Thanks For Your Support

Saturday, September 5, 2015

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Open a book and you open your mind.

Tanamkan budaya membaca...
Membaca jambatan ilmu.. Dulu selalu dengar perumpaan macam ni...tapi memang betul pun kalau nak berjaya memang perlu ilmu. Antara cara untuk dapatkan ilmu adalah melalui pembacaan...Mula-mula memang tak biasa. Tapi bila paksa diri in shaa Allah lama-lama akan jadi habit yang kita sendiri akan terbiasa.


Rasa nye hari ni sal update ON TIME la.
Hahaa terlebih masa agak nye ni.

Mama told Damia Danisha n Danish to be quiet in the library.
Tu yang Danish tunduk diam seribu bahasa.
Jenuh lah tu dia nak fikirkan macam mana la nak control mode dia yang confirm tak reti duduk diam tu. Hahaa.





Lokasi library ni terletak di seksyen 13 Shah Alam.
 Senang je nak cari Perpustakaan Raja Tun Uda ni sebab banyak je signboard yang akan assist kita untuk sampai ke sini. Landmark nak ke lokasi ni uol cari je PTPL and Kelab Golf Shah Alam.. Buka setiap hari isnin sampai ahad. Kecuali PUBLIC HOLIDAY. Waktu operasi Perpustakaan Shah Alam ni dari 9.30 pagi n sampai 9 Malam. So memang sesuai sangat kalau tak sure nak ke mana dengan anak-anak tu uol boleh je ke Perpustakaan Shah Alam ni...Facilities dia pun ok. Dari 10 markah sal bagi 8 markah untuk library ni. Coz surau, parking, cafe, layanan staff di counter pun memang ok.


The readers of today are the leaders of tomorrow.
Not all readers are leaders, but all leaders are readers.







 Muhammad Danish Shafiq memang kerja dia meneroka seluruh pelusuk perpustakaan.




 Membaca buku cerita jawi. Pisau yang tajam kalau tak di asah pasti akan berkarat. So mama join sekali la Damia n Danisha baca buku tulisan jawi yang bertajuk "Aku sebuah akuarium"






 Ni view kat belakang Library Shah Alam. Very nice view.


Sekarang ni en suami memang menggila amik gambar OOTD cik isteri. Haha. Bagus la. Cik isteri memang suka sangat!

Waktu perkhidmatan PPAS.


Tengah tunggu ayah datang bawa kereta amik kami depan pintu library sebab hari hujan. Kami parking seberang jalan perpustakaan. 


 Naik kereta tadi punya lah riuh. Huha macam-macam cerita.
Lepas beberapa minit kemudian terus senyap sepi. Mama pusing belakang tengok semua lena di ulit intan. Sedap la tu tido dalam hujan.


Banyak sangat la tu buku yang di baca tadi sampai keletihan semua :D

No comments:

Post a Comment