kadyna kat MITC dulu sebelum gerak ke Homestay Yunus Kampung Morten.

Ni kat ruang makan dapur homestay KAmpung Morten tu. Homestay ni ada dua ruang makan. Satu kat bawah, satu lagi kat atas rumah. Kat pintu masuk utama.


Ni la dapur homestay tu. Semua ada dah. Siap kopi Aik Cheong pun ada. Kat sini la sal belajar minum kopi O sedap brand Aik Cheong paket hijau.


Ni view dari pintu utama homestay. Relax la suasana dia. Seban Area kampung Morten ni, adalah area yang dikawal selia oleh Negeri Melaka sebagai Kampung yang dipelihara. Maknanya, tak boleh ada ubahsuai pun pada rumah-rumah kat Kampung Morten ni. Melaka nak kekalkan rumah-rumah kat sini dengan rekabentuk rumah Melaka yang asal.


Ok salin baju dah. Dah petangkan.


Ya Allah sedapnya bila tengok balik Ubi Kayu rebus dan sambal ikan bilis air tangan Salina Salleh ni.

Terima kaish Kadyna dan Bangfen sudi escort kami setiap kali ke Melaka.


Ni kira ruang tamu la.Duduk minum kopi sambil cicah ubi kayu dengan sambl bilis.


After maghrib ready nak keluar jalan-jalan kat Sungai Melaka.

Siap ada kek untuk celebrate October and November babies. Murah rezeki yang berkongsi rezeki ni.


Sebelum keluar naik cruise, kami dinner kat pondok ni dulu. Punya la dah 4 tahun pengalaman stay kat homestay ni, sampai lupa dah apa lagi yang kami makan kat sini.


Tengah sharing live video.

Budak-budak la enjoy dengan kek and jumpa geng. Masa ni sama-sama kecik, jadi tak segan sangat diorg bergaul.


Maaf kadyna. Ku terupload juga gambo moncong hanger ni.


Tak ingat beli mana Mee Bandung ni. Sebab masa ni kononnya nak tapau capati tehel. Tapi kami yang terkehel bila capati Tehel tutup. Owner balik Pakistan. Tu la tak kol dulu sebelum datang. Huhu.


Dah siap dinner kat pondok homestay tu, kami bergerak berjemaah ke Melaka River Cruise. Sal suka part buat kerja sambil bawa anak jalan-jalan macam ni. Sebab suka dengar diorang jerit "Yeayyyy" dan ending dia semestinya "huwaaaaa" bila dah penat masing-masing mula create their own drama.


Harga tiket Melaka River Cruise ni pun sal tak ingat dah berapa.




Berdukung lagi Muhammad sampai 7 tahun ni pun. Ni masa dia 3 tahun.


Best tengok lampur malam-malam sambil duduk atas cruise. Yang tak tahan tu, dipasangnya lagu dondang sayang. Alahaiiii.


Ni ketua rombongan. Kakak kawasan dan Abang kawasan Melaka.




Ada la dalam 40-45 minit duduk pusing atas Cruise ni.

Ni keesokkan paginya. Ni kat ruang makan atas. Kat pintu masuk utama homestay.



Breakfast dulu. Kat Melaka ni makan tak gaduh. Senang nak cari. Duduk la kat mana pun. Sebab jarak dia tak jauh mana pun. Dekat dekat aje.




Lepas tu selit sembang bisnez jap.


DDM Salina ni antara yang paling cekal orangnya. In shaa Allah, semangat beliau akan menjadikan beliau leader hebat suatu hari nanti.



Dengan Puan Rumah.

Lepas chekout, kami ke stokis Melaka.

Lepas tu ke Masjid Selat Melaka



Masjid Selat Melaka. Hari apa ntah hari ni. Tak ingat la.

Nak lepak lagi tu. huhu.

Orang buat bisnez ni, memang kena banyak berjalan. Supaya lebih banyak ilham dan idea datang.



Lunch pulak kat kedai yang paling banyak kuih muih Melayu. Perhentian Kuih Kampong nama dia. Kat sini nak asam pedas pun ada. Tapi boleh la asam pedas dia. Bab kuih, ok sebab banyak pilihan.

Asam pedas Jenahak dan Tenggiri.


Berselera Damia dengan Danisha makan. Sebab dah pukul 2 lebih rasanya masa ni.

Semua nak ambik. Tak snonoh tau ompompuan ni kalau nampak makanan. Sal la tu. Astaghfirullah.


Lepas tu lena. Keletihan berjalan. Nak balik rumah dah. Jalan-jalan Melaka memang tak puas.

Senarai Hotel  Dan Homestay Best Melaka:



3. Yunus Homestay Kampung Morten




7. Hotel Gold Coast Resort Melaka

Tempat Makan Best Melaka:
Roti Buritto (Barakah Corner)
Capati Tehel
Nasi Ayam Baba
Asam Pedas Cik Ani MITC
Cendol Kampung Hulu



No comments:

Post a Comment