Thanks For Your Support

Tuesday, July 21, 2020

Introduce Our New Baby “Yummy”





                                           Hidup ni pun kadang macam tangga. Jap kat tangga atas. Jap kat tangga bawah.

Tak kisah la kat mana sekalipun, asalkan terus mendaki. Jangan duduk lama kat tangga. Orang dedulu kata, nanti lambat orang masuk minang. Sebenarnya nyusahkan orang nak lalu kan ๐Ÿ˜…

Ni malam tadi. Lepas isyak nak keluar ambik Muhammad balik rumah. Kemain duduk lama rumah nenek sampai tanak balik. Esok nak sekolah dah. 

Cat yang sal pegang tu. Tak tau datang dari mana. Tetiba lari masuk dalam rumah. Dah 2 minggu stay with us. Jadi jam loceng setiap hari sebelum subuh. 

Doktor kata umur dia 3 bulan. Anak-anak namakan dia “Yummy”. 7 hari bergaduh tiga beradik. Gara-gara nak decide nama๐Ÿ˜‚

Bertambah lagi la geng JJCM mama. Sebab yummy ni, setiap hari kena tukar menu. Menu kucing pun kena pelbagai tau. Jap ikan, jap ayam. Tapi wet food dia la. Hari ke 6 tu dah bagi dia vaksin dan ubat cacing siap. 

Tukang mandi, grooming, cuci j*mb*n dan tukang bagi makan dia, Kakak dengan adik. Muhammad tukang main kejar-kejar. Nak jaga sangat kan. Maka, mulakan dan dan lakukan sehabis baik. 

Sejak ada baby cat ni, Muhammad tak bisik dah kat mama nak baby boy ๐Ÿ˜…












KITA SAMBUNG SINI KISAH SPORO DAN PERUBATAN YUMMY.

Apa itu Sporo?
Sporo ni yang sal faham melalui bacaan, ianya adalah penyakit kulit yang disebabkan oleh kulat. Kulat tu nama dia,
Sporothrix schenckii untuk manisia.
Sporotheix Brasillensis untuk kucing.

Kalau untuk kucing, Sporo ni biasanya mereka akan dapat lepas bergaduh dengan kucing yang memang dah ada Sporo.

Maknanya, kucing A ada sporo. Gaduh dengan kucing B yang tak ada Sporo. Kucing A cekau kucing B sampai terbenam kuku dalam isi kucing B. Maka, dari sini, bermula lah episod merebaknya kulat sporo pada kucing B yang sihat sebelum ni.

Nak tau lebih detail pasal Sporo ni, boleh juga baca kat link ni

Untuk kes Yummy ni kan,
Kami jarang bagi dia bebas keluar. Seminggu sekali biasanya.

Jadi, tak tau la luka yang dia dapat ni, masa bila. 

Sebab last mandikan dia wangi-wangi pada 4/2/2021 hari rabu.








Hari selasa 9/2/2021 baru start lepas kan dia main kat luar tanpa ikat tali.

10/2/2021 start nampak dia murung. Baring aje. Buka pintu rumah pun tak sibuk nak lari keluar. Selalunya kalau dengar bunyi pintu aje, dia la yang meluru nak keluar rumah. Tapi, hari ni tak. Buka la seluas-luasnya pintu rumah, dia tenung aje pintu tu.

Rupanya, yummy demam. Boleh rasa dedar badan dia. Kesian. Makan pun taknak masa ni. Dari pagi sampai petang tido. Start maghrib, baru dia bangun makan dan minum air.

Nak dukung dia, dia marah. Marah sangat. Rupanya kat perut dia tu ada bonjol keras. Nak pegang sikit aje pun dia dah ngamuk. Sampai ke malam dia badmood.





11/2/2021 bangun pagi, tak macam biasa. Tak ada siapa lompat dan gigit kaki kami semua subuh hari. Selalunya, Yummy la yang kejutkan kami dengan gigit kaki. Tapi, pagi ni, dia duduk je atas sofa sambil tengok kami. Tak pernah pernah la dia tido atas sofa. Tapi kali ni, pelik pula rasa bila tengok yummy duduk kat sofa tepi sliding.

Hari ni panas badan yummy dah hilang. Tapi bau dah mula ada. Kuat sangat. Rupanya kesan benjol keras duit sepuluh sen kat perut yummy tu dah pecah. Masa ni tak nampak lagi lubang besar mana. Sebab terlindung dengan bulu.

Kesian dia. Serba tak kena. Dia jadi suka baring atas tempat berspan. 

Petang tu, suami dan anak-anak start selak bulu dia, alangkah terkejutnya bila tengok bentuk luka dia. Dah mula ada putih-putih. Macam nanah pun te. Sebab dah ada bau kan. 

