Thanks For Your Support

Wednesday, December 9, 2015

Premium Beautiful Expert Eat Boat Noodle Famous Malaysia


Selesaikan order client dulu. Ada yang nak Waist Nipper Premium Beautiful, ada yang nak Long Girdle Premium Beautiful, ada yang nak short bra Premium Beautiful, ada jugak yang nak Pad Bio Seleza, Sabun Marine Essence, dan Bio Ever pun ada jugak yang bank in last-last minute...Alhamdulillah non stop order masuk dari serata Malaysia. 

Uol nak tau apa rahsia order masuk hari-hari dengan full use kan social media? Tak de rahsia pun. Hanya istiqomah je dalam bertindak update kedai online uol dan jangan lupa untuk sentiasa setting minda supaya kita hanya akan menghantar dan menerima getaran positif sahaja dari segala sudut yang ada.

Sambil en husband masuk stokis untuk restock product, sal bantu husband tulis alamat client pada slip pos supaya nanti jimat masa dah nak ke pejabat pos. Kita cepat-cepat settlekan urusan postage hari ni jugak. Biar client happy dapat barang mereka cepat.

Double check by husband before urusan postage dilakukan.

After that teringin nak makan Boat Noodle yang tengah viral kat social media ni kan. Hari ahad lepas datang dah Klang Parade ni dan dah sampai depan kedai Boat Noodle ni dah. Tapi que panjang sangat. Tak sanggup nak tunggu. So masa tu cakap dah kat husband "kita datang sini hari orang kerja la kan"

Dan memang betul pun, datang hari selain sabtu dan ahad memang tak ramai orang pun. Siap boleh duduk PT rakan kongsi la rasanya.

Muhammad Danish Shafiq makan gula icing je. Boat Noodle confirm la dia tak makan. Tak faham jugak kadang-kadang tu apa yang dia nak makan sebab sekarang memang Muhammad tak kuat makan. Tapi menyusu setiap setengah jam memang tak lepas. Dan hari ni pun Muhammad demam. Tapi dia kalau demam memang tak macam orang demam.

Lepas habis icing donut dia kerja kan, dia paw mama beli toys. Demi nak cool down kan dia dari bising ajak mama "jommm mama jom mama" so baik la bawa kejap cari toys dia kat level yang sama dengan kedai boat noodle ni.

Selamat la RM26.90 mama untuk sekotak lego Muhammad hari ni.

6 ketul donut memang dah tak cukup untuk kami anak beranak sebab Damia n Danisha pun dah besar, jadi portion makan tu dah makin bertambah. Favourite flavor kami untuk Big Apple Donut ni adalah ICEBERG. Rasa sejuk je bila sugar icing dia tu melekat kat lidah.

Yeayyy time to eat. Bila lapar semua nak order. Bahaya tau nafsu lapar ni. Astaghfirullahalazim...Huhuu.

Ni sedap ni...Popeye Tempura nama dia. RM6.90 je sepinggan. Boleh tahan dia punye kenyang tu. Dan sos cicah dia memang SEDAP bak hang. Tak reti nak describe macam mana. Senang cerita uol pegi aje la rasa kat Boat Noodle terdekat dengan uol.

Ingatkan biasa biasa je kuih ni. Tali tengok orang lain makan macam sedap je so kita try laz dua set dulu. Satu set RM1.00 je.


Macam ni rupa kuih ni dekat dalam. Macam kuih puteri mandi kan. Apa pun memang SEDAP Foods Thailand ni. Lain dari yang biasa kita makan kalau tiba musim bazar ramadhan.

Boat noodle yang di idam-idamkan. Sepinggan RM1.90 je. Masa Boat noodle ni sampai kat meja kami anak beranak boleh cakap apa tau "sikitnye" hahahaa tapi bila sekali dah masuk perut amik, memang boleh tahan dia punya kenyang.

Sedapnye chicken ball stick ni. Sos merah dia sedap. Lain dari lain.

Nasi Omelette.
Nasi dia memang nasi dari beras wangi la. Kuah dia dalam mangkuk kecik tu memang sedap. Thailand ni agaknya memang expert bab-bab buat sos ni kan. Sepinggan omelette ni RM11.90 je. Tukang perabis nasi ni adalah en suami. hehe.

Senarai menu.
Rasanya dah boleh hafal dah apa yang ada sebab macam semua pun dah order. Padahal baru 1st time makan kat Boat Noodle ni.

Damia pun beriya nak amikkan gambar mama dengan ayah.

Makan la yang...tak pe u buncit pun i sayang.

Ha tu la ayat keramat sal untuk husband tersayang.

Hehee cian en hubby kena licin kan makanan yang tak habis. 



Yang bertugas basuh pinggan kat Boat Noodle ni mesti kena bagi extra benefits sebab job dia paling penting dan paling banyak. Ye la uol tengok aje la satu meja berapa mangkuk bersusun lepas makan?  Kan... :D




Boat Noodle Branch:

Yang sal pegi ni lokasi dia kat KLANG PARADE. Level 5 atas sekali.

Boat Noodle Empire Damansara

Boat Noodle The School Jaya One

Boat Noodle Ikon Cheras

Boat Noodle Berjaya Times Square

Boat Noodle Publika Solaris

Boat Noodle Gamuda Walk Kota Kemuning

Boat Noodle D'Pulze Cyberjaya

Dan kat JB ada satu kat Sutera Mall Johor Bahru

Ha gaya update ada dah kan macam duta Jalan-jalan cari makan. 
Hehee. Highly recommended la untuk uol yang sesekali nak ubah diet harian uol. Mayble boleh try rice noodle kat Boat Noodle pulak. Don't worry memang sedap. Cuma untuk yang suka pedas memang kat sini la port terbaik untuk uol asah perut. Heee. Jangan lupa THAI COFFEE Boat noodle ni pun sedap. Dah macam kopi starbuck dah rasa dia cuma beza dia dari segi harga je. Boat Noodle punya kopi murah lagi, just RM6.90 je.


No comments:

Post a Comment