Thanks For Your Support

Wednesday, July 15, 2020

Apakah Tujuan Injection Tahun 1?


Pagi dah keluar hantar Adik ke sekolah. Boring je adik dengar tahun 5 kena sekolah isnin sampai jumaat. Bertabah la dik. Sampai muka tanak senyum pegi sekolah 😂

Lepas tu shot ke Klinik Kesihatan Ijok. Nak inject Muhammad. 

Inject Tahun 1
Diphteria tetanus - mencegah batuk kokol
Measles rubella - mencegah demam campak

Kiri kanan kena cucuk.
Mujur ada aweks sekelas naik satu kereta dengan kami ke Klinik. Jadi, tak ada la Muhammad nak nangis. Automatik dia terus jadi macho man.

Kejap je inject tu. Sakit sikit je. Lepas tu bawa dia ngan kawan sekelas dia ke mekdi. Belanja la happy meal sekali buku color. Buat happy happy sampai lupa tangan merah merah tadi.

Mudahan esok lepas 24hours ubat berjalan, sihat sihat belaka la semua 🤲🏻


Menunggu giliran di inject nurse Klinik Kesihatan Ijok

Nak sampai sini ambik masa sejam setengah. Keluar 7.30 pagi, sampai pukul 9 pagi. Ikutkan 30 minit macam tu je. Tapi sebab pagi kan, waktu orang keluar berkerja dan ada pulak eksiden sandwich.


Ready nak kena inject


Pandai Muhammad Danish Shafiq bawa diri sorang sorang dalam ni


Keluar keluar Muhammad kata tak sakit pun. Sakit sikit aje.


Alhamdulillah selesai injection tahun satu.




Kita selfie dulu satu


Tunggu ayah bawa kereta depan pintu masuk Klinik Kesihatan Ijok ni. Nak kena jaga jaga tangan dia dari terkena orang lain. Hee. 


Merah sikit aje


Muhammad nak belanja kawan coloring and sticker book dan happy meal.






Nama kawan ni Aisya

No comments:

Post a Comment