Thanks For Your Support

Tuesday, September 8, 2015

People Come And Go. The Best Will Stay.








Bismillah...
"Bukan senang nak jaga hati semua orang.
Dan Bukan susah nak sakitkan hati Orang."

Biasakan kita dengar ayat tu?

Tak perlu risau dengan semua tu bila kita faham konsep kehidupan ni macam mana. Bila hidup untuk dapat pujian manusia memang hati mudah rasa terseksa bila kurang dapat pujian dan perhatian. Suka kecik hati, makan hati, sakit hati sememangnye petanda kita mempunyai cancer hati.

 Tapi bila focus hidup di dunia hanya kerana mahukan redha Allah dan ganjaran akhirat, in shaa Allah kita akan jadikan sabar sebagai perantara untuk menahan diri dari terasa hati dan menyakiti hati orang lain.

#Throwback semua folder lama dalam laptop dan terjumpa gambar-gambar kenangan bersama rakan-rakan. Alhamdulillah setiap mereka adalah insan yang memberi pengalaman dan pembelajaran terbaik dalam hidup sal.

Indahnya bila berniaga ni kerana dari sini automatically kita akan ada tapisan siapa kawan, siapa keluarga dan siapa penglipur lara. Ada masa kecewa, ada masa gembira, ada masa berduka dan paling best sentiasa ada masa untuk mendekatkan diri dengan pencipta.

Manusia datang dan pergi dalam kehidupan kita. Apa jua kenangan yang berlalu, biarkan berlalu dan semoga ianya adalah kenangan terindah yang memberi pengajaran terbaik dalam hidup kita. 

Bila anda di label PENTINGKAN DIRI dan PILIH KASIH,  Senyum, Diam dan Maafkan mereka kerana mereka tak faham dan masih belum matang dalam mengenal diri mereka sendiri.

 Sebaik-baik manusia adalah manusia yang tak berdendam dan tak suka dipuji.

Sebaik baik kawan adalah kawan yang menyimpan aib.

Ya Allah.... Jika ada yang membenci ku kerana kegembiraan yang ku miliki, Hadirkan lah juga kegembiraan pada mereka agar hilang rasa benci pada ku...



5 comments:

  1. Sal thank you for everything :)

    ReplyDelete
  2. touching sob sob huhu.. tq ksal

    ReplyDelete
  3. Menusuk ke jiwa ku kak sal... tq sentiasa bersama ku...

    ReplyDelete
  4. Kak sal..jazakillah.
    kak ana..kita nak sebok touching jugak ni..
    Moga kita semua sukses dunia akhirat. Ameen.

    ReplyDelete