Thanks For Your Support

Sunday, December 27, 2015

Premium Beautiful : Jalan-jalan Cari Makan di Saba Restaurant Cyberjaya

Dua hari duduk Cyberjaya ni puas makan Kambing. Semalam dinner makan Lamb Mandi kat dalam Dpulze tu je. Hari ni makan kat Saba Restaurant ni pulak. Kita teman orang Ipoh makan nasi Arab kat sini. Tapi siapa yang pelancong sebenarnye ni..Hahaa confius. Sebab yani n Hafiez yang datang dari Perak, tapi diorg boleh tau pulak kat Cyberjaya ni banyak kedai makan selain dalam Dpulze tu.

Price dia not bad. Tak mahal tak murah. For me just nice la dengan portion yang dihidangkan.

Ni pun first time sal datang Saba Restaurant ni. Dan ni jugak adalah pengalaman pertama stay lebih sejam di Cyberjaya. Before this jejak Cyberjaya hanya untuk COD Premium beautiful, COD BBplus collagen dan cabut terus. Tak tau pulak area cyberjaya ni banyak kedai makanan Arab. So lepas ni boleh repeat lagi la.


Uol yang nak makan kat Saba Restaurant ni, makesure jangan datang hari jumaat tengahari ye sebab jumaat Saba Restaurant ni buka pukul 2.30 petang. Waktu operasi Saba Restaurant ni adalah setiap hari dari 12 Tengahari Hingga 12 Tengah Malam. Hai... Ikut waktu cinderella pula dia tutup :D

Lamb Mandi. Jadi kalau makan ni banyak, memang nak kena mandi pun banyak-banyak sebab kalau tak melekat bau kambing kat badan. Huhuu.

Sehidang RM35 Lamb Mandi tu boleh buat makan 3 orang.

Terima kasih Yani dan Hafiz sekeluarga sudi luangkan masa untuk kami. Alhamdulillah happy sangat dapat tambah kenalan baru yang dah macam bertahun kenal. In shaa Allah ada rezeki dan panjang umur kita jumpa lagi ye. Sedih pulak nak balik dah ni. Tapi sal ni jenis tak pandai tunjuk sedih. Rasa tak puas stay kat sini semalaman je. Apa pun semoga ukhwah kita bukan setakat pada urusan perniagaan semata-mata, tapi semoga ianya balance juga pada ikatan persaudaraan sesama islam. Nice to meet u Yani and Hafiez. 

Mereka berdua ni power couple baru di Top Leaders Circle yang sangat komited dengan business Premium Beautiful ni. In shaa Allah kejayaan pasti menjadi milik orang yang rajin berusaha seperti yani dan hafiez ni.



No comments:

Post a Comment