Petang tu sal up kat status video lubang yummy tu. Ada la kawan kawan respond. Diorg advice bawa vet je. Sebab takut tu Sporo. 

Dengar sporo aje, sal dah imagine muka pecah. Sebab selalu nampak kat group dunia kucing kan, banyak kucing kena sporo.

Masa ni pun luka dah berbau. Bau telur tembelang. 

Dan sal dah mula risau malam sebelum ke klinik tu, adakah ini Sporo yang selalu dikatakan tu?

Semalaman study apa tu Sporo. Kesan sporo pada kucing dan kesan sporo pada manusia. 

Sambil tu selawat tenangkan hati semoga luka yang Yummy sedang bawa ni, bukan sporo. Sebab dari bacaan, sporo ni sangat menyeramkan. Sebab mudah merebak dan kesan dia amat buruk pada kesihatan kucing mahupun manusia.

Ni Luka hari ketiga. 

Hari ke empat, pagi tu dah bawa pergi klinik Veterinar. Doktor kata, tu kesan luka akibat gaduh. Gaduh rebut betina la tu.

Yummy ni dah nampak tanda nak kawin sangat dah. Sebab tido pun asik tayang anus kan๐Ÿ˜…

Umur yummy setakat bulan February 2021 ni sah 10 bulan. Memang dah start baligh la tu. Tu yang gigih bertarung nak kan buah hati pilihan.

Doctor sarankan, Kena stay 2 hari untuk bius, korek luka dan spay sekali. Sebab Yummy ni sangat-sangat ganaz doc kata. Tak boleh nak cuci luka tanpa bius. Dia melawan dan tak boleh pegang langsung.

Lepas sign agreement kata setuju dengan segala procedure, proceed payment, lepas tu kami tinggalkan Yummy kat Vet yang in shaa Allah mesra haiwan tu.

Berapa kos rawatan minor surgery Yummy untuk kembiri dan korek luka?
Nanti sal share detail payment dia. Boleh dikatakan harga Klinik Nadia ni masih relevent. Sebab vaksin pun RM45-50 je.


Dan ni luka Yummy lepas dibersihkan.
14/2/2021 bawa balik rumah.

ALHAMDULILLAH 
hasil ujian Makmal, luka Yummy bukan SPORO

Sebelum nak bawa balik ni, menggeletar la tangan doktor nak pindah Yummy masuk sangkar. Sebab yummy sangat garang dengan orang lain. Lama juga tunggu yummy keluar dari ward dia nak ke kaunter. Rupanya doc and assistant tengah berperang nak masukkan dia dalam sangkar. 

Dia start nampak kami depan mata, dia relax dah. Dah boleh bertenang.

Bill semua dah settle semalam lagi. Jadi hari ni, ambil yummy, ambik ubat, beli collar kucing tu, terus balik.

Dalam kereta dia meow meow aje. Dia jarang bising. Tapi kali ni naik kereta dia bising. Maybe takut kami hantar ke tempat lain lagi kot. 

Sampai je rumah, dia senyap. Terus cool. Masuk rumah terus pegi toilet cari air baldi dia. Sebab dia memang minum air baldi dalam toilet aje. Tak minum air lain. Lama dia minum. Dan berkali kali juga ulang alik masuk toilet minum.

The, tengok dia dah start cari jamban untuk buang air, kami dah lega dah. Sebab rutin buangan dia dah back to normal. Alhamdulillah.


Ni kenangan sebelum sakit tu. Bayblade punya plastik ni tempat favret dia tido. 


Favret port yang lain adalah, baring atas buku belajar anak-anak.


Dan lepas tu, tepi ayah. Dia suka jilat  kepala ayah.


Ni masa dua minggu yummy dengan kami


Ni dah 9 bulan dengan kami.



Alhamdulillah Yummy dah sihat sepenuhnya.
1/3/2021


Ni lepas balik vet.


Day 1


Day 2


Day 3


Day 4
Kuping tepi tu hilang sebab Yummy jilat


Tido kat sebelah Muhammad yang tengah buat keje sekolah.


Day 5


Day 6


27 February 2021
2 Minggu lepas kejadian korek luka di Vet.


Ni la nurse Yummy. Kakak dan adik yang rajin sangat bantu ringankan beban mama ayah. Diorg la bagi makan ubat. Bekejar nak suap kan ubat anti radang dan antibiotik masuk dalam mulut Yummy.

Dan diorang la yang rajin sapukan iodine dan antiseptik kat luka Yummy. Berpeluh tau nak uruskan Yummy ni. Tak duduk diam.

Sepanjang 2 minggu ni, berperang nak pasangkan leher dia tu. sebab kalau tak pasang kolar tu, tak kering la luka sebab asyik kena jilat aje kan dengan lidah tajam dia tu.






No comments:

Post a Comment