Thanks For Your Support

Thursday, August 27, 2015

Happy Birthday Nur Danisha Shafiqa


Danisha Turn 6.
Alhamdulillah Danisha membesar dengan sihat dan kuat.
Danisha ni anak kedua. Dia agak pendiam, pemalu dan serius sikit orangnye. Tapi jenis suka gelak..  Dalam family, Danisha n Danish memang tak berapa ngam..hahaa..kalau duduk berdua tu ada je diorang nak rebutkan dan biasanye ofcoz la Danisha yang menagis meraung kena buli dengan Danish. Sabar je la ye Dik ye...Danish tu kan adik adik(Bahasa diri Danisha adalah adik) 


16 August 2009 Adik keluar dengan mudah dan selamat dari perut mama. 
Sepanjang mengandungkan adik, mama n ayah dalam keadaan struggle tercari-cari cara nak baiki taraf hidup kita sekeluarga. Tak tau nak tambah duit poket macam mana masa tu. Kawan ajak buat business mama sombong masa tu. Mama busy search skim cepat kaya yang dah dibekukan kerajaan sekarang ni sebab biasa la, Siapa yang tak suka KAYA CEPAT.

Risau masa tu, risau sebab gaji mama ngan ayah tak besar mana masa mama ngandung kan adik tu. Sampaikan satu tahap, masa nak bayar duit hospital RM Lima Ringgit pun mama ngan ayah tak de duit masa tu. Siap kami minta maaf kat cashier kaunter tu kejap sebab nak pergi korek duit kat luar bilik pembayaran. Korek poket tak de, korek handbag pun tak de.. Tak tau nak minta duit dengan siapa sebab malu kalau orang tau kita tak de duit dan kalau orang bagi pinjam duit pun sampai bila kita nak mengharapkan orang...Serius sedih sangat bila kenang masa tu. Masa tu mama sarat ngandung kan adik. Sampai sekarang mama kenang budi baik cashier kaunter kat HUKM yang tolong bayarkan RM5 duit nak jumpa doctor masa tu. Semoga Allah juga gandakan rezeki cashier HUKM klink O&G tu sebagaimana Allah dah mula gandakan rezeki kita sekeluarga.

Rupanya dalam kerisauan, dalam setiap anak ada rezeki mereka tersendiri. Jadi jangan la risau kalau kita mengandung lagi dan lagi. Dan jangan sesekali sebut anak yang dikandungkan tu sebagai anak "eksiden"....

Lepas hampir dua tahun bersalinkan adik mama terbuka hati nak dengar peluang business yang sampai ke hari ni business ni la yang jadi sumber utama rezeki kita. Dan Alhamdulillah lagi best bila makin ramai yang mula merasa pendapatan yang sama dari berniaga ni.

Hari ni Alhamdulillah adik dah 6 tahun.
Sorry sebab mama tak pernah celebrate besar-besaran birthday anak-anak mama. Mama tak kisah orang kata mama kedekut ke apa. Apa yang mama tau, celebrate dengan doa lagi afdal sebab doa in shaa Allah akan jadi saham berkekalan untuk anak-anak mama. Dan mama jugak jarang nak hadiahkan hadiah special-special setiap kali birthday adik atau kakak sebab adik n kakak pun tau yang hampir setiap minggu akan ada permainan baru untuk adik n kakak kan. 

Ustaz Kazim Elias kata :
Kita masa birthday mesti plan nak celebrate macam-macam. Suruh mak beli hadiah bagai...Tak dapat hadiah merajuk...

Tapi kita ada tak beli hadiah kat mak kita?
Sedangkan pada tarikh tu, mak kita la yang paling layak untuk di ceberate sebab mak yang bertungkus lumus bertarung nyawa lahirkan kita..

Allah....Sentap!


After work on sunday bawa Damia Danisha Danish ke One Utama.

Kan dah kata, tak payah beli hadiah sebab everyweek mama akan belanja new toys. Danisha lagi la, everyday kot akan ada new car. Hari ni beli, hari ni jugak selamat dikerjakan.






Express celebration. Kita makan cake kat Secret Recipe Vege ni je la kan. Lengang n service pun cepat.


Lilin buat letak je. Hahaa. Api tak de.

In shaa Allah mama ayah akan buat sehabis baik untuk mencorakkan anak-anak. Baik mereka kerana Allah, Buruk mereka adalah hasil dari didikan kami sendiri yang sering lupa. In shaa Allah semoga kita semua jadi penghuni syurga dan mama nak anak-anak tau yang syurga adalah matlamat utama hidup kita. Jaga solat, jaga akhlak, jaga aurat, jaga budi bahasa sebab hidup kita adalah untuk akhirat. Nak buat benda yang tak baik ke, nak cakap benda yang tak elok ke atau nak tengok perkara yang tak baik, cuba ingat perjalanan kita kat akhirat nanti... Bila teringat akhirat dan bagaimana kita akan melintas titian sirat nanti, confirm kita takut nak buat dosa. Kita manusia yang tak maksum, mama doakan semoga kita semua berjaya jadi hamba Allah yang soleh dan solehah. Tau, kejayaan tu tak mudah... Tapi yakin lah yang syurga itu indah! Mujahadan memang tak mudah tapi ganjaran untuk yang berjaya mengharungi dugaan memang lebih dari 2.6Billion indahnya.

#MamaTengahMuhasabahDiri


Kat tangan Danish tu kereta yang baru beberapa minit di bayar di kaunter. Tak sampai 15 minit dia dah campak-campak.


Makanan paling sedap adalaj makanan bila lapar!
Bismillah.






Ni panggil apa ye..? Lupa nama dia tapi lebih kurang macam laichikang la...Sedap minum panas-panas.


Sekian riwayat kereta tersebut.
Danish Oh Danish.
Bila mama tanya siapa buat? Danish akan jawab "MamatNanish uat" :D

No comments:

Post a Comment