Thanks For Your Support

Tuesday, March 31, 2015

Apa itu GST

1 April 2015 adalah HARI KERAMAT untuk warganegara Malaysia bila secara rasminya GST akan dilaksanakan.

Kesian sangat kan kat kita ni semua. Tapi apa boleh buat. Buat apa yang kita memang boleh buat je la...rasa boleh kerja lebih masa, buat kerja lebih masa. Kalau rasa boleh buat business sampingan, dapatkan peluang belajar buat bisnez. Sebab buat business ni dua ke tiga tahun je sakit nye tuh di sini...Tapi lepas tiga tahun heaven dia kita je yang dapat rasa.


Katanya, 
GST merupakan satu "sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia."

Ok fine...hahahaha..tergelak pulak bila terbaca statement kat atas tu...celah mana  yang "memberi manfaat" lah sangat tu kan...macam mana nak describe ye...kalau dulu maybe sal antara yang akan rasa nak berguling-guling kat atas jalan bila tau GST akan dilaksanakan sebab dengan gaji bulanan yang memang tak cukup makan, tau-tau akan di tambah pula dengan Goods and services tax..nangisssssss...

Mau tak nangis guling-guling...dah la life hutang lebih paras hidung (Dulu......)
Tau-tau beli barang semua ada tax. Ya Allah..!!!!!!!!!
Hopefully yang rasa ibarat kurang upaya untuk menghadapi krisis ekonomi ni banyak-banyak kan berdoa je la...doa semoga pintu rezeki kita Allah luaskan seluas-luasnye.

Sal dapat rasa ramai yang mula suffer akibat GST ni. becoz sal pernah ada dalam situasi pendapatan bulanan kurang dari RM5,000. Ya Allah serius stress!!! Bukan tak bersyukur tapi memang tak cukup kot income 5000 untuk sara hidup dengan tiga orang anak. 

Apa pun alhamdulillah sangat, bila Allah makbulkan doa sal tiga tahun lepas untuk keluar dari belenggu kewangan yang ibarat cancer stage 3. Serius i feel so bad bila tau esok GST akan dilaksanakan. GST ni buatkan sal rasa sungguh-sungguh lagi nak buat tabungan masa depan dan sungguh-sungguh lagi nak bantu sesiapa saje yang serius nak belajar secara PERCUMA cara untuk berniaga. In shaa Allah sal bersedia untuk memberi tunjuk ajar buat anda yang SERIUS NAK BELAJAR!


Keluar rumah = keluar duit 

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah peluang tiga tahun lepas mama n ayah dah grab awal-awal untuk persediaan ekonomi yang makin mencabar bulan depan... In shaa Allah we are ready!!!! wink emoticon

When opportunity knocks, don't let fear hold u back. Open the door n embrace the opportunity that has come forth.






____________________________________________________________________________

Jom baca apa tu GST AKA GOODS AND SERVICES TAX.
Ni pun sal copy paste je sebagai rujukan dan pemahaman sal sendiri.


GST (Goods and Services Tax) atau lebih dikenali di Eropah sabagai VAT (Value Added Tax) mula diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.


GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang. GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai.


Pada 29 November 2009, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataannya telah mendakwa kerajaan akan memperoleh pendapatan cukai tahunan sebanyak RM 1 bilion dari GST. 

Lebih daripada 160 negara telah melaksanakan GST (Goods and Services Tax) ini menunjukkan sistem percukaian GST adalah "telus, berkesan dan sistem cukai yang adil."


Pada ketika ini, jabatan-jabatan kerajaan yang mempunyai kaitan secara langsung dan tidak langsung dengan GST berusaha memberikan penerangan dan kesedaran kepada pengguna tentang GST (Kementerian Kewangan, Kastam Diraja Malaysia etc).


Mana-mana perniagaan yang belum didaftarkan akan diminta untuk membuat pendaftaran dibawah Kastam Diraja Malaysia sebagai badan pelaksana GST.


