Thanks For Your Support

Saturday, June 22, 2019

Hari Report Kad Damia dan Danisha 2019

Hari ni hari Jumaat. Full of activities macam biasa. Cuma hari ni sal tak buat any business appointment pun.

Just stay area rumah dan uruskan urusan sekolah anak-anak. Sebab hari ni ada hari ambik report kad kat sekolah Damia dan Danisha.

Damia tahun 6
Danisha tahun 4.
Untuk tahun 2019 ni. 


Zaman kita dulu panggil hari report card. Sekarang ni bahasa canggih, Hari Interaksi Akademik gitu.

Dulu kan, dengar je kena panggil mak ayah datang sekolah untuk hari report card, mula la rasa macam kena sembelit je. Takut.

Sekarang tak de dah kot. Sebab result anak, kita boleh tengok dulu kat online. Ok tak ok boleh tazkirah dan buat motivasi slot terus kat rumah. 

Pagi tadi ke kelas kakak tingkat 3.
Petang ke kelas adik tingkat 4.
Sebab tu diorg ni dari 8 tahun sal dah bekalkan bengkung Premium Beautiful. Supaya posture badan tak effect bila hari-hari tanggung beban berat bag.


Pagi tu, sebelum solat jumaat dan ke sekolah sesi petang, sempat keluar cari sesutu kat rumah.

Ikutkan sal tak nak masak pun. Tapi sebab dalam kepala ni nak cari tudung la, nak hantar baju bergosok la kat dobi. Maka, sal pun offer la diri kat suami. Offer yang sal nak masuk pasar sendiri cari ikan.

Suami dengar je sal nak cari ikan, terus dia gelak. Kuang asam kan. Sebab dia tau mana pernah isteri dia nak gi pasar beli ikan sorang-sorang. Rupanya masuk nak beli ikan sebab ada makna. Nak cari tudung rupanya. Sebab dalam tempat beli ikan tu, ada satu kedai tudung.

Tapi, nak jadi cerita, kedai tudung dalam tu tutup. Sob sobbb. 

Lepas tu sempat pulak tu menyinggah kedai-kedai lain. Ni la dia lumrah orang perempuan. Diorg bab nak cuci mata, nak nipiskan wallet memang terbaik. Tapi bila kita dah tau habit kita suka berbelanja, nak tak nak kena la rajin cari duit untuk berbelanja. Suka shopping maka kena la suka buat bisnez ajak orang shopping dengan kita. Jadi, tak de la stress bila nak kan sesuatu asik tak dapat je. Nak minta selalu kat suami pun tak boleh juga. Kita la kena pandai-pandai buat duit sopping sendiri.


Dah habis amik keputusan periksa Danisha, terus bawa dia balik. Tapi sebelum tu, jom photoshoot sekeping dua buat kenangan. 

SKSU Hari Interaksi Akademik 2019. 
Danisha ni dia pemalu sangat. Tapi mama fahamkan dia, kenapa perlu banyakkan ambik gambar masa zaman sekolah ni. Sebab esok dah tak sekolah lagi dah, mesti rindu nak imbas kenangan masa sekolah. Jadi, gambar la jadi pengubat rindu. Dan gambar juga, ada masa boleh jadi penguat perhubungan antara kita dan rakan sekolah kita yang lama.


Alhamdulillah for the results. Apa pun result anak kita, don’t insult them. Kejayaan mereka bergantung juga pada bagaimana doa kita, dan usaha kita untuk bawa mereka ke sekolah, personal tuisyen dan terapkan nilai percaya pada Tuhan. Percaya yang macam mana? Percaya yang jika kita solat awal waktu, doa dengan penuh kesungguhan, pasti Allah akan bagi kita terang hati terima ilmu dan menjawab soalan.

Orang selalu sebut, kita jaga apa Allah nak, in shaa Allah, pasti Allah akan beri the best untuk kita.


Ni ikan yang akan di stim kejap lagi.

Siap tanya orang lagi cara nak buat ikan Bawal Emas buat stim ni.

Cara buat ikan bawal emas masak stim ni, sal sediakan bahan-bahan ni. Bahan-bahan amatur tau. 😅

Ikan Bawal Emas sekor
Bawang besar
Bawang putih
Cili padi
Lemon
Halia
Serai
Daun limau
Sos tiram
Sos ikan 

Semua ni campak je masuk pengukus.


Thanks my dear friend. Bab masak pun gi piyem orang tau 😂

Gambar yang dah siap stim memang tak ambik. Sebab dah siap tu terus berebut nak makan. Rasa ikan Bawal Emas ni memang betul la diorang kata, BERLEMAK!



No comments:

Post a Comment