Thanks For Your Support

Tuesday, May 6, 2014

Kos bersalin di Putra Medical Centre

Sharing is caring.

Sebab ramai jugak yang PM sal kan untuk kos rawatan bersalin di private hospital area kl selangor ni. Huhuu dah macam sal ni pemilik hospital bersalin putra medical center pulak kan...
So sal nak share kan je la info yang sal tahu berkenaan kos rawataan bersalin normal, vacuum atau pun pembedahan di private hospital yang termurah di lembah klang ni...

Putra Medical Center..
Bukan prince court medical centre ye..tu puluhan ribu ringgit perlu anda standy sekiranye anda bukan kakitangan panel dengan PCMC..Yang suami or isteri memang panel PRINCE COURT MEDICAL CENTRE alhamdulillah coz anda bertuah kerana bakal or telah melahirkan bayi comel anda di hospital idaman kaum-kaum ibu yang sedang hamil.

Memang ye.......Tipu la kalau sal kata bersalin ni tak sakit...tak perit...tak sengsara...
Hanya yang dah bergelar ibu dan melahirkan anak secara normal dan vacuum je yang faham bagaimana tahap kesakitan yang di tanggung oleh para ibu semasa poses kontraksi berlaku. Cuma kelebihan kita hanya lah masa...ada yang amik masa sehari dua contraction baru bersalin, ada yang sejam dua dah bersalin n yang tak rasa sakit langsung tu memang tak pernah dengar la buat masa ni sebab 99.9 yang melahirkan secara normal, vacuum, forcep memang diperakui ianya adalah SAKIT kedua lepas sakit sakaratul maut.

Ya Allah sakit sakaratul maut tu apa yang sal tau, memang ia adalah sakit paling-paling sakit....semoga Allah mengizinkan malaikat maut untuk mencabut nyawa kita semua dengan tenang dan dalam keadaaan beriman in shaa Allah.

Beza hospital swasta dan kerajaan?
80% memang BERBEZA

Dari segi SAKIT nak beranak memang lah tak de beza

Tapi yang sangat membezakan nye adalah KOS dan LAYANAN.

Layanan di hospital berbayar sendiri ni memang istimewa dia lebih lagi. 
Especially sepanjang proses kita sakit nak bersalin sampai lah baby dah dimasukkan dalam kereta pun kita akan di service sehabis baik.


More relax bila bersalin di private.
And more flexible masa untuk family datang melawat.
Tak banyak syarat untuk family terdekat datang melawat.

Opsss okay...
jom sal sharekan kos rawatan bersalin di putra medical centre ni ye

kat hospital bersalin ni ada dua pakar sakit puan iaitu:
DR WAN RATNA
dan
DATO' DR ZARUL (uncle maria elena)

Pada sal, better uol utama kan doktor wanita dulu sebelum membuat keputusan untuk bersalin dengan doktor lelaki. Kerana AURAT kita masih perlu di jaga sepanjang proses melahirkan. Bab ni uol boleh rujuk pada pakar hukum agama tentang kenapa kita perlu UTAMAKAN DOKTOR WANITA ISLAN BERBANDING DOKTOR BERLAINAN JANTINA.

Boleh jugak search kat youtube tentang pandangan pakar agama kita macam USTAZ AZHAR IDRUS dan USTAZAH SITI NORBAHIYAH tentang isu aurat semasa melahirkan bayi. Isu ni bukan isu simple, sebagai seorang yang bukan dalam keadaan darurat, kita perlu amik tahu kenapa islam mahukan kita tetap memelihara aurat walaupun semasa kontraksi bersalin.



KOS RAWATAN TERKINI :

BERSALIN BIASA
RM2OOO ke atas

Termasuk wad,
Perawatan
Makanan
Ubatan
Suntikan
Jagaan bayi
dan pengurusan bersalin.



FORCEPS / VACUUM
RM2,5OO++

Termasuk wad,
Perawatan
Makanan
Ubatan
Suntikan
Jagaan bayi
dan pengurusan bersalin.



PEMBEDAHAN (LCCS) / CEASARIAN
RM5,500 ke atas (open ward)

Termasuk wad,
Perawatan
Makanan
Ubatan
Suntikan
Jagaan bayi
dan pengurusan bersalin.

RM6,000++ (Single ward)
Tak termasuk komplikasi, bleeding dan lain-lain.


Epidural tambah RM900 (Caj Dr.Bius dan peralatan)


D&C RM900++
 Tak termasuk bius


Bilik wad
satu katil RM180 semalam
Tiga / empat katil RM95 semalam
Suite RM250 semalam


Pemeriksaan Klinik:

Check mengandung
RM80-RM300

Ultrasound scan
RM50 - RM7O
Tak termasuk khidmat rundingan pakar

Pap smear 
RM35
Tak termasuk khidmat rundingan pakar


Alat dalam rahim (IUCD)
RM180 - RM250

Suntikan merancang keluarga
RM45
Tak termasuk khidmat rundingan pakar


Kalau nak call pun boleh je...
call no ni untuk sebarang pertanyaan.
Tapi plssss jangan call sal ye..
kalau nak set bersalin terbaik ye..sila lah contact sal...bidan moden anda ;D

No fon Putra Medical Centre Sungai Buloh
03-6156 4735



Ni masa mengandung 7 bulan.
Di majlis pernikahan my dear bestie owner of Bella sweetvillage.



 Dah 8 months pregnant masa ni.
Dalam perjalanan nak ke Melaka jumpa my dear darling Dyna Salleh buat kali kedua di MITC


Masa ni dah almost nak beranak.
Wakil rombongan ke majlis bertandang my lil sis simaa roslan.



Muka perlu legend walau contraction hangat berlaku.
dah almost 10 cm masa ni!
Senyum pengubat derita....hahahaa..Alhamdulillah Allah mudahkan cara ;)


Alhamdulillah we are happy happy happy family.


Mother of three
#premiumbeautifulexpert










1 comment:

  1. macam mana nak join cdm ni...email ke saya boleh ejan140788@gmail.com..saya berminat la

    ReplyDelete