Bagaimana GST dilaksanakan

Menurut Laporan akhbar Pengarah Projek GST, En. Ezleezan Othman, Konsep GST dikenakan setiap peringkat iaitu dari pengilang, pemborong, peniaga dan pengguna. Pada setiap peringkat itu, peniaga boleh menuntut balik GST daripada kerajaan sebab GST merupakan cukai ke atas penggunaan.


Peniaga tidak guna barang itu. Sebagai contoh, mereka beli kerusi dan meja menjadi sebahagian daripada input perniagaan mereka. Jadi, apa jua GST yang dibayar ke atas meja ini, kita benarkan mereka tuntut balik.


Cara tuntutan itu dikira berdasarkan ‘offset’ (penolakan) antara cukai yang dikutip daripada pelanggan dengan cukai yang dibayar perantara (pengilang, pemborong dan peniaga).


Sekiranya ada lebihan, perantara tidak boleh tuntut, tetapi mereka kena bayar kepada kerajaan, begitu juga sebaliknya.


Contohnya, jumlah cukai yang dikutip daripada pelanggan ialah RM1,000, manakala cukai yang peniaga bayar ialah RM500. Ini bermakna ada lebihan RM500 dan mereka perlu bayar jumlah ini kepada kerajaan. Sekiranya ‘offset’ itu didapati negatif, kerajaan yang bayar balik kepada mereka.


Pengguna hanya perlu bayar apa sahaja GST yang dikenakan peniaga dan tidak boleh tuntut daripada kerajaan. Konsep ini sama seperti di Eropah, tetapi ia dipanggil ‘Value Added Tax’ (VAT).


Hanya perniagaan yang mempunyai jualan tahunan (threshold) RM500,000 setahun dikenakan GST. Perniagaan itu mesti berdaftar dengan Jabatan Kastam. Mereka tidak boleh lari. Contohnya, kedai mamak yang jual nasi kandar, jika jualan tahunannya RM500,000, baru boleh kenakan GST enam peratus kepada pelanggannya.

Sumber, Sinar harian, 20 November 2013.


Barangan & Perkhidmatan yang dikecualikan GST

GST adalah cukai untuk pengguna, ianya akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan. Namun, ada beberapa barangan dan perkhidmatan yang akan dikecualikan daripada GST antaranya adalah barangan makanan asas (beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempas ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan), Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna, Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan (pengeluaran pasport, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah), Perkhidmatan pengangkutan (bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya), Jual beli dan sewa rumah kediaman serta beberapa Perkhidmatan kewangan terpilih.


Adakah semua perniagaan perlu berdaftar di bawah GST?

Perniagaan yang telah mencapai nilai jualan tahunan RM500,000 setahun diwajibkan untuk mendaftar dibawah GST. Perniagaan yang tidak mencapai nilai jualan tahunan yang dinyatakan diatas tidak perlu mendaftar dibawah GST. Walau bagaimanapun, mereka masih boleh memohon untuk berdaftar secara sukarela.


Kesimpulan

Pada pendapat saya, kebanyakan daripada kedai duit lama di Lembah Klang mencapai nilai jualan tahunan RM500,000 setahun dan akan dikenakan GST. Mereka tidak boleh lari sebab pegawai kerajaan akan datang ke premis untuk membuat siasatan sama ada kedai tersebut akan dikenakan GST. Peniaga-peniaga kecil sama ada online ataupun dipasar karat mungkin hanya sedikit sahaja yang akan dikenakan GST kerana nilai jualan yang kecil.


Oleh itu, ada kemungkinan besar harga barangan duit lama akan meningkat sebaik GST dilaksanakan pada 1 April 2015.


Walau bagaimanapun, untuk peniaga online, anda perlu mematuhi Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 yang mula dikuatkuasa pada 1 Julai 2013. Anda perlu memaparkan informasi berkaitan syarikat anda pada laman jualan (Nama anda, nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat, Alamat email, No. telefon, Harga terperinci barangan dan kos berkaitan, kaedah pembayaran, anggaran masa penghantaran barangan etc), ini untuk membolehkan pembeli mengetahuinya dengan mudah. Selain itu, anda juga perlu menyimpan data pembekal anda sekurang-kurangnya selama 2 tahun.


Sumber: Kementerian Kewangan.

No comments:

Post a Comment