Thanks For Your Support

Tuesday, July 7, 2020

Kedai Makan Dalam Sungai BBQ Lamb Kemensah


Full Video makan sampai kecut di BBQ Lamb Kl Kg Kemensah.

Pintu masuk BBQ Lamb KL
Parking terhad.



Environment macam ni memang best.

Bestnya pepagi dapat rendam kaki kat sungai. Sambil makan, sambil ikan-ikan kecik gigit kaki. Geli 😂

Sal suka sungai. Sebab bila peratikan sungai, rasa termotivasi sendiri. Sebab perangai sungai ni, macam mana berjuta batu menghalang sekalipun, ia tetap mengalir tanpa sedikit pun mengeluh.

Assalamualaikum dan selamat pagi 💕

Masa pegi ni pun tak plan. Sambil fitting, lepas tu rasa lapar, terus search tempat ni dan walk in.

Pengurusan #BBQLambKL ni kata rezeki puan la datang hari biasa. Sebab kalau terdatang sabtu ahad, full. Kena reserve siap-siap. Review ada dalam video.
✅Food memang sedap
✅Service cepat dan friendly
Lengkap dua ni memang orang akan repeat lagi.

Kat mana lokasi ni?
BBQ Lamb KL nama dia. Search waze ke google maps mesti ada. Lokasi dia dekat belakang Zoo Negara KL. Kira kena masuk jalan nak ke Zoo Negara. Tapi atas lagi. Kat Kg Kemensah Ulu Klang KL

Waktu operasi?
10 pagi sampai 7 malam.
Hari Jumaat 12 Tengahari sampai 2.30 petang, friendly staff semua solat Jumaat. 

Ada kambing je ke kat sini?
Jangan risau, nama je BBQ Lamb. Tapi ada je ayam, itik, lembu dan ikan. Menu terhad. Tak ada tomyam tak ada makanan goreng goreng tau. Jangan gi minta pula 😅

Apa yang sedap kat sini?
Kalau ikut tekak sal dan family, kami suka kambing, itik, nasi dan sup dia. Memang power teruk rasa dia. 

Harga ok tak?
Reasonable dengan rasa dan service dia.

Ada juga yang tanya, tak takut kencing tikus ke makan kat sungai?
Huhuuu. BismillahitawakaltuAllah aje la sayang oi. Makan guna sudu. Yakin yang memberi dan menyembuh semua dari DIA. Tugas kita, jaga kebersihan diri 🤗

Amaran‼️
Jangan bawa anak kalau tak nak dengar diorang ulang sejuta kali “nak pegi makan kat sungai lagi”










No comments:

Post a Comment